Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

Bagaimana mencari keyakinan dalam membuat perubahan

Ragu-ragu vs yakin

Negatif vs positif

Setiap manusia bakal menghadapi perubahan demi perubahan dalam hidupnya. Setiap perubahan kadangkala menggusarkan dan meragu-ragukan empunya badan. Masakan tidak, perubahan yang bakal berlaku atau sedang berlaku akan menjadi suatu lakaran sejarah dalam hidupnya. Masa depannya. Sudah tentu setiap perubahan dalam hidup, kita pasti menginginkannya mengarah ke suasana yang positif dan membahagiakan kita. Tak ada manusia yang menginginkan perubahan yang negatif untuk hidupnya sendiri. Jika adapun, mungkin dia merasakan tidak perlu lagi untuk merasai nikmat kehidupan anugerah Tuhan ini.

Namun, jika kita terlalu takut untuk berubah dan hanya mahu tetap di lakaran hidup yang sama, bukankah hidup kita ini kelihatannya terlalu suram? Kita takut untuk berubah semata-mata kerana bimbang apa yang bakal terjadi akan merosakkan keindahan yang sudah sedia kita kecapi kini. Kerjaya kita. Kewangan kita. Keluarga kita. Sahabat kita. Jika begitu, keadaan ini boleh di…