Teman-temanku

Google+ Followers

Thursday, December 30, 2010

PTPTN dah masuk


alhamdulillah..tadi masa balik dari kelas, ingat nak singgah kafe beli makanan. tapi, teringat takde duit cancel. on the way balik, gi kedai runcit kat taman perumahan tue, ingat nak amik duit keropok yg tinggal dua bundle kat tauke kedai tu. tauke pulak takde, pekerja die tak berani ambilkan duit bos die.. bagus, pekerja tu. amanah.. hurm, dalam duk berkira-kira nak makan roti je, sorang kawan sekelas datang, ajak gi kafe. ambo kata la takde duit, so tak nak makan.. terkejut die. tanpa berlengah, diajak ambo jugak, dia suruh guna duit die dulu. ambo tolak walaupun sebenarnya nak. hehe, malu tapi mahu..

bila die pujuk dan pujuk, last-last cair.. so, join la die beli nasi kat kafe. tup, tup balik umar, kawan serumah kata PTPTN dah masuk.. yieha!! alhamdulillah, ringan sikit beban. boleh la wat bayar hutang. banyak projek nak buat semester ni. FYP nyer, lesen keretanyer, duit bukunyer, dan lain-lain lagi la.. tapi, bila fikir-fikir balik, dah nak dekat habis semester nih, makin dekatlah tarikh ambo nak kena mula menanggung hutang PTPTN ni, huhu takutnya~~ macam mana kalau mati dulu, tak sempat bayar hutang? kesian la kat waris keluarga ambo, huhu~~
kecuali, ambo dapat 1st class degree masa graduasi nanti, dpt la pinjaman tu bertukar ke biassiswa. ada lagi ke harapan ni ek? hurm...cuba dan cuba lagi..

teringat masa kat kelas tadi, sebenarnya ada presentation. subjek Economics Engineering. kumpulan ambo kena tajuk Aggregate Demand. Hurm, susah gak nak kupas tajuk nih. sebenarnya ambo semangat nak present hari ni.. tapi tah nape, effect nescaffe yg minum pukul 8malam tu kuat betul. jadi tak mengantuk, semalaman tak tidur. bila dah pukul 7pagi, mata mula lentok. layan la apalagi.. nasib baik kelas kul 10.30pg. hurm...bila dah bangun kul 10pg tu, mula la mamai. otak pun tak center.

betul la sabda Rasulullah s.a.w, jgn tidur lepas subuh. rezeki tak masuk rapat, berkat Allah pun tak dapat.. bahananya, kalut la mandi, seterika baju, preparation utk presentation tah ke mana. masuk kelas pun dalam otak duk pening lalat lagi. bila tiba time present, apa yg nak disampaikan tak terluah. terlekat di kerongkong je. sentuh bab surface jer... suara pun mendatar je. fakta tah berterabur ke mana, kreativiti langsung hilang.. then, presentation kumpulan kitorang pun habis. naik la grup-grup lain pulak.

mula-mula tak anticipate pun dgn presentation kawan2 sebab hari ni tak ada sesi soal-jawab, jadi malas nak fokus. wat derkk jer.. bile jeling tengok lecturer, die pun cam ngantuk je ngan presentation kitorang semua. hihi..jahat.. THEN, naik lah grup kedua terakhir dgn megahnya ke pentas, diorang pun start presentation.. agak menarik gaya diorang. fakta-fakta yg dikeluarkan pun banyak. jeles gak la kan.. lecturer pun nampak semangat balik. belum sempat habis present lagi, dah mula tanya itu ini. tak macam waktu grup ambo present.. mandom jer.. haha

lepas grup tu habis present, lecturer bagi pujian.. "Bagus, ini presentation yg bagus!" dan die tepuk tangan. dengan rasa jelesnya, ambo pun tepuk la tangan juga. nak menidakkan pun tak boleh, sebab kumpulan tu mmg bagus.. nice job! omputih kata.. huhu~~ sedey pulak bile ingat presentation ambo sendiri. teruk..!

dalam duk termenung mengingatkan kealpaan diri, ambo teringat pesanan seorang sahabat yg ambo kagumi, kita sebagai pendokong Islam patut tonjolkan imej Islam yg terbaik. kalau kita pun dah caca-merba, macam mana orang nak respect kita dan apa yg kita bawa (Islam). tambah-tambah lagi bab akademik nih, mana boleh kita antara yg tercorot! kita mesti jd DA BEST! kita mesti jadi role-model! kita mesti jadi qudwah hasanah samada dalam soal sahsiah, akhlak, kepimpinan, akademik dan muamalat!! dan kita takkan sekali-kali dapat capai benda ni kalau kita tak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu!

yang paling penting:

KITA JANGAN SEKALI-KALI JADI FITNAH PADA ISLAM!!
nauzubillahi min zaalik..
hidup orang seperti kita, tak sama seperti orang lain...
tatkala orang lain sedang berehat, kita patut sedang bekerja..
tatkala orang lain sedang bekerja, kita sudahpun siap membuat kerja lain pula..

teringat kata-kata as-Syahid Imam Hassan al-Banna:
"jika ada 10 org pemuda harapan, maka akulah antaranya..
jika ada 100 org pemuda harapan, maka akulah antaranya..
jika hanya ada seorang pemuda harapan, maka itulah aku!"

Wednesday, December 29, 2010

Young Chinese Boy buat kerja amal..


petang ni terasa nak makan roti cecah air milo..tapi tak ada milo pulak. ada nescafe jer. so ambo panaskan air dan buat air nescafe 3 in 1 tue.. aromanya pergh.. amik roti yg beli-kongsi ngan housemate, cecah air, alhamdulillah rasanya bile dah masuk rezeki tu dalam tenggorok nih..

sebenarnya taip sambil tunggu nak gi kuliah maghrib kat Taman Jali malam ni.. cadangnya, lepas kuliah nanti, nak letak keropok yg umi hantar dari rumah kat booth jualan yg surau sediakan.. boleh gak la dapat income sedikit sebanyak. hehe.. otak kena bergeliga, baru poket jalan..

sambil-sambil tue gak tengok berita hari nih. malam ni ada lawan bola Malaysia-Indonesia rupanya.. ada pulak gempa bumi kat Vanuatu (6.6 skala Ritcher, nasib baik takde kecederaan), rakyat Palestin di Semenanjung Gaza pulak mengadakan ulang tahun kedua serangan besar-besaran Israel pada 27 Disember, 2008..
haha, teruk betul ambo, jarang-jarang sekali baru tengok dunia luar.. kadang-kadang terfikir gak, kalau macam ni la kehidupan rutin ambo sebagai mahasiswa yg tak alert dengan perubahan arus dunia sekeliling, boleh ke ambo survive utk jadi pembela agama, bangsa masa depan?!! huhu~~takutnyer bile pikir balik..
ek, menang ke tak Malaysia malam ni yek? hopefully menang la.. tengah duk syok baca berita, tetiba bunyi kat pintu rumah..

"Hello...Hello..Hello..." suara lelaki. terkejut gak, betul2 depan pintu rumah. sape la yg tak bersopan-santun tu.. ingatkan TNB datang nak potong letrik lagi.. dah kolej tak bayar bil letrik, rumah student kena potong la..haha, teruk betul management.. ingatkan kerajaan je takde duit, rupanya universiti pun kena tempias..kah, kah, lawak tul..

kami anak dara 3 orang yg ada dalam rumah ni pun kalut la cari tudung.. nasib baik lelaki tu tak jenguk terus dalam rumah.. ambo yg dah pakai tudung(sebab ready nak gi kuliah) pun gi jenguk tengok.. owh, rupanya ada sorang lelaki muda bangsa Cina nak minta bantuan untuk rumah kebajikan anak-anak yatim dan orang cacat kat Perak..jauhnyer...wonder jugak, cmne leh sampai Perlis ni? hurm.. muda lagi laki tu, dalam area umur ambo jugak.. ambo pun dengar la cerita die. datang dari Perak dengan cikgu die, kawan2 die, ke Perlis, Kedah dan negeri2 lain jugak.. die tunjuk fail yg ada foto kat rumah kebajikan yg die cakap tue.. ada la, foto budak2 dan org2 tua yg sindrom down, cacat, OKU, tempat makan dan tidur diorang dll.. gambar die dan kwn2 die dalam gambar2 tu pon ade..

nak pendekkan cerita, ambo pun setuju la nak tolong kutip sama2 member satu rumah. tapi, sebab tak ramai ada dalam rumah waktu tu, so kutipan pun tak banyak la.. dalam RM** jer..(mana leh habaq, tak baik, hihi..). lepas bagi duit tu balik kat laki tu, ambo interview la sikit.. bukan sebab die agak hensem, tapi dah dasar ambo ni peramah terlebih..hehe..lagipun ambo kagum dengan budak tue..

macam mana la ambo tak kagum, anak muda seusia ambo tu begitu bersungguh2 nak buat kerja kebajikan. paling kagum, die bangsa Cina, dan rumah kebajikan yg die tgh minta bantuan tu bukan hanya utk OKU bangsa Cina jer, Melayu ada..India pun ada.. dan die jugak adalah mahasiswa sama macam ambo.

dalam tgh bercakap2 tu, ambo perasan gak, bau peluh kat laki tu. tengok muka pun berkeringat habis.. mana taknya, jalan kaki je ambo tengok dari rumah ke rumah..tentu la letih teramat.. sampai nak dekat maghrib pun, masih gigih, buat kerja2 amal kebajikan nih.. tapi, die masih senyum.. bila dia nak balik, die tertunduk-tunduk ucap terima kasih sebab hulur bantuan walaupun yg kami serumah bagi tu ciput je. senyum meleret bukan main.. berbudi bahasa betul budak tue.. dan die pun berlalu pergi.

eh, budak laki Cina tu tak tahu ke malam ni ada lawan bola? sebab nampak gaya die, macam nak rush dari rumah ke rumah lagi.. hurm.. takkan tak nak berhenti rehat dulu.. minum teh tarik dulu ke.. tapi ambo yakin die tahu, malam ni budak Cina tu mesti gi rush kat kedai2 makan dan warung yg ramai budak Melayu bertandang nak tengok bola..buat apa lagi, minta bantuan la..
ek, cam sadis je cerita ni kan?

huhu~~~terharunya..kalau betul la jangkaan ambo ttg budak Cina tue (betul2 buat kerja kebajikan, bukannya nak kelepet orang), ambo doakan sangat2 die masuk Islam. orang2 macam die nih amat berguna utk Islam. kalau org Melayu dah tak mau amal Islam sepenuhnya, biarlah Cina tadi tu Allah pilih untuk jadi pejuang agama-Nya..amin!!

waktu orang lain tengah bergembira di kedai makan sambil tengok TV, waktu orang lain tengah hepi sepak bola tengah padang, waktu orang lain tengah hepi peluk pinggang anak dara orang tepi tasik sambil nikmati matahari senja, waktu orang lain tengah duk bersiap-siap sebab nak jumpa kekasih hati malam ni, si Lelaki Cina yg ambo kagumi itu dengan penuh empati dan prihatin tengah gigih berusaha membantu rumah kebajikan tue..
moga2 Allah membalasnya kelak, ambo doakan..amin

ambo harap sangat ada bangsa Melayu yg ambo paling kasihi dapat ambil iktibar dari kisah di santai senja ni..

alamak, dah Maghrib, kena gerak dulu..kuliah Maghrib menanti..

selamat mengambil ibrah!! (^_^)



Tuesday, December 14, 2010

Maal Hijrah


"Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa sohbihi wa baarik wa sallim"

Saudaraku..
Sedar atau tidak, umat zaman kini makin melupakan Rasulullah..
Lupa terus pengajaran sebenar Maal Hijrah.
Adakah cukup kita anjur atau sertai majlis atau program Maal Hijrah, kemudian balik tidur dan hidup seperti hari-hari biasa umpama sirah penghijrahan Rasulullah dan sahabat2 tak bermakna apa-apa?

Tengok lah, marcapada ini ramai betul yg menentang sunnah Rasulullah?
Dari segi pergaulan sosial, pemakaian, budaya, siasah, akhlak, kegiatan ekonomi dan lain-lain semua berkiblatkan Barat! Islam as the way of life lelah bernafas dalam udara modenisasi kini..

Saudaraku..
Betapa sukarnya Rasulullah s.a.w berjuang menegakkan Islam untuk kebaikan dan bekalan umat baginda. Menderita sejak kecil kerna Allah ingin membina kesabaran yg tinggi dalam peribadi Rasulullah sebagai bekalan membawa cahaya kebenaran yg ditentang oleh segenap musuh Islam ketika itu.
Ayahanda Abdullah meninggal, ketika baginda masih dalam kandungan.
Lahir ke dunia, kecapi kasih bonda Aminah sementara saja, kemudian bonda pergi.
Hidup bersama nenda Abdul Mutalib, nenda juga pergi tak lama kemudian.
Hidup pula bersama bapa saudara Abu Talib, tak lama kemudian juga pergi meninggalkan baginda.
Berkahwin dengan isteri yg mulia Siti Khadijah, isteri yg dikasihi juga pergi.
Siapa lagi di atas muka bumi ini, yg lebih menderita dari ini? Kita sederita inikah?

Misi membawa Islam di Thaif, akhirnya dibaling batu dan dihina, sehingga baju putih yg dipakai ketika pergi, pulangnya berwarna merah darah, sahabat..
Namun, masih berdoa agar umatnya mendapat hidayah Allah walaupun malaikat penjaga bukit menawarkan pembalasan dahsyat buat umat Thaif yg derhaka.. Murninya Rasulullah.. Kita semurni inikah?

Di Mekah, tengah sujud solat di Kaabah, dicurahkan najis dan perut unta yg busuk di belakang baginda, sehingga anakandanya Siti Fatimah datang membersihkan ayahnya dalam keadaan menangis teresak-esak..
Namun, Rasulullah sabar, mendoakan yg terbaik utk umatnya.. Kita semulia inikah? Kalau kita, tentunya paling kurang akan mendoakan kebinasaan penjahanam itu!!

Setiap hari, usaha baginda menyeru umatnya kepada Islam, dihina dan diperlekeh. Bahkan Rasulullah dipanggil gila dan penyihir. Namun, Rasulullah sabar dan masih terus berusaha... Bayangkan, kalau kita dipanggil gila pada hari ini sedangkan yg kita sedang sampaikan adalah benar belaka. Adakah kita diam? Sudah tentu saman malu atau laporan polis dibuat!!

Tak cukup dengan Rasulullah diugut bunuh, Muslim ditangkap dan diseksa sekejam-kejamnya kerana mahu meluluhkan hati Rasulullah.
Disula dengan tombak tajam.
Direjam dengan batu.
Diheret kuda di padang pasir yang panas.
Dihempap batu yg besar dan panas.
Dipukul cemati berbisa.
Dipulau oleh seluruh masyarakat Mekah. Jual beli kepada orang Muslim disekat. Makanan disekat. Minuman tiada. Hinggakan, Rasulullah mengikat perut dengan batu untuk menyembunyikan perutnya yang kurus kerna lapar.
Rasulullah dan sahabat-sahabat dibuang di bumi kelahiran mereka sendiri. Dihina serendah-rendahnya. Kita? Pernah sedahsyat itu penderitaan? Pernah?

Sahabat,
Kisah perjuangan ini bukan semudah menaip di papan laptop.
Tak semudah bercerita di dalam ceramah dan kuliah.
Tak semudah sekadar membacanya di perpustakaan yg berhawa dingin.
Perjuangan menegakkan Islam ini bukan hanya bermain dengan kata-kata manis saja.
Perjuangan ini bermain dgn darah, peluh keringat, air mata dan nyawa!
13 tahun lamanya penderitaan. Kalau dikira sejak kita lahir, kini kita di Tingkatan Satu.
Namun, Rasulullah dan sahabat-sahabat tak pernah berhenti dari berjuang untuk umatnya yang dikasihi.

Setelah mengalami pelbagai jenis penderitaan, kini arahan Allah tiba.
Hijrah ke Madinah.
Kumpulan demi kumpulan Muhajirin berpindah ke Madinah.
Islam akan ditegakkan di Madinah, setelah orang-orang Mekah menolak Islam. Kaum Ansar dengan seluruh kegembiraan akan kedatangan Rasulullah.
Menangis mereka dapat melihat sendiri wajah pembawa cahaya kebenaran!
Menangis tersedu-sedu Abu Ayub al-Ansari tatkala unta yg ditunggang Nabi berhenti di tanah miliknya, lantaran Nabi akan menjadi tamu di rumahnya.

Di dalam rumah baginda selaku pemimpin tertinggi umat Islam, hanya sekadar sebidang tikar usang, hampir tiada perabot, baju besi untuk tujuan perang. Terlalu sederhana. Pemimpin kita zaman ini? Rumah yg dibina beratus-ratus juta nilainya. Melampau-lampau mewah. Usahkan pemimpin, kita sendiri pun mewah bukan main. Tak salah bermewah, namun berpadalah sahabat. Usah membazir kerna membazir itu sahabat syaitan.

Islam!!!
Itulah yg Rasulullah perjuangkan hingga ke akhir hayatnya demi bekalan untuk umatnya yg tercinta.
Kasihnya Rasulullah pada kita, sehingga saat-saat akhir kewafatan baginda, tiada perkataan lain yg diucap baginda melainkan Umatku, umatku, umatku.. Bukan isteri-isterinya. Bukan anak-anaknya. Bukan sahabat-sahabatnya. Bukan hartanya. TAPI, umatnya!!!

Tegarkah kita membalas kasih-sayang Rasulullah dengan mencabut Islam, warisan dari Rasulullah yg tidak ternilai ini? Tegarkah kita menyisihkan pengorbanan Rasulullah demi hanya sebuah kehidupan moden yang sesat lagi alpa? Sanggupkah kita leburkan segala lelah jerih usaha Rasulullah dan sahabat-sahabat meletakkan Islam sebagai pegangan yg tertinggi demi mengejar kesenangan hidup janji kuffar yg sementara?

Tegarkah kita? Sanggupkah kita? Semurah inikah maruah kita sebagai umat Islam yg pernah menguasai 2/3 dunia? Sehina inikah maruah umat Islam sehingga buang Islam dari kehidupan seharian kita? Sebodoh inikah kita umat Islam untuk berkiblatkan Barat?

SAHABAT!!!
Aku seru pada semua! Tolonglah..... Dengarlah rintihan hatiku ini.
Kembalilah kita kepada ISLAM! Hayatilah kita akan perjuangan Rasulullah dan para sahabat! Sambutlah kasih sayang yg Rasulullah hulurkan sejak dulu lagi!
Jadikan maal Hijrah kali ini, turning point utk kita berubah menjadi umat Islam yg kembali kepada fitrah.

Adakah kita ingin kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa raga kita penuh lumpur dan kekotoran? Atau sempatkah kita bertaubat sebelum datangnya Malaikat Izrail, pencabut nyawa?

Sembahlah Allah dengan sebaiknya... Tutuplah aurat sebaiknya... Jagalah pergaulan dan pertuturan... Kembalikanlah Islam ke tempatnya yg tertinggi... Pasakkanlah Islam di dalam setiap aliran darahmu yg mengalir kesuluruh tubuhmu... Sebatikanlah Islam dalam setiap hela nafasmu...

Ambo kata: ALLAHUAKBAR!! Ambo berdoa kepada Allah s.w.t agar dipertemukan dengan pembaca-pembaca blog ini di syurga kelak. Menikmati senyuman kasih sayang Rasulullah tercinta bersama-sama. Menikmati manisnya redha Allah, Tuhan yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Amin ya RABBI..

"Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa sohbihi wa baarik wa sallim"

Saturday, December 11, 2010

masih belum mahu taubat kah kita?

assalamu'alaikum sahabat2..sekadar perkongsian, dan moga terkesan di hati kita :(


Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya meutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung mesipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya ia telanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan, “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

“Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

“Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

“Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

“Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah. Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama, mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

Na’uzubillah, Ajirna minannar.

Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

“Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga lalai daripada mengingati Allah,”

**

apa itu cinta?


Sahabatku…
Bukanlah kata-kata ku itu,melarang untuk kau mempunyai rasa ‘cinta’.Bahkan,Allah telah mencipta dirimu dengan penuh rasa cinta dan mengurniakan rasa ‘cinta’ ke dalam hati mu.Tidak perlu engkau membuang perasaan ‘cinta’ itu,kerana ia adalah anugerah Allah untukmu.Tapi, perlulah kau kawal gelora cinta di hatimu agar tidak menimbulkan fitnah suatu hari kelak.Peganglah sabda Baginda,yang bermaksud :
“Sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya, Hingga kematian datang menjemputnya , Maka dia adalah seorang yang syahid.”
(Riwayat Hakim,Ibn Asakir,al-Dailami,dan lain-lain)
Menurutmu,mengapa Rasulullah saw,bersabda seperti itu?
Sahabatku,cinta itu fitrah,bukan fitnah.Justeru itu,kerana mahu memelihara kesucian cintamu itu,Baginda menyarankan agar kau menyembunyikannya.Dikhuatiri apabila,kau menyatakan perasaan ‘cinta’ itu,kan timbul pelbagai fitnah dan umpat keji dari orang lain. Fitnah bagaimana yang akan timbul?Orang lain akan menyebarkan cerita palsu atau gossip panas antara kau dan ‘si dia’.Adakah kau bangga diperlakukan seperti itu?

Sahabatku,ingatlah jika dia adalah jodohmu,sejauh manapun jarak memisahkan dirimu dan dia,suatu hari nanti Allah akan tetap menemukan kalian,samada di dunia atau di akhirat.Justeru sahabatku,peganglah janji Allah,lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.

~dipetik dari facebook seorang sahabat ambo~

Thursday, December 2, 2010

Kenapa tak rogol saya?


Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat).

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung
dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rum

ah dari tempat kerjanya.
Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak
tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu
membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi
lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu
tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat
Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat
mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan
ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan
telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan
semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin
benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat
mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis
dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia
melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol
perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia
minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan
(sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je
masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your
right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be
my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak
sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah
kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

There was an error in this gadget

Follow by Email