Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Anak Dara Terbabas Motor Kerana Mengantuk

Fuhh.. Hari ini betul-betul memenatkan. Seriously! Penat tapi bahagia. Hari ni, ambo jadi sukarelawan dekat satu majlis perasmian sekolah tahfiz. Tolong bahagian jamuan. Agak penat sebab tetamu ada dalam 2000 orang. Sukarelawan lain pun penat juga tapi, kami saling bantu-membantu buat kerja. Apapun, kami bahagia sebab walaupun tak dapat menyumbang dari sudut kewangan, at least ada juga syer kami utk sumbangkan tenaga muda ni.
"Jika kamu tolong agama Allah, Allah pasti akan menolong kamu". Kan sekolah tahfiz ni untuk mendidik anak-anak muda untuk jadi huffaz Quran.. Bila dah jadi huffaz, isi Kitabullah pun pasti terjaga, insyaAllah. Orang yang menjaga agama-Nya pula, Allah amat kasih dan sayang. Oleh kerana, ambo ni masih tak berpeluang lagi untuk hafal Quran secara sistematik macam adik-adik kat sekolah tu, sekurang-kurangnya, ada la jugak syer kami di akhirat nanti dari sudut sokongan moral ni. Harapnya Allah terima kerja kami yang seciput dan se'coet' ni. Amin..

-MA…

Fotografi yang dicintai

Beberapa tahun yang lalu, ambo ada miliki sebuah kamera kompak jenama Nikon. 7megapixel je. Sayang sangat kamera tu. Hilang masa tengah solat zuhur kat sebuah masjid di Kedah. Sebelum solat, dah letak beg yang ada kamera dan brg2 lain kat depan sejadah. Waktu sujud terakhir, rasa macam ada orang melintas kat depan. Lepas bagi salam, tengok beg dah beralih arah ke tepi. Bila check, kamera dan juga duit dalam dompet semua hilang. Dikebas orang. Kerugian lebih kurag RM600 dalam masa tak sampai 3 minit. Siapa yang mencurinya, tak tahulah. Apa yang diambil tu, ambo halalkan saja. Cuma satu doa ambo, moga-moga Allah bagi hidayah pada-Nya agar berubah dari jadi pengikut syaitan. Mungkin ini kifarah dosa buat ambo, alhamdulillah..
Ambo ni cukup minat bab fotografi nih. Pantang nampak majalah ke, artikel ke, dokumentasi ke, apa-apa je lah yang berkaitan dengan fotografi ni, memang mata melekat tak leh lari ke mana dah. Kadang-kadang, ada kengkawan yang memerli tentang obses ambo ni. Tapi, na…

my FYP

Design of a variable frequency electronic repeller kit for multi pest control. Begitulah bunyinya tajuk projek tahun akhir ambo. Panjang sungguh. Ceritanya lagi panjang. Tapi, kalau nak dipendekkan ambo kena rekacipta satu alat elektronik yang mampu menghalau haiwan perosak seperti tikus, lipas, nyamuk, lalat, semut dan lain-lain dengan menggunakan frekuensi yang akan mengganggu haiwan-haiwan ini dari mendekati kawasan alat tersebut dipasang. Alat ini sepatutnya berfungsi dalam jarak lebih dari 10 meter, sebabnya bagi kegunaan dalam rumah. Tapi, oleh kerana masih di peringkat awal, penyelia projek ambo (Prof.Yusof) minta dapatkan dulu kesan frekuensi dalam jarak 5 meter.
Haish, walaupun hanya bab haiwan atau serangga, nak merekanya bukan la sesenang ABC. Terutama sekali bila nak kena buat programming. Ambo ni pulak bukanlah pandai sangat programming. Nanti nak kena guna microprocessor 8051. Lagi pulak, nak kena reka sendiri litar bagi alat ni. Kena tempah dan beli sendiri. Quotation har…

Facebook sebagai laman sosial atau laman peruntuh sahsiah diri?

Senja itu..
Sedang seorang sang gadis muslimah bertudung sopan berjalan di tepi tasik menghirup udara petang yang damai, tiba-tiba seorang pemuda yang tidak dikenali menegur.."hai.. sorang je ke? boleh saya temankan"Sang gadis marah sekali dengan perbuatan tak sopan sang pemuda. Pandangan matanya yang bening terus ditundukkan. Menjaga pandangan itu syariat Islam, pesanan ustaz dan ustazahnya dulu masih diingat sehingga kini. Sang gadis mahu menjaga pandangannya. Tidak dihiraukan teguran sang pemuda yang nakal itu. Sang syaitan yang sedang mengikut di belakang berteriak kemarahan dengan sikap solehah sang gadis. "Arghhhhhh!! Tak guna punya budak. Lelaki tu sikit punya hensem, dia tak pandang sebelah mata pun!"
Malaikat Raqib terseyum panjang sambil mencatit di buku catatan kanannya dengan penuh kepuasan.. Malaikat 'Atid juga senyum sambil memeluk buku catatan kirinya yang terkatup rapat. Senja pun berlalu..
Malam pun tiba.. Selepas menyiapkan tugasan yang diberi pens…

Pendapatan tak menentu, beban bayar balik PTPTN

Adiputra SelamatSaya adalah bekas pelajar di universiti awam dimana kos pengajian saya adalah melalui pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Setelah pendedahan demi pendedahan diutarakan dalam akhbar-akhbar milik Kerajaan Pusat, kini PTPTN merancang untuk memastikan para peminjam membayar balik pinjaman pengajian mereka melalui potongan gaji bermula pertengahan tahun 2011. Pada pandangan saya, ini boleh memberi bebanan kepada para peminjam khususnya yang baru tamat pengajian.Pinjaman PTPTN kebiasaannya adalah pilihan terakhir setelah segala usaha untuk mendapatkanpinjaman/biasiswa pengajian daripada sumber lain seperti yayasan negeri dan lain-lain tidak berjaya. Ini adalah kerana umum mengetahui bahawa kos pentadbiran yang tinggi yang menjadi penyebab utama bebanan peminjam untuk membayar balik pinjaman tersebut. Kehidupan para pelajar selepas tamat pengajian masih tidak menentu kerana pasaran kerja yang amat terhad tidak seimbang dengan berpuluh ribu …

Kelantan; Membangun Bersama Islam

Indeks jenayah 2010 di Kelantan turun tiga peratus03/01/2011 3:10pm
Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR KOTA BHARU 3 Jan. - Indeks jenayah di negeri ini secara keseluruhannya menurun sebanyak tiga peratus pada 2010 apabila mencatat sebanyak 7,116 kes berbanding 7,306 kes tahun sebelumnya.Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, angka itu merangkumi keseluruhan kes jenayah termasuk curi, pecah rumah dan sebagainya."Setakat ini kes jenayah di negeri ini boleh dikatakan terkawal. Kadarnya menurun sebanyak tiga peratus pada 2010 dengan catatan 7,116 kes berbanding 7,306 kes pada 2009."Bagaimanapun di peringkat jajahan Kota Bharu, Kuala Krai dan Gua Musang kadar itu meningkat," katanya tanpa menyatakan perincian peningkatan tersebut.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis serah dan terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini. – Utusan

bangga ambo bila baca berita …