Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

kematian itu amat dekat

Vroomm..
bawak motor cabuk ambo tgh gerimis hujan di bawah langit kelam menuju ke rumah sewa. baju hujan  pulak takdak, duk harap baju jaket tu aje la..nasib baik tebal sikit.
sambil pulas minyak tue, duk teringat kat budak-budak yg ambo baru sudah mengajar kat tempat tuisyen tue. best betul diorang, muda2 lagi dah kenal erti tuisyen. ambo dulu mana mampu nak gi tuisyen luar, paling tinggi pun join kelas tambahan malam2 yg cikgu buat kat sekolah. beruntung betul diorang. moga2 masuk la dalam kepala diorang apa yg ambo duk ajar tue. moga2 menjadi ilmu yg berguna buat mereka semua.
uih...sejuk betul bawak motor dalam keadaan hujan camnih. nak rempit laju2, takut pulak. jalan licin, maklumlah..kang tak pasal2 pulak eksiden. cek poket jaket, telefon dah basah. dalam hati terlintas kejap, kalau2 la ambo eksiden, kurang2 henpon kena berfungsi, senang orang nak kontek kenalan ambo nanti. lambat pulak nak sampai umah nih. lampu motor pulak tak terang mana, huhu sabau aje la..
kereta laju2 jer…

Cerita Seorang Muslimah

Arakian, nun jauh di utara negeri, tinggallah seorang mahasiswi muslimah menuntut ilmu bagai tiada sudahnya.
Meredam air mata sudah. Menimba keringat pun sudah. Sehari-hari tiadalah yang ditatapnya melainkan gurunya tercinta.
Cehh..puitis la pulak.

Ini sebingkis cerita tentang seorang muslimah yang bergelandangan di bumi Allah dengan secubit iman.

Zaman sekolah;
Suasana pembelajaran di sekolah agama yang cukup menjaga norma-norma murni kehidupan membuatnya lahir sebagai seorang manusia yang cukup menjaga.
-Jika bercakap dengan lelaki ajnabi, semua saranan Rasulullah s.a.w cuba diikutinya sebaik mungkin. Suara ditegaskan, pandangan dijaga, hanya bercakap apa yang perlu sahaja.
-Bila outing pada hari weekend, sanggup buang spek mata biar rabun pandangan sebab nak jaga pandangan dari benda-benda lagha.
-Bila tengok drama, filem atau apa2 rancangan TV; bila tiba babak-babak yang kurang senonoh atau hampir mendedahkan aurat pelakon, cepat-cepat dialihkan pandangan.
-Bila balik kampung musi…

Kebejatan Sosial-Siri 1

Jom kita renungi sebantar kebejatan sosial yang berlaku di negara kita pasca-merdeka ini:-

STATISTIK ANAK LUAR NIKAH:-


Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 oran
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.


Baca lagi di: http://berita-harian-online.com/statistik-anak-luar-nikah-di-malaysia/



STATISTIK PERMOHONAN MURTAD:-



STATISTIK PENAGIHAN DADAH:- DATA PENAGIH TERKUMPUL DI MALAYSIA SEMENJAK TAHUN 1988 SEHINGGA 2005 ADALAH SERAMAI 289,763 orang
StatistikJanuari - Disember 2005 (Sumber AADK) TABURAN PENAGIH MENGIKUT NEGERI