Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

My Engagement Day

30 MEI 2013

Satu lagi tarikh bersejarah dalam hidup CL.
Hari Pertunangan CL.

Masih CL ingat lagi betapa berdebarnya hati ini tika mengira detik-detik penampilan umum CL kepada keluarga belah tunang CL (merangkap zauj CL sekarang). Debaran itu umpama hari-hari menduduki exam SPM tu..

::MEMINANG::
Fuh, nervous bukan main! CL pun hairan kenapa jadi nervous sampai begitu padahal sebelum ni, kerja-kerja CL  memang banyak melibatkan dengan orang ramai. Masa E-day tu, walaupun audiens taklah seramai program-program yang CL handle, debarannya bukan main lagi. Mungkin kerana fokus utama majlis hari itu adalah diri CL dan tunang. Dengan flash-flash kamera dari saudara-mara semua.. Cam artis pulak rasa, heh! Masa nak kena salam dengan my future mother in-law, alamak hai malunya... Semua mata duk pandang. Tak kena tingkah jadinya. Tersengih aja. Ish, awatla mulut ni takmau tutup tah.. Dah macam kerang busuk lagaknya.. Malu, malu, malu.. Rasa nak nyorok dalam almari dan kunci dari dalam je masa tu…