Teman-temanku

Google+ Followers

Sunday, August 18, 2013

Mesir: Untungnya mereka. Ruginya kita.

Insiden berdarah bergolak kembali di Mesir. Setelah sekian lama Mesir mendambakan demokrasi yang akhirnya mereka dapati tika Presiden Morsi diangkat sebagai ketua negara, kini demokrasi yang rakyat Mesir pilih itu direnggut kasar oleh pimpinan kudeta yang sadis.

Tanpa belas kasihan terhadap saudara mereka sendiri. Bahkan di bulan Ramadhan dan Syawal yang mulia, tanpa segan-silu mereka tetap menghancurkan dada dan kepala saudara mereka dengan api, peluru,  gas beracun, molotov, bom dan segala jenis senjata yang membunuh. Sedangkan rakyat lemah tanpa senjata.
Rakyat sendiri ditindas dan dibunuh? Apa jenis kekejaman ini? Adakah sejarah jahiliyyah manusia sedang berputar kembali filemnya?

Lebih malang lagi, ada segelinitir 'manusia bodoh' yang menyalahkan demonstran. Kata mereka, memang patut tentera/polis membunuh demonstran/penyokong Morsi kerana mereka yang memberontak. Kata mereka lagi, demonstran ini sendiri yang memilih jalan celaka. Jalan kematian.

Sungguh mereka tidak sedar betapa jahilnya mereka akan hakikat sebuah kemerdekaan jiwa. Sungguh mereka tidak sedar betapa ketatnya ikatan tali penjajahan ke atas diri mereka. Hilang sudah jati diri mereka. Mereka seolah-olah tersihir oleh kekuasaan sementara musuh Allah. Mereka bagaikan lupa bahawa Islam itu untuk dipasak jauh ke dalam jiwa nurani dan bukannya hiasan di IC semata-mata.

Demonstran itu tidak rugi walau satu perkara pun. Sungguh! Hidup mereka kini hanya antara kemenangan (Presiden Morsi dikembalikan ke jawatan asalnya) ataupun mati syahid (dibunuh tentara as-Sisi laknatullah). Sungguh indah lakaran hidup mereka, "I'sy azizan, mut syahidan" yang membawa maksud "Hidup mulia, mati syahid".
Manis senyumannya menyambut panggilan syurga.

Tidak teringinkah kita untuk mati dalam husnul khatimah sebegini?

Mereka ditembak tapi masih tersenyum indah. Bagaikan peluru itu usapan bayu lembut dari syurga.

Sedangkan mereka yang mengatakan bahawa demonstran itu sebagai pemberontak, sebenarnya merekalah di pihak yang rugi. Sudahlah menghina perjuangan Islam, sesat dan hanyut pula dalam buaian perhiasan dunia. Harta yang bertimbun disimpan tanpa disalurkan infak pun untuk perjuangan Islam. Tenaga yang ada hanya dibazirkan untuk kepuasan nafsu duniawi semata. Padahal, kematian yang bakal menjemput mereka hanya membenarkan kain kafan dan amalan sahaja mengiringi ke liang lahad.

Di sini, inginku analogikan isu Mesir, Syria, Palestin dan lain-lain tempat yang bergolak seperti begini:-
"Apabila kita melihat isteri atau anak-anak kita hampir dirogol atau sedang dirogol di depan mata kita oleh penjenayah kejam, bukankah dayus jadinya jika kita tidak langsung bangkit menentang kejahatan itu? 
Jika kita tidak berdaya untuk berbuat apa-apa sekalipun, bukankah terlalu kejam diri kita ini jika tidak terbit sekelumit rasa benci dan marah sekalipun di hati kita terhadap kejahatan yang sedang berlaku di tubir mata kita?"

Jika melihat drama atau filem Hindustan, Korea atau Hollywood yang mengisahkan cinta terhalang antara hero dan heroin, mata kita mampu mengalirkan air mata tetapi untuk saudara seagama kita (sudah tentu hubungan ini lebih rapat dari hubungan kita dengan aktor dan aktres filem itu) yang tertindas kita masih pula sanggup mengeji mereka, sahlah kita seorang yang dayus dan tidak berperikemanusiaan! Haiwan pun mengasihi anaknya, kita manusia yang dianugerahi akal pula tidak mampu bertindak betul?

Qunut Nazilah. Marilah kita semua aminkan!
Untunglah mereka, ruginya kita..
Insaflah wahai insan, jika kita masih mampu tertawa dan senang hati dengan segala macam hiburan dunia sedangkan diri kita:-
1. Masih banyak dosa dan maksiat yang belum diampunkan Allah.
2. Masih terlalu jauh dari redha dan rahmat Allah.
3. Masih belum terjamin mendapat syafaat Rasulullah s.a.w.
4. Masih amat sedikit bekalan yang mampu dibawa ke akhirat abadi.
5. Masih kabur tentang tarikh kedatangan sakaratul maut yang pedih itu.
6. Masih kabur tentang dekatnya hari kiamat yang dijanjikan.
7. Masih jauh dari pintu taubat yang bakal dimakbulkan Allah.

Untunglah saudara kita yang sudahpun syahid dan menanti lambaian syurga di barzakh kini.
Malanglah kita yang masih bergembira dengan hiburan dunia sedangkan jerutan neraka sudah mendekat di batang leher kita.
Allahurabbi.. Marilah kita semua mencari redha Allah. Amin!



Lensa Che Long: We're muslim brotherhood! We stay live and die together until jannatullah invite us all! Allahuakbar! Sungguh, aku berdoa ya Allah, hidupkan aku sebagai seorang yang mulia dan matikan aku sebagai syuhada! Amin!!

There was an error in this gadget

Follow by Email