Teman-temanku

Google+ Followers

Saturday, August 29, 2015

Ramadan di rumah mentua

Cukup sebulan,
Ramadhan 1436H kali ni, CL berpuasa di rumah mentua. Tahun lepas anak dara lagi so sempat lagi merasa berpuasa di rumah mak sendiri. Masuk Syawal 1435H baru jd bini org. Hehe.

So, pengalaman pertama berpuasa du rumah mentua ni nak kata best sebenarnya lebih kpd mencabar la. Haha..

Sebab 1st time jadi menantu ni, mcm2 hal CL fikir. Kalau blh semua benda nak perfect. Konon nak amik hati mentua la..

Balik kerja kul 5ptg, rehat jap kat bilik, kena keluar dah masak2 kat dapur. Prepare itu ini, mana blh malas2.. Engko bukannya ratu cantik atau ansk raja pon nk duk goyang kaki jer. Hehe.

Dlm sebulan tu, hanya 3 kali je makan kat luar.
1. Sekolah buat program Ifthor
2. Kelab Guru buat program Ifthor
3. Keluar ifthor dating bersama en.Hubby.

Balik kampung berbuka umah my mom pun dah 2 hari sebelum nak Aidilfitri. Huhu.. Sabor aje la. Dapat suami bizi.. CL pun blh tahan bz gak. Hehe.

Masak apa sepanjang puasa tu? Cincai2 je. My MIL pun jenis masak ringkas gak. Gaya org2 tua. FYI, my MIL umur dah 60an.. Dan kebanyakan anak2 my MIL ni tak suka makan SAYUR include en.Hubby la. CL ni plak hantu sayur. Ha, kontradiks kat situ la. En.hubby, feveret dia ayam je la.

Kuih2 pun jarang buat. Berbuka ala kadar aje. Kalau lebih sikit pun, my hubby suka buat jus buah. Sangatla suker dia tu.. Terutama jus tembikai.

Satu benda je menarik nak share sepanjang berpuasa di Terengganu ni. Setiap kali masuk waktu berbuka, akan kedengaran bunyi bedilan meriam dari Bukit Besar. Kuat! Mula2 dgr terkejut CL. Ingatkan bom ke apa. Rupanya tu mmg budaya org sini. Hehe. Kalau time sahur pun sama, akan bunyi bila masuk waktu imsak.

Next year, berpuasa kat mana la pulak CL ye? Hehe.. just wait & see.

Mak buyung belajar kereta.

Akhirnyaa....Hari ni CL selesai menghabiskan 8jam terakhir latihan memandu (kereta). Setelah berbulan2 cuba menghabiskan latihan ni dengan segala kekalutan kerja2 di sekolah, urusan di kampung (banjir), akhirnya pukul 2ptg ni CL akan menjalani ujian QTI. Hoyeah..!

Dah la my dear baby duk nyot, nyet, nyot, nyet bergerak dlm perut ni. Sabor aje la. Mamanya sibuk nak belajar memandu, dia pun sibuk nak driving dlm perut jugak agaknya. Hahaha. Almaklum dah 27 minggu dah pun. Masuk 7bulan dah jd mak buyung ni rupa2nya. Hehe..

Lepas habis 2jam setengah QTI jap lg, blh la CL tempah tarikh utk test JPJ plak. Hehe, rasa mcm confident semacam je nak test ni. Perahsan..

Sebab apa confident? Because da worst part yg selama ni CL takut nak buat, dah blh buat dgn jayanya..
1. Naik bukit. Yg kena tekan minyak kuat2 tu. Paling takut sbb bila bunyi kereta tu menderum2 tu, hantung CL pun rasa nak terkeluar. Hehe

2. Parking sisi dan 3 penjuru. Sebab CL pemegang kad merah, so setiap kali dtg belajar, dpt cikgu lain2. So, setiap kali tu jugak la berbeza2 tips yg CL dpt menyebabkan CL jd kompius! Alhamdulillah dh blh adapt. Hehe.

3. Buat U-turn atas jalan raya. Waa.. takut giler tambah2 time ada kereta banyak atas jalan menghala dr arah bertentangan. Serious gabra wei!

Alhamdulillah, td final 2 hours buat latihan rasanya dh blh conquer dh smua ketakutan/kegabraan tu smua. Haha. Kalau tak lepas lagi xtau la.

13/9 ni ada test JPJ. Kalau lulus QTI ni, blh la tempah utk tarikh tu. And then, habis la kesengsaraan CL menunggu utk dptkan LESEN D selama ni. Bertahun kot!!

Selama ni asyik tertangguh sebab 2 hal je:
1. Masa padat waktu weekend.
2. Kewangan tak cukup nak bayar yuran amik lesen.

Huhuhu..

Lensa Che Long: Tak sabor2 nak bawak keta ni. Padahal xde keta lagi. Wakaka.. Nak rembat keta en.Hubby la..Hehe
There was an error in this gadget

Follow by Email