Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Bisnes Masyukk Biar Berkat..

Bismillah.. Hari ni Che Long (CL) nak share sikit tentang pengalaman bisnes yang CL pernah dan sedang join sepanjang Allah kurniakan nikmat nyawa di dunia ni.. Zaman Sekolah ------------------- Actually, I'm just helping my Ummi selling her goods like Nasi Lemak and kuih-muih. Kadang-kadang tu bawak pergi sekolah. Ramai jugak permintaan dari kawan-kawan. Tapi, tak lama kena stop sebab ada aduan dari pihak kantin sekolah bahawa jualannya terganggu kalau student buat jualan dari rumah.. Takpe la, takde rezeki di situ. Balik sekolah, CL dan adik ditugaskan Umi utk pick-up duit jualan dari kedai-kedai yang Abah letak kuih pada paginya. So, kalau ada lebih untung, dapatlah sikit merasa duit. Tak guna pun. Biasanya, CL simpan dalam tabung. Suka menabung. Zaman Universiti --------------------- Selain dari kerja part-time masa cuti semester, antara business yang CL pernah ceburi adalah jual TOP UP dan makanan. Ada jual kerepek, dadih, jajan dll. Bila dah dapat lesen motor, CL p

BAJET KENDURI KAHWIN RM5000++

Assalamualaikum. Hari ni CL nak share skit macam mana buat kenduri kahwin yang simple dan murah. First of all, kalau dicongak-congak usia perkahwinan CL ni baru menjangkau usia 4 bulan. Nikah 30/7/2014 yg lalu. So, boleh kira pengantin baru lagi la eh..Hehe Ok, back to our discussion. (Erghh, sakit kepala nak ingat balik semua yg dah berlalu. Tapi, demi pembaca sekalian, CL sakitkan jugak kepala ni..) Berikut adalah bajet kenduri belah keluarga CL:- Perkara Harga Catatan Kain pasang 8 meter (pakej untuk lelaki & perempuan) -tambahan kain lace 2 meter Rm200 -Umi jahit sendiri (buat jubah) -Lain kali boleh pakai lagi jubah ni. Cadar pengantin RM10 Recycle yg pakcik kawen dulu. Cuma tambah manik2 sikit. Cadar untuk tidur RM160 Beli ngan kawan (cadar quilt patchwork tu) Hiasan bilik -Bunga plastik & bantal kecik -Pewangi febreze RM120 -Dekorasi bilik kawan umi tolong buat. Di

Mari bercinta

30 Julai 2014 bersamaan dengan 3 Syawal 1435H , secara rasminya CL menyandang gelaran isteri kepada seorang pemuda yang baik berasal dari negeri Terengganu Darul Iman. Beberapa detik sebelum akad Setelah segala hempas pulas proses membina masjid (taaruf, merisik dan tunang), akhirnya dengan sekali lafaz, sahlah CL menjadi sang isteri. Alhamdulillah.. Wali CL adalah adik lelaki tunggal sendiri (sedih sebenarnya sebab arwah Abah tiada bersama). Waktu lepas akad, sempat CL kerling Umi, nampak matanya merah, hampir menangis tapi ditahannya. CL pun tahan rasa, malu nak keluarkan air mata. Hehe.. Perasaan selepas akad? Takut dan cemas. Dan syukur. Takut kalau-kalau tak mampu menjalankan amanah Allah ini dengan baik. Cemas kalau-kalau CL bukanlah yang terbaik untuk dia. Bersyukur kerana Allah memberi rezeki jodoh. Berharap agar dengan ikatan ini akan membawa CL dan keluarga lebih dekat kepada redha Allah yang didambakan selama ini. Orang kata, 5 tahun pertama perkahwinan adal

Melawan hawa nafsu

Bismillah... Seorang murabbi yang CL hormati dan kasihi pernah sebut begini, "Syaitan ni dah tarbiyah anak didik dia 11 bulan dah sebelum tibanya Ramadan. Jadi, syaitan iblis tak risau untuk tinggalkan anak-anak didiknya untuk sebulan saja (kena ikat dalam bulan Ramadhan)." Lucu bunyinya perumpaan murabbiku ini, tapi benar. Amat benar! Syaitan tinggalkan kita dalam bulan Ramadhan ini dengan hawa nafsu yang gemuk-gemuk... Sebagai bekalan membuat kemungkaran di sepanjang Ramdhan yang mencabar ini, heh! Buktinya, 1. Pakaian Bila kita ke bazaar Ramadhan, aurat para gadis, wanita bahkan ibu-ibu tak kalah daripada bulan2 lain. Bahkan lebih menggoda lagi. Tergugat iman para lelaki yang memandang. Kesian diorang, datang ke bazaar sebab nak beli makanan untuk berbuka Maghrib nanti. Tup-tup, dah dapat berbuka free dengan halwa mata sejak jam 5 petang lagi, huhu.. Oh, wanita... 2. Makanan Waktu bukan Ramadhan, masing-masing makan seperti biasa saja. Tapi bila dah Ramadhan,

10 Malam Terakhir

Sedar tak sedar... dah pun tinggal 10 malam terakhir Ramadan. Kejap je masa berlalu meninggalkan diri. Dalam tempoh yang sekejap ini jugaklah, macam2 hal jadi sekarang ni. Tak hilang lagi sedih isu MH370 hilang, MH17 pulak terhempas sebab ditembak di ruang udara. Tak cukup dengan itu, gendang perang di Gaza sudah berbunyi. Berderet tank2 menuju ke Gaza. Umat Islam semakin dizalimi, negaranya semakin ditindas kuasa-kuasa jahat dan ghaib. Isu sosial usah cerita. Berlambak bagaikan kulat di tepi bangunan2.. Membusuk bagai di tempat pelupusan sampah. Dunia semakin hampir ke hujungnya.. Tak kurang jugak, dosa yang dihimpun sekian lama oleh diri ini. Entah dapat, entah tidak keampunan dan keredhaan dari Allah sebelum berakhirnya Ramadhan kali ini. Sungguh, aku gerun! Masakan tidak, terlalu sibuk mengejar duniawi.. Bagaimana mungkin hati mahu terpaut dengan janji-janji Allah.. Allahurabbi.. "Pangkal segala maksiat, kelalaian da syahwat adalah redha terhadap nafsu. Dan pang

in need of sleep

I'm a Degree Holder with great result. Well, 3 pointer above, I suppose that I will have a great future in my career and life. With my excellent achievement in education, I hoped and still hoping.. But, life is so hard. World is killing me from each angles. I don't even know why I am so stranded like this. Until now, I still searching for my finite destination. My life right now, feels like I am in a long and dark tunnel. There's light, but seems blurred and too far to grasp. Along the tunnel, there's lots of branched-tunnel that I don't even know which one should I take. The scariest thing is, I'm with so many people in that tunnel but feels alone. They also like me, searching for their own destination. There's laughter and joy in my life, but I feel not complete. Never. People said to me, don't hope too much. Don't imagining things too much. Don't be sad too much. I don't know. Maybe He also don't like me, not His favorite.

Si Tempang

Riuh rendah suara bocah, Mengalun lantunan mulia, Bergema terowong pendengaranku, Memutar filem suram, Panas haba yang menyelati diri, Dihembus angin silam, Aku terpenjara dosa pengap, Menghidu wangi yang menghilang, Mengintai cahaya nan luntur, Harapan masih wujud, Cuma aku terlalu mengah. Kelelahan menelusuri usia picisan ini, Memutus benang sarafku, Meretak tulang kudratku, Mergastua berkicau, mengherdikku garang, Belantara kelam mengkaburi diri, Si tempang ini akhirnya rebah, Diterajang permainan duniawi. Apokalips bakal menjelma, Sang penyelamat memberi harapan, Syurga dan neraka jadi pertaruhan, Namun, Pilihan hanya diri yang menentukan.

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belakang

Felixia Yeap berhijab? Its okay lah..

Ada satu hari, CL bukak FB, tengok orang duk kecoh pasal Felixia ni bertudung. Chinese yang non-muslim bertudung. Comel orangnya. Putih melepak, mata besar. Gambar yang di post kebanyakannya selfie. Ada macam-macam komen tentang dia ni. Contohnya.. "Comel sangat awak bertudung, teruskan.." "Apa ni pakai tudung? Nak persendakan Islam ke?" "Ala..pakai tudung saja nak carik publisiti la ni..Dah tak laku.." "Bagus Felixia nak bertudung, tak salah pun.." Hurm..Macam2 fatwa dah keluar. Pakat nak jadi mufti belake.. I'm juz wondering, sape si Felixia ni sampai depa duk havoc sangat? Sampaikan Benz Ali pun suka quote pasal Felixia ni dalam post-post 'bajet hot' dia tu. Apa masalahnya kalau dia non-muslim nak try pakai tudung dan tutup aurat. Tak salah langsung pun.. Bahkan ada satu FB nama World Hijab Day (worldwide) yang promote non-muslim supaya support hijabbist all around the world. Berlambak kat luar sana espec

Kejap haram, kejap halal..Oh Cadbury,,

Sejak kecik lagi, kalau dapat makan cokelat Cadbury ni, rasa mewah sangat. Melompat kalau mak sedara atau pak sedara bagi hadiah cokelat ni. Tengok kawan makan je pun, dah nak mennagis kalau tak dapat jugak. Sejak zaman sekolah hingga universiti, kalau ada buat program Dedication to Someone, mesti Cadbury antara pilihan popular untuk dijadikan hadiah. Hadiah kat kawan-kawan, guru-guru. Da latest, diberitakan bahawa Cadbury feveretku itu tercemar dengan porcine. Ada DNA khinzir.. Paling sakit hatiku ini, kalau CL nak beli Cadbury untuk makan, takdelah pilihan lain kecuali yang ada Hazelnut dan Almond tu. Tup, tup, yang tu la dibuktikan ada DNA khinzir. Tak ke meletop nak marah????? Dah berapa keping dah CL telan benda tu. Dah jadi darah daging dah. Rasa marah tak terhingga. Bukan apa, sebab cokelat tu trang tang tang ada cop halal JAKIM kot.. Tetiba boleh pulak tercemar dengan unsur haram. Aduhai apalah nasib diri. Patut la agaknya mengaji tak berapa nak pick up. Rasa macam tak

Resepi Kuih Bunga

Ha.. Sape pernah makan kuih ni?? Rasa dia macam dobbukki (makanan orang Korea tu, liat2 skit..) yang disalut telur dan gula. Nak kata makanan orang Kelantan tak jugak sebab tak pernah tengok gerai2 atau bazaar Ramadhan jual kuih ni. CL hanya pernah makan sebab umi CL selalu buatkan masa kecik2 dulu.. Ok la, sebab ni resepi rare skit. So, CL akan share di sini. Mudah dan cepat je nak buat benda ni. But, dijamin sedap, insyaAllah. Bolehla kalau nak jamu hubby and anak2 makan waktu petang. Atau jamu kengkawan rumah sewa tu.. Jemput makan~~~ Sangat sedap kalau makan masa panas2 lagik. Kena guna pandan sebab dia ada aroma wangi sangat... Bahan-bahan:- 1. Tepung pulut -setengah kilo (ni boleh la kalau nak makan 5-7 orang) 2. Daun pandan 3. Garam secukup rasa 4. Gula 5. Telur (2-3 biji) 6. Esen vanila 7. Minyak masak (minyak zaitun lagi bagus) Cara-cara:- 1. Blender daun pandan. Air pandan yang hijau tu nanti akan digunakan untuk dimasukkan dalam doh nanti.

Aku Selaku Kerani NEC

Alhamdulillah CL jadi kerani pulak sekarang. Sampai lani cukup 5 bulan CL kerja kat sini. Menggantikan ex-clerk yg terpaksa balik kampung atas hal peribadi. Molek dah Allah atur semua ni.. Jadi kerani di Nisa Educare Centre ( NEC ) ni takde la susah manapun. Sebab waktu operasinya hanya dari Isnin-Rabu saja. 5.00 petang hingga 8.30 malam saja. Berpatutanlah dengan gaji. Masa untuk study Master pun takde la terganggu sangat dengan kerja ni. Dengan kerja KAFA tu lagi, alhamdulillah takde lagi clash setakat ni. NEC ni sebenarnya adalah salah satu bussiness yang NGO Nisa Perlis tubuhkan untuk membantu persatuan dari sudut dana dan juga memberikan khidmat untuk masyarakat yang nak belajar mengaji Al-Quran. Alhamdulillah, NEC sekarang makin mendapat tempat dalam masyarakat. NEC ni menjalankan perkhidmatan kelas mengaji Quran untuk kanak-kanak, remaja perempuan dan wanita dewasa. Tuisyen peribadi untuk subjek UPSR, PMR dan SPM pun ada. Kalau ada permintaan untuk buat kelas mengaj

Menjadi Muslimah Pembersih (Part I)

Kenapa muslimah? Kenapa tidak perempuan atau wanita sahaja? Sebab muslimah membawa suatu nilai yang lebih tinggi kerana ia membawa bersama mesej Islam yang akan disampaikan secara langsung atau tidak melalui setiap tindak-tanduknya. Setiap kelakuannya mestilah berpaksikan apa yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah.  So, nak jadi muslimah pembersih? Antara yang boleh dilakukan adalah.... Bilik tidur (bujang ataupun berkahwin) 1. Jangan sesekali duk buat kenduri (makan-minum) dalam bilik. Nasi ayam ke, nasi goreng ke, mee goreng ke, pisang goreng ke, instant mee, pizza etc. 2. Lepas bangun tidur(dah baca doa semua), terus kemas bantal dan cadar. Lipat selimut jangan lupa. Paling malas pun, lepas mandi pastikan tempat tidur anda kemas! 3. Almari baju tu janganlah disepahkan (silap-silap kucing, ayam ingat sarang untuk mereka). Yang mana perlu dilipat, lipat la.. Yang mana perlu disangkut, sangkut la. Susun kemas-kemas. 4. Meja solek! Ada pelbagai jenama