Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

Cinta Pendosa (Part 1)

"Saya tak tahu macam mana nak lupakan dia kak. Saya dah cuba, tapi susah. Rasa sakit sangat hati saya setiapkali perasaan tu datang. Tolong saya kak.." Gadis itu bersuara lirih. Matanya tunduk ke bawah. Entah apa yang dipandangnya.
Aida melipat kaki duduk bersila kemas di atas katil bujangnya. Cuba mengatur ayat yang paling sesuai buat gadis comel bermata bundar di hadapannya kini. Dengung kipas siling yang berputar ligat bertingkah suara dengan alunan perlahan lagu Zikir Terapi "Subhanallah" dari komputer ribanya. Gadis berusia 21 tahun itu seorang junior yang sering dibawanya dalam bulatan gembira. Gadis itu hadir membawa sekeping luka di hatinya untuk dirawat bersama. Luka di hatinya disebabkan seorang lelaki yang dikasihinya. Namun, kasih itu cerita terlarang. Terlarang kerana batasan agama.

"Mimi, jangan cepat putus asa. Akak tahu, awak boleh lupakan dia punya. Yang penting, awak ikhlaskan niat di hati awak kerana Allah. Kalau awak paksa diri semata-mata…

20 sen harga petrol naik, ADA EFEK KE?

Bismillah..

20 sen untuk segelintir orang yang berkemampuan, tada hal punya ma...
TAPI!!
20 sen untuk orang yang pakai motosikal cabuk Suzuki FX100 macam CL neh, memang terkesan yang teramat hoi... Nak berangan beli kereta Viva sebijik (bayar ansur-ansur) pun dah cancel.. VIP dan VVIP takpela, depa dah ada Hummer, Audi, Lancer, Ferrari and so on.. Mana nak kisah setakat 20 sen.

Dulu-dulu (zaman lepas grad), isi RM5 tank tu dah hampir penuh & cukup untuk motor bergerak ke situ-sini seminggu lamanya.. My petrol budget for whole month on that time is RM20 only.

Tapi sekarang (selepas dinaikkan 20sen) , RM5 nak penuh? Sorry la... Separuh tank ajer (ada lebih sikit pun, satu bar je..) Nak penuh tank? Kena isi RM8 beb... RM8 cuba u'all darab dengan 4 minggu.. Dah RM32 sebulan. *what?* Dahsyat kan? Lari giler bajet tu.. nak saving pun susah sekarang. Semua duit yang dapat only to pay, pay, pay and pay....... Pendapatan sama aje. Takde pun nak naik sebagaimana harga barang2 ni naik su…