Teman-temanku

Google+ Followers

Wednesday, November 30, 2011

Teringat zaman dulu kala yang nakal..

Ambo ni masa kecik-kecik dulu, kalau nak kata golongan 'nakal giler babas' tu takde la sangat. Degil tu ada la..  Kena rotan, pukul, marah ngan umi tu memang ada. Zaman 90-an tu memang mengandungi banyak memori kanak-kanak yang tak dapat ambo lupa. Zaman tu, umi ambo memang cukup garang. Huish, takut..

Pagi-pagi, cukup liat ambo nak bangun tidur. Tapi, umi bukan jenis membebel. Dia jenis 'action-styled'. Sekali, dua kali dia panggil dari dapur, kalau hanya sahutan suara je yg kedengaran, no more third time calling. Umi ke katil kami adik-beradik (zaman tu, tidur guna kelambu putih yg beli kat penjaja Siam tue..), selak kelambu dan dengan pantas 'cubitan ketam maut' hinggap di peha. Untuk hasilkan cubitan berbisa ini, haruslah menjepit dengan hujung ibu jari dan jari telunjuk yg nak dekat2 kuku tu. Cubit dan tarik kulit ke atas. Aduh, memang sakit giler! Histerialah ambo di pagi hari tu. "Arkkk, yo..nak bangun doh nih..!!" Selagi tak tercacak berdiri, cubitan takkan dilepaskan. Adik ambo yg tidur pulas di sebelah, akan cepat2 bangun sebelum sampai turn dia. Biasanya, ambo sajalah yg kena cubitan tu. Dia dah selamat ke bilik air. Masa tu, memang rasa sakit hati dan tak adil..

Pernah sekali, masa musim sukan. Ambo memang suka kalau ada program kat sekolah, sebab kalau di rumah boring..Tak mencabar. Paling mencabar pun, umi suruh jaga adik-adik, lipat kain, tanak nasi, basuh pinggan, sapu rumah, bakar samaph keliling rumah. Tu jer. Di sekolah banyak benda yg boleh dieksplorasikan. Hehe..
Kalau musim sukan lagi la syok. Cikgu akan keluarkan macam-macam jenis permainan dari bilik stor. Kat padang ada macam2 benda yg blh di'test'. Bilik muzik pun buka jer selalu. nak ketuk gendang, petik organ semua pun boleh. Tapi, paling best, main tali getah la. Sape yg berminat nak main game ni, biasanya budak perempuan la. Budak laki suka main bola kat padang. Memang ralit bila dah main ni.

Nak dijadikan cerita, hari tu memang kami main gile-gile sampai dah lewat petang. Bila dah ramai kawan-kawan balik, ambo pun baru sedar jam dah pukul 4 petang. Biasanya, paling lewat pun sampai ke rumah jam 2 petang. Masa dah bersiap-siap nak balik tu, tiba2 KUNGGGGG! Bunyi guruh dan hujan pun turun dengan lebatnya. Payung tak bawak. Jadi, tak boleh nak balik. (Dulu, jalan kaki je nak pegi sekolah.) Ambo pun pakatlah dengan kawan tunggu sampai hujan dah renek, baru kami akan balik bersama. Solat Asar di musalla pun dengan keadaan baju basah lencun. Bila jam 6 petang, hujan masih lebat. Kami takut nak balik, tapi hari memang makin gelap. Jarak dari rumah ke sekolah dalam 500 meter jugaklah. Dah nak dekat jam 7malam, hujan masih lebat. Last-last, kami buat keputusan nak balik jugak dalam hujan. Kami berdua pun redahlah hujan lebat tu. Rumah kawan dengan sekolah dekat sikit berbanding dgn ambo jadi sampai di simpang rumah kawan, kami pun berpisah. Dah la lampu jalan pun sebijik je sepanjang nak ke rumah ambo tue. Memang seram. biawak pun selalu duk melintas sebab tepi jalan tu ada belukar dan kebun. Takut betul time tu. Bila dah sampai laman rumah, lega sikit. Pintu rumah tertutup je. Waktu tu dah maghrib, hujan masih lebat dengan guruh berdentum, kilat memancar. Ambo buang kasut sekolah, dan bila nak tolak pintu, rupanya kunci. Ambo bagi salam. Umi dan nenek menyahut dari dalam, tapi mereka tak buka pintu. Umi hanya menjengul kepala dari tingkap. "Awalnya hari ni balik.. Ingatkan tak mahu balik langsung tadi." Hanya itu kata umi dan menutup kembali tingkap. Pintu masih tak dibuka. Puas ambo ketuk, mereka tetap diam. Ambo tahu, inilah hukuman ambo untuk kali ni. Balik lewat. Menangis ambo di luar rumah. Takut.. Bayangkanlah suasana rumah kampung yang tak ada lampu jalan. Hujan lebat. Guruh. Kilat. Gelap. Bagi seorang budak darjah 5, ini adalah suasana yang menakutkan. Hampir sejam ambo di luar, barulah umi buka pintu, sebab tak solat Maghrib lagi tu pun.. teresak-esak ambo masuk ke rumah. Berjanji takkan balik lewat lagi. Lepas peristiwa tu, memang ambo tak balik lewat dah ke rumah..Insaf.

Ada satu kali, ambo kena rotan dengan tali pinggang.. To be continued..

p/s: Didikan orang dulu-dulu bukan nak keras saja-saja, nak suruh jadi manusia jadi insan berguna, bukan sampah masyarakat.

Tuesday, November 29, 2011

Tahun baru Islam tiba lagi

Dua hari lagi akan masuk bulan Disember Tahun Masihi. Tapi, hari ini sudah 4 Muharram. Ambo dah tanam azam baru. Antum?

Kenapa kita perlu sibuk2 sangat tanam azam baru ni? Penting ker? Well, ambo rasa penting.. Sebab dengan adanya azam, maknanya kita ada target dalam hidup. Penting ke ada target ni? Of course la sayangku.. Tanpa target, kita ni umpama mayat hidup. Hidup namun tak bernyawa. Bergerak namun tak berupaya.

"he, he..akulah zombi itu.. nak makan otak~~! nak makan otak~~!"

So, target apa yang kita nak kena letak dalam hidup kita ni supaya lebih bermakna dan bernilai. "Kerna dirimu begitu berharga", ha gitu..(chuckle). Adakah cukup sekadar dengan target yg bersifat duniawi? No way! it is not enough dear.. Kita kena ada target yg berunsurkan ukhrawi. Apa itu ukhrawi? Ukhrawi itu adalah bahasa Arab yang kalau diterjemah ke BM bermaksud akhirat. Olo..apesal pulaks nak citer bab akhirat ni, we all muda lagi la u.. Ape? ingat orang muda tak mati ke? Kalau nak sampai ajal tu kejap je tue. Snap! And you die ~!

So, kalau sebelum ni kita asyik target nak umah besau, gaji besau, dapat biasiswa, dapat pakwe hencem, makwe meletopp, PNGK naek tahap deanlist.. (yang mana patut tu, go on la, jgn lupa plak. yg tak patut tu tinggalkan je la..). Apa kata kali ni, kita target benda2 bekalan yg nak bawak gi picnic kat Padang Mahsyar nanti pulak. Bukan sandwich+tuna dan jus oren tu, bkn tue.. BUT,

Solat fardhu tahun ni aku tak mo tinggal satu pun. Bahkan aku nak gi kelas belajar cara solat Nabi lagik. Ha, kan class giteww..

Tiap-tiap minggu aku nak kena gak buat satu hari tu mesti qiamullail. (Lagik bagus kalau tiap2 hari..)

Tahun nih, aku mesti habis hafal satu muqaddam tu.. (hujung tahun leh kawen dah, sbb dah pass jadik imam, hehe..)

Tiap-tiap hari, aku mesti gak baca Quran (at the end of year aku mesti khatam!)

Setiap hari isnin khamis dan hari2 lain sunat berpuasa, aku mesti nak join!

Dalam seminggu tue, aku kena gak pegi dengar kuliah agama. (jahil sangat aku nih, bnyk bnda tak tahu..)

Anyway, banyak lagi la.. Tapi, ikut kemampuan masing2 la..

Selamat beramal dan selamat berhijrah!

p/s: Salam tahun baru hijrah untuk semua saudara2ku yg kucintai..peace yo!
There was an error in this gadget

Follow by Email