Teman-temanku

Google+ Followers

Wednesday, September 19, 2012

DAI'E: Disebalik Tabir


Dakwah. Satu istilah yang membawa makna menyeru dan mengajak umat manusia ke arah kebaikan dan mendapat redha Allah s.w.t. Che Long selalu ingat hadis Rasulullah s.a.w: "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat."
~~Berpegang dengan hadis ni, CL rasa tak salah jika CL namakan diri CL juga pendakwah/dai'e. Nak tunggu ada ilmu tinggi-tinggi dulu baru nak berdakwah, susah juga. 

Cuma, apa yang sering dai'e kecil seperti CL fikirkan??
::DULU::
--Dulu, bila ada peluang untuk buat pahala (ke kuliah ilmu, usrah, kem ilmu, sedekah), CL rasa takut untuk ajak kawan-kawan/famili untuk join sama sebab takut mereka menolak.


--Dulu, bila tengok kawan-kawan/famili buat benda yang Allah tak suka, rasa takut sangat nak tegur sebab takut kena sindir @ boo balik.


--Dulu, bila tengok TV (rancangan hiburan/filem/drama), selalu kutuk artis yang:-

  • Terkinja-kinja menari, melalak menyanyi sampai nampak anak tekak.
  • Tak malu peluk, pegang. cium antara aktor & aktres yang bukan mahram.
  • Pakai seksi-meksi tak ikut syariat.

-gambar hiasan-

--Dulu, bila dapat ilmu agama yang baru, rasa segan nak share sebab takut dikata berlagak.

--Dulu, bila tengok orang salah cara solatnya atau salah bacaan al-Qurannya, tak berani nak tegur takut dikata perasan bagus.

CL faham sangat maksud hadis nabi supaya sentiasa berdakwah..
CL tau sangat bahawa tak ada sorang nabi pun yang diterima dengan mudah dakwah mereka..
CL reti sangat bahawa orang yang memiliki ilmu tapi tidak mengamalkannya, berdosa.
TAPI, 
Entah kenapa, CL tidak seperti dai'e yang berjiwa besar. Terlalu pesimis. Prejudis. Terlalu memikirkan persepsi orang.



::SEKARANG::
Dai'e kena cakna beberapa perkara seperti--

1. Terlalu berharap pada orang lain
Baru CL sedar, kalau bukan CL yang cuba untuk membantu kawan2/famili/masyarakat untuk berubah, siapa lagi yang nak buat? Tak semua orang berminat dengan jawatan dai'e ni. Kalau ada pun, minoriti jer golongan ni. Walaupun ilmu kita tak banyak dan rasa tak layak sangat-sangat sebab diri sendiri pun ada buat dosa/maksiat juga, kita kena usaha juga untuk menjadi dai'e sebab salah satu cara untuk kita tampung balik dosa kita yg bertimbun banyak tu adalah dengan buat kerja-kerja agama yang Allah reda. Moga-moga, dalam banyak amalan yang kita buat tu, ada salah satunya diterima Allah kerna keikhlasan kita. 
(NOTE: Ikhlas tak dapat kita rasai sendiri. Ianya dirasai orang lain. Jika kita merasa diri kita ikhlas, mungkin kita sedang riak dengan kebaikan yg kita lakukan, nauzubillah..)

2. Mudah kecewa? Putus asa?



Sampai bila nak kecewa dan putus asa dengan teguran yang tak diendah/nasihat yang dicemuh? Nabi sendiri pun sampai wafat tak pernah kecewa dengan jalan dakwah. Inikan pula kita manusia biasa, standard la tu kalau sekali-sekala kecewa. Jangan frust sekali, dah fed-up nak buat kerja dakwah nih. Kalau macam tu, gane Allah nak naikkan pangkat jawatan dai'e kita? 






3. Kutuk membabi buta.. Benci kemain lagik..
Salah tu. Tu bukan caranya sorang dai'e yang baik. Ya rite, kita kena benci kemungkaran kerna Allah tak reda. Pesan Tok Guru: "Benci pada perbuatan mungkarnya, bukan benci pada pelakunya." 

~~Betul apa yg Tok Guru cakap tu. CL betul-betul tak sangka antara ramai artis yang pernah CL kutuk dulu, kini ramai di antara mereka yang dah berhijrah ke fitrah. Bahkan jauh lebih baik dari CL pun ada. Itulah pentingnya, kasih dan cinta sesama manusia. Mungkin dulu mereka jahil, maka tanggungjawab kitalah utk menyedarkan mereka dari lena jahil mereka. Tapi, ingat dakwah biar berhikmah. 

(Pengajarannya: Jika kita membenci sesuatu berpadalah.. Dan seeloknya kita selalu mendoakan mereka yang belum berubah untuk berubah. Setiap kali selepas solat, doakan mereka..)

4. Takut dengan persepsi orang
Masalah persepsi adalah masalah yang amat kritikal terutama dalam masyarakat Melayu. Kita terlalu risau dengan apa yang orang nak kata. Kalau kita buat benda dosa/maksiat, itu betul kita takut orang kata. 
Tapi, kalau benda baik pun kita takut orang kata jugak.. celah mana kita nak kumpul pahala jadinya?
~~Teringat kata-kata Tok Guru: "Jangan peduli dengan apa orang nak pandang kita. Tapi, runsinglah bagaimana Allah pandang kita di sisinya. Samada reda atau murka Allah yang kita dapat, itulah yang patut kita fikirkan."
gambar bunga ke gambar orang ni..


5. Cinta sesama umat manusia
Dakwah adalah cinta.. Cinta akan meminta semuanya darimu..
Jika kita benar sayang akan seseorang itu, kita tak sepatutnya membiarkan dia itu terus terjerumus ke lembah dosa/maksiat dan seterusnya ke neraka. Sebagai contoh, kita minat dengan sesetengah artis (tapi, artis ni kurang mengikuti syariat), kalau betul kita minat kat dia, kita sepatutnya menasihati dia supaya mematuhi syariat (kalau dak.. dengan kita-kita pun dia heret masuk neraka nanti). Kalau tak mampu nak nasihat, baik tak yah minat siap2, nanti tak pasal-pasal kena bertanggungjawab kat akhirat nanti. Paling tidak pun, doakanlah dia supaya berubah ke arah yg syariat nak. Sama jugaklah kesnya kalau dgn kengkawan and famili. 
Jangan sesekali malu/segan untuk ajak mereka buat kebaikan sama2. Buat pahala sama2.. Kasih dan cinta sesama manusia seperti sebuah mafhum hadis Rasulullah..
"..benci melihat kemungkaran sebagaimana benci jika diri sendiri dilemparkan ke neraka.."


Lensa Che Long:-
~Kan best, kalau kenalan yang kita kenal di dunia ni, kita bertemu lagi sekali di akhirat nanti di syurga. 
~Tak best la kalau kita je masuk syurga, kenalan kita dari kejauhan nampak tengah terseksa dalam neraka.
~Lagi tak best kalau dua-dua kita duk terseksa dalam neraka.
Erti bahagia pada membahagiakan..



ISU HUDUD: CEKOH DURIAN IKUTLAH PAKSANYA..


Posted by Dr Azman Ibrahim
Tahniah dan syabas kepada Tuan Guru Mursyidul Am atas kenyataanyang tegasberfakta dan berhemahserta penuh berhikmat yang telahmenutup mulut-mulut yang mengomelitu dan ini berkenaan hukum Allah yang bernama Hudud!
Tuan Guru NIk Aziz NIk Mat ~semoga dirahmati Allah sentiasa.

Sesuatu perkaraapabila kitakembali kepada kaedah yangsebenar dan rujukan yang sohehpencerahannya begitu mudah dimengertikansekalipun oleh mereka yang masih mengingkarinya tetapi akan ketandusan hujahuntuk menafikan hakikat  yang terserlah.

Orang tua-tua ada bidalannya, ‘Bila nak belah buah durian, cekohlah ikutpaksanya…’ Bunyinya biasatapi maknanya sangat mendalam. Sesuatu perkara,lakukanlah ia mengikut kaedahnya dan dilakukan oleh mereka yang ahli nescaya iaakan selesai dengan cara yang terbaik. Durian… Walaupun kulitnya kelihatanberdurikita tak perlu tukulgergaji serta kapak besar untuk menikmati isinya yangenak.

Bidalan ini saya dahulukan dengan keampunan saya pohonkan andainya iadianggap sebagai teguran tak beradab seorang pimpinan kecil seperti saya dalammenyuarakan pandangan kepada segelintir pimpinan atasan yang sukamenggunakan gergajitukul dan kapak besar tanpa mahu memanfaatkan paksadurian yang telah sedia adasehingga riuh rendah bunyinya tapi isinya tak dapatdinikmati.

Perhatikan senario yang telah berlaku… Seorang kata Hudud belum sesuaidilaksanakanseorang lagi menyambut dengan menyatakan rakyat perlu terlebihdahulu diberi kefahamanseorang lagi menyatakan polemik hudud adalah sesuatuyang sihat sehingga jadinya hingar-bingar!

Untuk apakah semua ini wahai para pimpinan yang dihormati? Tak semua hukumAllah yang telah diputuskan dengan dalil yang qat’ie (putusboleh dihuraikandengan hujah akal fikiran tanpa kita kembali kepada sumber rujukan yang asal.Kalau kita tidak berkemampuan untuk merujuk kepada masdar (sumber) yangmuktabarbukankah diam lebih baik dan selamat? Biarlah mereka yangberkeahlian bercakap dan berhujah.

Para pimpinan berkenaan yang dihormati. Dalam politikpopulariti memang suatufaktor pentingtetapi bukannya dalam semua perkara kita perlu menjadi populis!Tak ada sesuatu yang dapat mengatasi faktadalil dan hujah yang telah tersediadalam Syariat Islam. Berpadalah dalam kita membina populariti.

Tentunya para pimpinan yang semuanya yang berpendidikan tinggi lebih mengertidari kami yang sekadar aktivis cabuk peringkat kampung bahawa berbincang,berdiskusiberhiwar serta berpolemik ada adab dan kaedahnya. Apatah lagi kitaberada di dalam Jamaah Islam yang kami di kampung-kampung diajar danditarbiyah supaya berdisiplin dan disiplin antara faktor penting ke arah kejayaandan kemenangan.

Bila kita berkata-kata kepada publickita tidak bercakap mewakili batang tubuhkita seorangtetapi kita bercakap atas nama Parti Islam yang kita sayangiLagikankita bercakap perkara yang baik dan betultetapi tetap diterbalikkan maksudnyaoleh media arus perdanainikan pula bila lidah kita yang tidak bertulang mengomenitu dan ini dan tambah-tambah lagi bila menyentuh persoalan hukum Allah secaramendatar tanpa asas dalil dan hujah syar’ie..

Para pimpinan berkenaan yang dihormati. Adalah merugikanbila kita bersikapmeruntuh dulubaru nak membina semula. Dalam dunia tanpa sempadan dewasainisebaris statement kitaseantero negara ianya tersebar dalam detik yang begitupantas. Risikonyarespon positif atau negatif. Janganlah setelah kenyataan kitaditegurdikritik dan dikecambarulah sibuk kita nak cari wartawan semula untukbuat kenyataan balas dan mencari hujah untuk memperbetulkan semula. Bukansemua benda boleh diundur balik. Ianya bukanlah terlajak kata badan binasatapiterlajak kataparti kita tanggung akibatnya. Ingatlahkita hanya memerlukan sesaatuntuk meruntuhkantapi kita memerlukan masa bertahun untuk membinanyasemula.

Demi perjuangan yang sama-sama kita dokongifikirkanlah mudharat dan maslahahsebelum kita bertindak. Saya bukanlah seorang yang berilmu keislaman tinggi untukmenasihatkan para pimpinan yang berkenaan supaya menjaga batas-bataspercakapanbimbang ianya menyentuh persoalan aqidahtetapi saya cukupmeyakini bahawa semua pimpinan kita telah ditarbiyah oleh ulama’-ulama’ yangcukup memahami dan berhati-hati dengan dengan batas-batas aqidah yang telahditentukan oleh Allah.

Para ulama’ inilah yang akan terus menerajui kitakekal istiqamah denganperjuangan untuk menegakkan syariah Allah termasuk hudud di atas muka bumiMalaysia. Kita tetap bercakap dengan bahasa, nada dan ketegasan kita. Tidak adajual beli dalam soal prinsip dan pegangan. Kita juga meyakinikerana prinsip danpegangan inilahkita dihormati oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat. Kita bertahalluftanpa perlu mengorbankan apa yang telah kita pertahankan dan perjuangkanpuluhan tahun dulu dan kita akan terus perjuangkanAllahu Akbar!

Lensa Che Long: Dipetik dari http://www.drazmanibrahim.com
There was an error in this gadget

Follow by Email