Teman-temanku

Google+ Followers

Tuesday, June 25, 2013

Guru KAFA Perlis (Ganti)

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.

::PERMOHONAN::
Dua bulan yang lalu, CL ada hantar borang permohonan untuk menjadi guru KAFA ke JAIPs (Jabatan Agama Islam Perlis). Sebenarnya tak mengharap sangat pun untuk dapat tawaran sebab terang-terang dalam borang tu dah tulis 'keutamaan diberikan kepada anak Perlis'. CL bukan orang Perlis walaupun dah bermukim di sini dekat 6 tahun. Tapi, kita cuba je la kan. Mana tahu ada rezeki. 

Sebenarnya, CL dapat maklumat dari seorang kawan yang mengajar KAFA tentang permohonan jawatan ni boleh apply bila-bila masa ja. Katanya, kalau zaman SPM dulu dapat result Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Tinggi yang cemerlang jadi bolehlah try apply. Alhamdulillah, dulu CL dapat cemerlang, so tanpa berlengah CL ke JAIPs mintak borang kosong, isi, dan hantar. Staf kat JAIPs tu cakap, kalau CL lulus saringan pegawai diorang, CL akan dipanggil untuk interview. Kalau lulus interview tu, InsyaAllah dapat la kerjanya.

Tup-tup, awal bulan Jun lepas, CL dapat call dari JAIPs tanya samada CL nak ke tak terima tawaran jadi guru KAFA ganti di sebuah sekolah rendah.. Tak fikir lama, CL accept je tawaran tu. So, diorang pun mintak CL terus datang amik surat tawaran di ofis diorang dan CL diarahkan untuk melapor diri di sekolah yang ditetapkan tu pada minggu seterusnya. Fuh, memang excited! At the same time, rasa bersyukur sangat-sangat. Doa CL dimakbulkan, alhamdulillah. Senang je dapat. Takde interview apa pun, mungkin jugak CL bernasib baik sikit kali ni. Actually, CL memang tengah perlukan duit lebih sikit sekarang untuk tampung kehidupan menjadi student Master yang tak dapat elaun sara diri (MyMaster bayar yuran pengajian saja), so offer dari JAIPs tu memang amat membantu walaupun sebagai guru ganti. Ganti pun gantilah.. Kalau ada rezeki, boleh jadi permanent, mana tahu kan...

::BAYARAN ELAUN::
Actually, elaun guru KAFA di Perlis ni dibayar RM800/bulan. Tapi, disebabkan CL ni masih status guru ganti so JAIPs bayar RM20 sejam. Maksimum jam CL kena ajar dalam sebulan ialah 36jam. Seminggu ada 3 sesi kelas. So, kalau congak-congak, ada ler dalam RM720 dapat kalau penuh kelas buat dalam bulan tu.  Tapi, dalam surat tawaran tu cakap CL hanya akan ganti untuk tempoh sebulan je, iaitu dari 10 Jun hingga 31 Julai 2013. So, mungkin dapat cover pendapatan waktu bulan puasa je la (kedai makan yang CL kerja part-time tu tak perlukan ramai pekerja sangat waktu bulan Ramadhan ni nanti).

Anyway, tak kesahlah berapa pun dapat. Yang penting, buat kerja ikhlas kerana Allah. Tambah-tambah lagi bila buat kerja menyampaikan ilmu agama ni. Kalau tak ikhlas, silap hari bulan apa yang CL ajar kat anak murid satu pun tak lekat di hati mereka. Kang tak pasal-pasal pulak CL buat kerja sia-sia. Penat je dapat, pahala tak dapat, tak best la gitu kan...


*******
Petang hari Isnin pada minggu ke-2 bulan Jun, CL pecut kuda perang a.k.a motosikal kesayanganku ke sekolah tu. Alhamdulillah, CL agak fasih jalan nak ke sekolah tu sebab zaman degree dulu memang duk lalu-lalang kot kawasan tu. Sek.Keb.Panggau, here I come!! Sekolah ni duk dalam kawasan Kangar, area DUN Kayang. Dalam 7 minit nak sampai dari rumah sewa baru CL di Taman Seri Pulai.

Bila dah sampai, 1st thing yang CL fikir, 'Kecik je sekolah ni rupanya tapi kemas'. Setiap darjah, hanya ada satu kelas je. Sebijik sama macam sekolah rendah CL zaman dulu-dulu. Biasalah, sekolah kampung...standard-lah satu darjah, satu kelas.

CL menuju ke ofis sekolah. Dah lengang. Ramai budak-budak dah balik. Ofis pun lengang jugak, ramai guru-guru dah balik agaknya. Waktu tu dah jam 2 petang. Ada sorang cikgu tegur dan bawak CL ke bilik Guru Besar(GB). Nervous plak rasa.. Tak tahu la samada kena terus mengajar ke camne..

::LAPOR DIRI::
Bila tunjuk surat tawaran dari JAIPs kat GB, dia terkejut! Katanya, dia tak tahu apa-apa pun pasal JAIPs akan hantar guru KAFA baru. Katanya, semua jawatan guru KAFA dah pun penuh. CL masa tu memang cuak sungguh! Biar betul! Takkanlah JAIPs silap taip nama sekolah pulak kan.. Huhu, memang nak nanges dah rasa masa tu. Rasa kulit muka ni tebal 10 inci, malu rasa dengan GB tu.

Alhamdulillah, GB pantas bertindak. Dia call sorang Ustazah (K.Shimah) yang bertanggungjawab bahagian KAFA sekolah tu. Dari butir perbualan diorang tu, CL dapat agak yang ustazah tu pun tak tahu jugak tentang apa-apa pertukaran guru. Uhuk, lagilah cuak dibuatnya! Tapi, ustazah tu datang jugak ofis untuk setelkan hal ni. TQ ustazah.. comey je orangnya ustazah ni walaupun jauh lebih tua dari CL.

Akhirnya, setel masalah. Rupa-rupanya, jawatan guru KAFA yang CL bakal sandang memang pun kosong. Jawatan tu asalnya dipegang oleh sorang Ustaz nama Lukman. Rupa-rupanya Ustaz Lukman ni lepasan STAM (muda lagi dari CL orangnya). Dia dapat offer sambung belajar ke peringkat ijazah. Ralatnya, ustaz ni tak inform pada K.Shimah tentang pemberhentian dia tu. Dia gi inform kat ustazah lain, tu yang jadi pihak sekolah duk ingat dia masih mengajar. Tapi, heran gak.. Macam mana pulak JAIPs boleh tahu, tapi sekolah tak tahu, hurm... Maybe sebab sebelum tu ada cuti sekolah, so ada banyak benda yang pihak sekolah tak sempat alert. Maybe, just maybe..

Anyway, confirm-lah CL selaku guru KAFA ganti tu. Bertambah-lah lagi satu kerja part-time CL selain daripada kerja sebagai pembantu kedai makan di Ummi Corner. Apapun, alhamdulillah..

::MASA MENGAJAR::
Bila dah setel semua, CL ingatkan dah kena start ngajar KAFA terus tapi tidak ler begitu... Kat sekolah tu, KAFA dijalankan pada hari Selasa, Khamis dan Jumaat. Lega la jugak rasa. Masa pulak dari 3-6 petang, so total masa mengajar adalah 3 jam. So, kira okey la kan.. Pagi-pagi, boleh la CL duk bersarang dulu di kluster buat research Master yang belum habis tu. Lepas habis mengajar, boleh pulak ke kedai makan sambung kerja part-time sampai malam. Eheh, banyaknya kerja CL kan...? 'Tak penat ke?'-ada kawan CL tanya. Of coz la penat kawan, tapi apa nak buat..Bertahanlah dulu sementara ada kudrat ni lagi. Apapun, alhamdulillah, ujian Allah ni semua untuk CL bangkit jadi lebih hebat di masa depan Insya-Allah..

::SILIBUS KAFA::
Silibusnya, standard la. Kena ajar Quran, Sirah, Tauhid, Akhlak, Ibadat, Jawi dan Bahasa Arab. Bahan-bahan mengajar belum diberi lagi sebab semuanya ada sorang ustazah ni yang pegang. CL ditugaskan ganti kelas Ustaz Lukman which is Darjah 4 Arif... CL masih ingat lagi pesanan K.Shimah dan GB sebelum CL balik petang tu,
"Awak jangan lembut sangat dengan budak-budak tu. Jangan dibiarkan sangat, nanti besar kepala mereka tu. Degil-degil mereka tu semua. Biasalah, mungkin sebab depa dari kampung-kampung dan kawasan PPRT." 
Takut pulak rasa, bila diberi peringatan sebegitu. Teruk sangat ke budak-budak tu? CL cuba jugak tepis segala prasangka buruk yang terlintas di hati. Mana boleh su'u zhon sedangkan kita tak tahu apa-apa lagi kan.. Tambah-tambah lagi, CL bakal jadi ustazah. Takkanlah nak buruk sangka tak pasal-pasal kan..

So, pengalaman CL sebagai guru KAFA akan disambung ke post seterusnya...Ehehe, tunggu.

Lensa Che Long: Best jugak mengajar budak-budak ni. Boleh praktis sebelum jadi lecturer sebenar nanti. Boleh gak praktis cara-cara nak didik anak-anak bila dah jadi ibu nanti (kalau ada anak la..ehehe).

Peratus CINTA itu bagaimana?

Che Long ingat lagi kata-kata ustaz zaman sekolah menengah dulu. Katanya, insan dan CINTA tak dapat dipisahkan. 



Tapi, pandai-pandailah kita menyusun atur CINTA kita. Jika diumpamakan CINTA itu 100% dari hati kita, maka:-


20% untuk keluarga kita (Ayah, Emak, Adik-beradik dll.)
20% untuk suami dan anak-anak.
60% untuk Allah dan Rasul.












HIKMAH: Tatkala berlaku apa-apa kekecewaan (mati, bercerai, hilang dsb) yang melibatkan bahagian hati yang 20%, hati kita yang remuk-redam tu takdelah terlalu terkesan kerana kita masih ada bahagian hati yang 60% segar-bugar untuk meneruskan hidup sebelum pulang ke kampung abadi.

SINIS: Kalau cinta pada boipren atau gelpren pulak lagu mana? Erk....jika tak termasuk dalam peratusan di atas, maka tak payahlah susah-susah nak buat. Kalau Islam memang tak suruh, kenapa gatal sangat nak buat jugak kan? Uhuk!

CL amat percaya yang CINTA itu amat indah dan suci jika ianya HALALAN TOYYIBAN. Ehehe.. Ye la, bayangkan eh. Benda halal, kita nak buat apapun takde masalah dah. Nak peluk mak ke, nak cium ayah ke, nak usap suami ke, nak dakap anak-anak ke.. Semua tu kalau buat, siap dapat pahala lagi tau. 

Cuba kalau buat dengan yang HARAM (GF or BF). Nak rindu lebey-lebey tak boleh, zina hati. Nak sentuh lagi la tak boleh, HARAM tue... Hah sudahnya, hati jugak merana kan? Silap haribulan, tambah ketinggian gunung dosa lagi.



Lensa Che Long: Nak bercinta boleh.. Tapi, sebelum buat apa-apa, fikir dulu bab dosa pahala. Fikir dulu apa yang Allah dan Rasul suka.

Thursday, June 20, 2013

SYRIA, hatiku rawan.

Buka je Facebook, ada saja update terbaru dari Syam (Syria) yang menghiris hati.

#Gadis Syria dirogol berulang-kali kemudian dibunuh kejam.

#Kanak-kanak ditembak hingga pecah kepala.

#Bayi dikelar-kelar sehingga mati.

#Ribuan manusia terbunuh di bawah runtuhan bangunan disebabkan bom yang diletupkan di kediaman mereka.

#Pemuda disembelih hidup-hidup.

#Orang tua ditembak mati.

#Kebuluran, kegelapan, ketakutan menyelubungi di mana-mana.

#Bandar Aleppo sudah umpama ghost town.




#Tembakan dan bom kedengaran jelas di dalam bandar.

#Sejak Julai 2012 hingga bulan ini, angka terbunuh (statistik yang sempat dibuat) sudah mencapai 93,000 orang. Secara anggaran, 5.000 orang terbunuh setiap bulan. Bala apakah ini?

Rejim Basyar laknatullah benar-benar mengamuk dan membantai rakyatnya sendiri. Tiada kompromi. Tiada perikemanusiaan.

Aku terduduk, tidak tahu berbuat apa lagi. Saudaraku disiat-siat. Aku pedih dan pilu. Hatiku rawan.
Namun, mujahid mereka juga sudah ramai yang menerima jemputan syurga dan bidadari. Senyum.

##DOAKU BUAT SYRIA##

Lensa Che Long: Tolonglah teman sekalian, aku rayu bukalah mata kalian dan usah lagi hanyut dalam lena duniawi yang tiada sudahnya. Bangunlah untuk ummah kita yang tercinta.

Tarbiyah Seorang Kuli Kedai Makan

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Tarbiyah. 
Sebuah tarbiyah tidak semestinya didapati dan dipraktis di dalam sebuah usrah atau halaqah. Ia ada dalam kehidupan seharian kita, bergantung kepada bagaimana kita mahu mengolah hasil tarbiyah tersebut. 
Siapa setuju? 

****
Sebagaimana pembaca semua sedia maklum, CL ni bekerja part-time di sebuah kedai makan jual nasi Arab [rujuk sini]. Selepas habis waktu office hour (8am-5pm) di kluster tempat CL buat research untuk MSc, CL akan masuk kerja di kedai ini pulak. Tak dinafikan, memang penat yang teramat.
-Di kluster, perah otak buat research.
-Di kedai, perah kudrat seluruh tubuh sebagai kuli.
-Kena bijak juga kawal emosi bila berurusan dengan pelanggan, majikan dan rakan sekerja.
Sekadar gambar hiasan. Ehsan dari mr.Google.

**
Bab kudrat diperah tu satu hal. Betul-betul menguji CL tentang '10 Muwasafat Tarbiyah' yang selalu CL duk bentang dalam usrah dan halaqah bersama dengan adik-adik dan sahabat tu. Kan antara muwasafat tarbiyah adalah 'sihat tubuh badan'? Kalau tak sihat tubuh badan, mau pengsan jugak CL nak manage masa dan tenaga CL untuk belajar dan kerja pada masa yang sama ni. Pernah sekali CL cakap kat sorang sahabat yang membebel hairan macam mana CL boleh buat banyak kerja dalam satu masa..,

"Untung jugak saya kerja kat kedai tu. At least, practice untuk lepas kahwin. Katakan dah kahwin nanti, sedangkan saya seorang isteri bekerjaya. Bila dah sampai rumah waktu petang walaupun sudah penat di tempat kerja; tanggungjawab memasak, layan suami dan anak-anak dan urus rumah tangga tetap kena buat juga. Sama la konsepnya kerja di kedai tu. Walaupun dah penat di kluster, bila sampai di kedai tanggungjawab melayan pelanggan dan urus kedai tetap kena jalankan dengan penuh amanah."

Sahabat CL akhirnya diam dan mengangguk setuju.. (^_^)~hehe..


**
Bab emosi memang letih nak cerita semua. Tapi, bab yang inilah paling menguji segala teori yang CL dapati dari usrah, halaqah dan kuliyyah. Kadang tu, apa yang CL pernah tazkirah selaku naqibah usrah sebelum ni, Allah baling tepat ke batang hidung CL. Antaranya...

Ego/Amarah
Setiap manusia ada ego. CL pun ada ego. Tinggi juga ego CL ni. As you all know, I'm MSc student, in Engineering-field pulak tu. So, faham-faham sajalah, egonya boleh tahan jugak la. Tapi, dengan penuh rendah diri, bila dah start sarung apron ke tubuh tu, automatically CL akan turunkan ego CL yang menggunung tu ke tahap paling rendah sekali. Anggap diri selaku pacal yang hina saja.  Tapi, bila sesekali Allah nak uji tu, mau menggeletar jugak kaki tangan dibuatnya. Gigi dikacip rapat jugak dibuatnya.

Ada satu insiden melibatkan pelanggan yang betul-betul mencabar ego CL. Seperti biasa, bila ada pelanggan masuk ke kedai, CL akan maju ke meja yang mereka duduki untuk ambil order. Sebatang pen murah dan sekeping kertas nota kecil sedia untuk dicatat. Kali ini, sepasang suami isteri dan seorang anak kecilnya.

"Ye encik, nak order apa?" begitulah CL akan memulakan sambil senyuman ikhlas dihulurkan.
"Saya nak teh arab dan mandhi ayam." si suami menjawab.
"Kak pulak nak order apa ye?" CL beralih tanya pada si isteri. Yang peliknya, tidak dijawab soalan CL tapi dijelingnya CL seperti tak puas hati. Atas, bawah dipandangnya dengan kerek. 'Apahal pulak ni?' CL dah pelik tapi masih senyum walaupun hati dah mula rasa panas. Iyelah, tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba nak hangin kat kiter kenapa pulak kan..
"Bandung dan mandhi ayam." Jawab beliau pendek. CL mencatat order.
CL bergegas masuk ke dalam kedai, menyampaikan dan menyiapkan order. Bila dah siap, bawa ke meja pelanggan suami-isteri tadi semula.
"Eh, awak ni tak faham bahasa ke? Kan saya nak mandhi kambing tadi. Ishh!" Si isteri memarahi CL sejurus diletakkan makanan di depan mereka. Mukanya memang ketat dan kelat. Si suami diam saja, mungkin bersabar juga dengan kerenah isteri.
Aikk! Tadi memang jelas dia order mandhi ayam, tiba-tiba dikatanya CL silap pulak dah..Aduhai, sabar sajalah hati. Dah la kena bambu tak pasal-pasal walaupun kita tak salah. CL minta maaf saja, dan masuk buat order baru.

Fuh! Kalau CL tak sabar dan ikutkan panas baran dan ego CL ni, dah berjaya syaitan menghasut suruh bertikam lidah tadi. Aduhai, sabarlah hati... Pelbagai lagi kerenah pelanggan yang kadang-kadang tak boleh diterima akal. Tapi, alhamdulillah itu semua mengajar CL untuk lebih bersabar dan tabah. Karma dunia ini semakin CL fahami.

**
Bab dakwah pun ada jugak. Kalau di kampus dulu, CL berdepan dengan warga berpendidikan tinggi. Mudah pick-up apa yang kita nak sampaikan. Di luar kampus ini, CL terpaksa berdepan dengan pelbagai jenis peringkat manusia. Ada yang jenis tak cukup solat. Ada yang jenis suka mengorat dan mengayat. Ada yang jenis suka bergurau senda tanpa batas antara bukan muhrim. Ada yang jenis tak mengaji tinggi.

Semua ini, sentiasa melatih CL untuk mencari idea-idea fresh dan kreatif untuk menyampaikan dakwah yang tidak membosankan dan melekat di hati. Macam mana nak berdiskusi bab hukum-hakam tanpa menyinggung hati dan perasaan orang lain. Macam mana nak menyebarkan kefahaman yang CL ada di dada kepada orang lain yang tak pernah dengar tentangnya.

Pendek kata, dakwah bil hal yang pernah CL belajar di kampus dulu memang betul-betul perlu dipraktikkan di alam kerja ini. Alhamdulillah, CL masih dicampakkan rasa ingin berdakwah oleh Allah s.w.t.


**
There was an error in this gadget

Follow by Email