Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

cuti pertengahan semester

Cuti mid-sem dah pun start, ramai student dah balik kampung masing-masing..Tapi, ambo masih terperap di bumi karpet hijau ni, Perlis. Memang dari awal lagi, ambo memang tak berniat untuk balik cuti ni. Sebabnya?
1) Cuti kejap sangat, lagipun ada program sepanjang cuti ni.
2) Nak balik sekarang pun, dah nak dekat cuti raya, rasa macam membazir pula kalau balik sekarang.
3) Paling utama, nak jimat duit la..hehe..

Tapi, takpe jugak duk sini, boleh siapkan kerja-kerja yg tertangguh. Assignment dan lab report banyak lagi tak siap. Buka cuti nanti, ada banyak test yang menanti. Boleh juga top-up iman dengan baca tazkirah yang tak sempat baca sebelum nih. Boleh juga, update blog kesayangan ni..hurm..

Baru-baru ini, ambo ada baca sebuah buku yang cukup indah isinya, PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH dan RASUL, karya Fatimah Syarha Mohd. Noordin. Buku ni cerita pasal keindahan alam rumahtangga selepas kita berusaha gigih menjaga batas muamalat sebelum perkahwinan. Daripada buku ni, ambo rasa sema…

Ceritera di pilihanraya kecil Manek Urai

Lama sungguh ambo tak update blog nih..Masa cuti semester yang lalu, ambo duk rumah saja. Di kampung mana la ada internet, nak ke CC di pekan, jauh sangat..Jadi,tak sempat la ambo nak update blog nih..Ingat nak kerja sambilan masa cuti hari tu, tapi umi ambo tak izinkan sebab dia nak minta tolong ambo menaip kerja-kerja dia di pejabat. Tak sempat katanya nak taip sendiri.

Al-maklumlah, waktu tu tengah kalut dengan pilihanraya kecil dun Manek Urai (kampung ambo la tu). Semua orang yang terlibat dengan pilihanraya tu memang tak menang kaki dan tangan waktu tu. Tak kira mana-mana parti pun, semua orang duk kalut raih undi rakyat. Meriah sungguh. Turun rumah A, naik rumah B. Keluar parti A, masuk parti B. Muka parti A masam, parti B pula yang senyum. Parti A tawar jambatan, parti B tawar zink. A bagi duit, B bagi kertas. Huh, macam-macam lagi la..Ada yang lagi meriah! Kawasan kampung yang sebelum ini, jarang orang tahu nama, kini dikenali satu Malaysia. Ramai jenis orang pakat turun ramai…