Teman-temanku

Google+ Followers

Tuesday, February 26, 2013

21 Tips Bagi Yang Sukar Solat Subuh

1. Tidur lebih awal.

2. Bersungguh-sungguh dalam bersuci dan berzikir sebelum tidur

3. Tekad untuk bangun solat subuh

4. Berzikir kepada ALLAH SWT ketika bangun

5. Minta bantuan keluarga atau orang -orang soleh untuk bangun solat

6. Berdoa kepada ALLAH SWT agar diberi taufik untuk bangun solat

7. Mengguna saranan-saranan peringatan

8. Memercikkan air di wajah orang yang tidur

9. Tidak tidur sendirian

10. Tidak tidur di tempat yang jauh dari orang lain

11. Keinginan yang kuat untuk bangun dan jangan bangun secara bertahap

12. Jangan kunci jam loceng terlalu jauh dari waktu solat

13. Menyalakan lampu di saat bangun

14. Tidak berjaga malam terlalu lama

15. Tidak memperbanyakkan makan sebelum tidur

16. Jangan salah menerapkan sunah berbaring setelah solat sunat fajar

17. Mengerjakan qiamullail di waktu terakhir sebelum subuh

18. Mengikut petunjuk Nabi Muhammad SAW dalam cara berbaring saat tidur

19. Tidur di siang hari (Qailulah)

20. Jangan tidur sesudah asar dan sesudah maghrib

21. Ikhlas kerana ALLAH SWT.



Sabda Nabi:
باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح

Maksudnya:
Berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.
(Riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)


HADIS TELAH SEDIA MENYEBUT:
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari”
(Diriwayatkan al-Baihaqi)


::TIPS DI ATAS DIPETIK DARI BUKU '21 TIP BAGI YANG SUKAR SOLAT SUBUH OLEH SYAIKH MUHAMMAD SHALIH AL-MUNAJJID & SYAIKH MURID AL-KULLAB::

LENSA CHE LONG: Bangun subuh lambat salah satu faktor lemahnya magnet diri seorang dai'e terhadap mad'u. Macam mana nak Allah tolong kita kalau kita tak tolong Allah?

Tuesday, February 19, 2013

Cedok Air Guna Raga..

Ada satu kisah yang cukup popular. Che Long pernah dengar kisah ini dari seorang murabbi yang amat dihormati. Kisah tentang seorang anak murid dan guru mengaji al-Quran yang zuhud.

*****

Arakian bermula di sebuah kampung. Seorang anak murid yang sedang belajar mengaji al-Quran dengan seorang guru di kampungnya telah datang berjumpa gurunya pada suatu petang. "Apa guna saya mengaji kalau saya tidak tahu makna al-Quran, Tok?" Tanya murid tersebut dengan sedikit nada tidak puas hati.

     "Bacalah dahulu perlahan-lahan, nanti Tok akan ajarkan maknanya kemudian," jawab gurunya dengan baik.

     "Tapi Tok, saya rasa jemu dan tak berfaedah kalau saya belajar tanpa faham maknanya," jawab si murid.

     "Baiklah, hari ini kita berhenti sekejap belajar mengaji dan Tok akan ajar sesuatu yang mungkin berguna buat kamu.," kata Tok guru. Sang murid kembali ceria mendengar jawapan gurunya.

     Tok guru lalu menyerahkan kepada muridnya sebuah raga rotan yang diambil di belakang rumahnya dan berkata, "Pergilah kamu cedok air di sungai dan penuhkan kolah madrasah kita ini."

     Si murid lantas kehairanan namun beranggapan bahawa ajaran gurunya kali ini agak menarik dan mengharapkan sesuatu yang luar biasa akan berlaku. Dia terus ke sungai dan mencedok air dengan menggunakan raga tersebut dan tergesa-gesa berlari untuk menuangkan air ke kolah madrasah. Malangnya, setiap kali dia sampai di kolah, air di dalam raga telah habis kerana menitis keluar dari celah-celah raga yang jarang itu. Berulang kali dilakukannya namun air tetap menitis keluar dan kolah tidak dapat dipenuhi.

     "Tok, saya rasa perbuatan ini tiada gunanya. Lebih baik Tok berikan timba kepada saya, tentu lebih bermakna dan lebih cepat air kolah dapat dipenuhkan!"

     Tok guru tersenyum sambil berkata perlahan, "Setiap yang Tok suruh pasti ada maknanya."

    "Apa maknanya Tok?" 

    "Menimba air dengan raga samalah dengan mengaji Al-Quran tanpa mengetahui maknanya," jawab gurunya.

    "Tidak ada faedah kedua-duanya? Itukah maksud Tok?" pintas si murid.

     "Kedua-duanya berfaedah," jawab Tok guru tenang. Si murid bertambah hairan.

     "Cuba kamu tengok raga yang kamu gunakan sejak tadi itu. Mulanya ia kering dan kotor. Tapi sekarang bukankah sudah basah dan bersih disebabkan kamu berulang-ulang mencelupkannya di dalam air? Walaupun kolah tidak penuh tetapi raga itu menjadi lebih bersih. Betul tak?"
    
     "Betul tu Tok," jawab sang murid mengiakan sambil tersengih lebar.

     "Ha, begitulah juga hati kamu ketika berulang-ulang kali membaca al-Quran. Walaupun kamu masih belum faham maknanya tetapi sekurang-kurangnya hati kamu sedang dibersihkan daripada kealpaan dan godaan syaitan laknatullah."

     Muridnya mengangguk faham. Sedarlah dirinya kini akan kehebatan gurunya yang bukan setakat mengajar tetapi juga mendidik. Sang murid akhirnya belajar bersungguh-sungguh mengaji al-Quran dengan gurunya setelah menyedari bahawa tidak ada kebaikan yang sia-sia dan tidak berguna.

******
Lensa Che Long: Selagi ilmu yang baik diajar kepada murid yang berterusan mengamalkannya, saham pahala juga turut dapat dikongsi bersama kita. Alangkah hebatnya jasa seorang guru.
Ingat, jangan lupa bahawa setiap kebaikan yang kita lakukan ada faedah dan berguna untuk diri kita sendiri juga.



Thursday, February 7, 2013

Jiwa Kacau

BENAR kata-kata orang tua, "suka lawannya duka". Hari ni, CL happy sangat-sangat. Gelak pun tak ingat dunia. Melawak tak tentu hala. Tengok-tengok sebelum nak pejamkan mata nih, ada kesedihan dan keberatan yang amat berat melanda jiwa. Tambah dengan musim ABC (Allah Bagi Cuti) a.k.a haidh ni lagilah jadi jiwa kacau dibuatnya.

AMANAH dan tanggungjawab adalah satu benda yang Maha Berat. Jika dipikulkan ke bahu kita dan kita melaksanakan dengan sambil lewa, nantikan soal-balas di depan Tuhan di akhirat kelak. Sangat pedih adzab dari Tuhan buat hamba-Nya yang tidak amanah. Tiada berkat di dalam hidupnya. Jika menjadi pimpinan atasan, lagilah DAHSYAT dan BERAT dugaan yang datang melanda. Lagi berat jika orang bawahan menuntut haknya di akhirat kerna ketidak-puasan hatinya terhadap kita. Buat salah dengan Tuhan, masih boleh bertaubat. Tapi, jika berbuat salah dengan manusia, tiada redha-Nya selagi tidak meminta maaf dari yang punya hak. Jika hati dan jiwa tak terasa terusik dengan keberatan ini, maka muhasabahlah. Mungkin itu teguran dari Tuhan, maka bersyukurlah akan setiap teguran. Kadangkala, teguran Allah itu diilhamkan buat kita melalui manusia yang rapat dengan kita, manusia yang kita tak pernah kenal bahkan alam sekeliling juga bisa menegur kita.

HIPOKRIT. Talam dua muka. Berlagak alim. Berlagak bijak. Berlagak pandai. Cakap tak serupa bikin. Haprak. Hampeh. Mandom. Lembik. Lembab. Jiwa kecil dll.. 
Kata-kata tohmahan dalam dunia perjuangan [amiin!] yang sering menyapa gegendang telinga. Maka, CL teringat pula kata-kata guruku. Sungguh, Allah itu Maha Adil! Jika sekarang kita sedang ditohmah dengan pelbagai kata nista oleh manusia, mungkin ini pembalasan Allah buat kita yang pernah mengungkapkan kata nista buat orang lain jua suatu ketika dahulu. Maka, sepahit manapun jadam itu, telanlah. Moga jadam menjadi penawar.

SAHABAT sebaik Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Othman dan Saidina Ali mahu dicari dan didampingi dalam dunia perjuangan kini? Sukar sekali. Bahkan mustahil sekali. Pokoknya, kita sering mahu yang terbaik untuk diri kita TAPI pernahkah kita cuba untuk jadi yang terbaik untuk mereka di sekeliling kita? Terlalu mencari kesempurnaan, akhirnya kita tewas sebelum masuk gelanggang beradu kekuatan dengan musuh sebenar kita. Pernahkah kita terfikir, mungkin ini teguran dari Allah di atas kelalaian kita meng-anak tirikan unsur 'ukhuwwah fillah abadan abada' berbanding berbanding agenda siasah dan tarbiyah kita. Allahurabbi.

MATANG tak akan dicapai sekelip mata. Tidak semestinya kita berumur 40 tahun maka kita matang. Tak semestinya kita sudah punya anak-cucu maka kita sudah sempurna kematangan. Tak semstinya kita lepasan IPT maka kita seorang matang. Bahkan, tak semstinya kita sebuah pemimpin sebuah kerajaan maka kita matang. Sukar sekali kayu ukur sebuah kematangan. Tiada manusia yang paling matang melainkan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., kekasih agung Allah./ Apa yang mampu manusia normal seperti kita buat adalah mencontohi baginda sehabis kudrat yang ada.

JIWA KACAU bila kehidupan tiada barakah, rahmah dan sa'adah dari Allah. Juga jelas terlihat kekacauan ini pabila goyah dan rapuhnya hubungan kita dengan Allah. Jarang sekali kita ber'dating' dan bermesra-mesra dengan Allah. Solusinya, kembalilah pada fitrah Rabbani. Jika mendapat ujian dan dugaan, ingatlah selalu bahawa ini teguran dari Allah buat kita.

Lensa Che Long: Maka jika mendapat teguran dari Allah, maka bersyukurlah itu tandanya Dia masih ingat pada kita. Bayangkan jika tiadanya ujian dari Dia, mungkin sudah lama Dia melupakan kita hanyut di jurang kehinaan. 

Mode CL malam ini: Jiwa kacau! Selawat dan zikrullah, moga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, amin!

Wednesday, February 6, 2013

Listen, Listen, Listen!

Fuh, panas..panas..! 

Isu yang cukup panas melanda negara kita. Isu seorang pelajar India yang bernama Bawani di'diam'kan oleh seorang Presiden SW1M dalam sebuah forum di sebuah IPT di utara Malaysia iaitu UUM.

Syukur sebenarnya dengan pendedahan video ni. Sekurang-kurangnya masyarakat sedar betapa selama ini mahasiswa diperkotak-katik oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Jujur, perkara sebegini bukan hanya berlaku di UUM sahaja tetapi di seluruh IPT di Malaysia dan masih berterusan hingga sekarang. Tak percaya? Silakan buat survey dan poll..

Mahasiswa yang selama ini TAKUT, GERUN dan BIMBANG akan tindakan AUKU yang bakal dikenakan jika mereka terlebih melawan pihak atasan/pihak penganjur, kini mereka bagaikan menonton kembali betapa mereka selama ini diperlaku seperti kanak-kanak tadika dan taska. Betapa maruah dan kredibiliti mahasiswa dijatuhkan sebawah-bawahnya. Diperkudakan. Diperlaku umpama lembu dicucuk hidung. Open your eyes and see!

Ye, benar Cik Bawani agak emosional dalam melontarkan pandangan dan persoalan beliau. Itu normal untuk seorang anak muda yang berdarah panas. Tapi normalkah bagi seorang yang mengaku profesional berperilaku sebegini rupa seperti yang ada dalam video di bawah? Jujur, CL memang tak puas hati. Rasa sentap saja hati ini melihat kebobrokan perangai sesetengah manusia yang tidak beradab ini.

Teringat CL akan pengalaman sendiri dijerkah dan diperbodohkan dalam kem-kem kepimpinan dan BTN (Biro Tatanegara) di zaman kampus dulu. Pabila CL melontarkan idea dan pandangan atau soalan yang agak membangkang objektif dan matlamat pihak penganjur, maka habis-habisan idea CL dan kawan-kawan se'idea' ditolak dan dikritik pedas. Bagaimana mahu melahirkan mahasiswa Malaysia yang benar-benar intelektual jika semua idea/pandangan dicantas tanpa ada perbincangan ilmiah yang kritis dan kreatif? Huh, jawab boleh?

Ok la, jom layan video kat bawah nih:-
video

Selepas video di atas jadi viral di alam maya, senyap tiada jawapan dari Pn. Syarifah. Bahkan, tuntutan supaya video penuh sepanjang forum tersebut berlangsung di-upload tidak diperduli oleh pihak penganjur. Sedangkan, jika tersiarnya video penuh tersebut, maka bolehlah masyarakat menilai siapakah yang berada di pihak yang benar. Bolehlah masyarakat menilai kerana apakah Cik Bawani jadi sebegitu emosional. 
CL jadi tertanya-tanya, adakah ada sesuatu fakta besar yang cuba disembunyikan? Hurm...apa yer? Rasa macam nak pergi UUM minta footage forum tu ajer. Hehe, jadi Detektif Conan best gak nih.

Seterusnya, tuntutan masyarakat supaya Pn.Syarifah supaya meminta maaf terhadap Cik Bawani juga tidak diperduli. Sedangkan kita amat maklum bahawa Islam amat menghalang umatnya dari mengaibkan sesama saudara sendiri. Jika berbuat kesalahan maka minta maaflah. 
"Berbuat salah dengan Tuhan, kita boleh bertaubat. Tapi, jika berbuat salah dengan manusia, selagi tidak meminta maaf dari orang tersebut, Tuhan juga takkan memaafkan kita."

Tapi yang hairan lagi ajaibnya, sidang media oleh Pn.Syarifah setelah beberapa minggu dari video pertama betul-betul mengecewakan. Saksikan sendiri..
video


Lensa Che Long: Mahasiswa itu harus berjiwa besar, maka sudut pandangnya juga harus glokal. Khidmatnya untuk masyarakat dan ummah, bukan setakat untuk lepas diri sendiri dan keluarga sahaja. 
Kalau setakat berjiwa kecil dan pandangan mata hanya sekadar buku, dinding  dan meja belajar, baik pergi bertapa di gunung dan usah bergaul dengan umat manusia.

Dakwah itu tanggungjawab semua

Bila nak pakai baju, mesti nak cari yang cantik dan bergaya.
Bila nak beli rumah dan kereta, mesti nak cari yang selesa dan mewah.
Bila nak cari pasangan hidup, mesti nak cari yang tampan atau jelita.
Bila nak makan, mesti nak cari yang menyelerakan dan sedap.
Bila nak berdakwah, nak buat yang amar maaruf aje tapi nahi mungkar tak mahu.

Ingat semua benda kat dunia ni tentang kecantikan/keindahan je ke yang wujud?

So, di mana kita nak sembunyi rumah usang di negara ni? 
Pengemis yang duk mengemis minta sedekah tepi jalan/pasar malam/pasar tani nak sumbat mana?
Lelaki atau wanita yang tak seberapa putih kulit/hidung mancung/kulit licin/model-body nak taruk mana?
Baju koyak yang dipakai orang susah takkan nak ditarik dari badan mereka?
Paling penting, sasaran dakwah seperti petani/nelayan/orang kampung/anak muda hisap dadah/pelacur lorong hitam yang sering dilupakan mana nak letak?

Nak berdakwah jangan memilih. Jangan pilih yang perjuangan yang selesa saja. Teringat pesanan murabbiku, nak tahu samada perjuangan kita ni betul atau tidak, tengok pada cabaran yang diterima sedikit atau banyak. Yang paling banyak mendapat tentangan dan kesukaran itulah yang terbaik. Dan yang paling penting, pilihlah perjuangan yang benar-benar berlandaskan syariat Islam. 

Tapi, pada masa yang sama janganlah pula kita menghina dan mencemuh perjuangan orang lain, jemaah lain, badan dakwah lain. Berbaik-sangkalah dan saling bantu-membantu antara satu sama lain. 

Jangan berebut-rebut mad'u pulak macam budak-budak yang berebut aiskrim. Siapa cepat dia dapatlah. 

Kalau yang tak dapat pulak, jangan terlalu bersedih tapi usaha lagi. Mungkin itu ingatan atau teguran dari Tuhan di atas ketidak-sempurnaan hati dan niat kita dalam membuat gerak kerja Islam selama ini.

JIM,
IKRAM,
HALUAN,
PAS,
ABIM,
ISMA,
dan lain-lain lagi, masing-masing punyai ideologi dan matlamat tersendiri. Namun, tak guna kalau kita asyik berbalah idealogi sedangkan masyarakat awam di sekeliling kita terus gersang dari siraman ruh Rabbani yang sepatutnya kita pakat-pakat sirami bersama.


Bateri dakwah nak kena re-charge selalu jangan sampai 'kong' ye. 
Senyum sokmo sebab senyum itu sedekah. 
Santuni masyarakat kerna mereka mendambakan sentuhan akhlak Islam yang semakin pupus. 

Lensa Che Long: Kekalkan daku Tuhan di atas jalan perjuangan ini. Jika tulisan ini mampu mengesankan hati sesetengah manusia, maka aku bersyukur pada-Mu. Jika tidak sekalipun, saksikanlah wahai Tuhan, aku sedang berusaha kearah-Mu.
There was an error in this gadget

Follow by Email