Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Program Sarjana/Doktor Falsafah (MsC/PhD) di Unimap

okes..apa makna tajuk kat atas tue? ada paham tak?
gini..meh ambo nak citer skit.. (^_^)
Sebesar-besar Malaysia nih, setakat ni hanya Unimap satu2nya IPT yang ada program MSc/PhD nih tau! IPT lain takde lagik. Apa yang menarik sangat dengan program nih? Ok meh nak bagitau.. (Kepada yang berminat nak sambung belajar je tau. Kepada yang nak kerja dulu selepas grads, boleh gak baca, kot2 la minat nak sambung ke pasni kan..wink!)

KRITERIA PROGRAM MSC/PHD:- 1. Korang hanya perlukan PNGK 3.30 dan ke atas untuk apply program nih. (tapi, kat Unimap jer la tau). Tapi, kalau dah dapat first-class degree tue, apply jer la PhD terus..hehe.
2. Korang akan mendaftar sebagai pelajar pre-PhD.
3. Setelah setahun berlalu dengan pelbagai aktiviti research korang, akan muncullah sesi viva. Sesi nih akan menentukan samada korang masih layak bergelar student PhD atau perlu down-grade jadi student Master (kalau tak perform dalam viva tue la, so buat la elok2 viva tue kalau nak kekal jadi student PhD).
4. Korang bol…

myMetro | Kesan DNA babi

Jangan duk makan dah benda-benda yang syubhat gini tau! Kalau tak benda nih pun..lain kali, nak beli apa2 produk makanan tue, mesti check dulu tanda HALAL dari JAKIM tuee. Tak mo yg cop halal Siam ke, negeri lain ker.. Kalau kes dah ada cop halal JAKIM, tapi masih diragui jugak, tue depend pada korang la..
Bayangkanlah..benda yg kita makan nih akan jadik darah daging kita. Pastu nanti nak pass ke DNA tubuh badan kita yg tak berapa elok nih kat anak, cucu, cicit, ciut kita nanti? Kesian diorang tau. So, berusahalah untuk jaga badan kita, bukan untuk kita saja, tapi untuk mendapatkan zuriat keturunan yg baik2 dan soleh/ah. Barulah boleh produce anak2 yg hebat macam Imam Syafie, Imam Nawawi, Imam Ghazali dan lain2 lagik la eh..
klik bawah nie untuk baca lebih lanjut tentang makanan "lok cing" nih.. | myMetro | Kesan DNA babi


ambo kata:- adulayai...kembang tenggorok aku nih bile teringat benda ni duk jual merata2 kat Perlis nih. Pastu ramai pulaks yg duk tak sabar nak tempah dan…

Hikmah Terawih..

Salam Ramadhan...

Akhirnya Ramadhan yang ambo nanti pun menjelma. Rindu sungguh ambo pada Ramadhan kali ini. Entah kenapa, ambo pun tak tahu kenapa. Mungkinkah ini Ramadhan ambo yang terakhir? Wallahua'lam.. Tapi, "andainya ini Ramadhan terakhir, layakkah kita untuk berhari raya?" Itulah tagline majalah Solusi keluaran bulan ini. Cukup menyesak jiwa dan mendesak minda untuk berfikir dan menelah lebih jauh lagi.
Tanggal 30 Julai 2011 yang lalu, genaplah ambo berumur 23 tahun. Ramai yang mengucapkan salam dan selamat buat ambo. Bahkan ada yg meraikan Hari Tua amb tue dengan kek. Bukan satu, tapi dua.. Walaupun, ambo tidaklah obses sangat dengan manisan itu, tapi ambo gembira bila teman-teman cukup menghargai Hari Tua ambo tue. Bukan apa..ambo nih tak biasa dengan sambutan jenis nih. Keluarga ambo bukan jenis yang meraikan besday ke hapa benda.. Seingat ambo, first-time Hari Tua ambo diraikan dengan meriah pada ketika umur ambo 11 tahun (Darjah 5), itupun kebetulan ambo kha…