Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2021

TEMUDUGA ONE OFF SPP JAWATAN DG41

Esok bertarikh 11/10/2021 adalah hari penentuan CL setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia pendidikan. Adakah cita cita sedari kecil untuk menjadi seorang pendidik bakal dicapai atau tidak, kita serahkan pada Allah swt untuk menentukannya. Apa yang Allah takdirkan, sudah tentu itu adalah yang terbaik insha-Allah. CL bukanlah graduan ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dari mana-mana IPT. CL hanyalah seorang graduan ISM Kejuruteraan. Tapi, minat mendalam dalam bidang pendidikan tak pernah padam, tak pernah lekang di jiwa. Ia sentiasa membara dan meluap-luap seperti lava di dalam kerak bumi di gunung berapi Sinabung. Peluang untuk temuduga esok hari perlu CL manfaatkan sebaiknya supaya beroleh peluang untuk berkhidmat dan menumpahkan bakti buat nusa bangsa. Selepas berhempas pulas menyambung pengajian dalam DPLI UniSZA, mungkinkah ini bakal menjadi titik permulaan suatu sejarah baharu? Kita tunggu dan lihat nanti. CL masih ingat mutiara kata seorang pensyarah yang amat CL segani d