Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Ombak Rindu

Putaran roda, bingit enjin, asap kotor, ketukan besi, Kebisingan buat mereka, tapi tidak aku, Menggamit rinduku padamu, Mana mungkin aku di sini tanpa kamu, Ya Wadud, sampaikan salam kasihku padanya.
Terkadang aku hanyut dalam alunan mimpiku, Akan nostalgia kasih dari sepasang tangan kasarmu, Yang pernah dulu aku cemuh, Kini sesalku berpanjangan, Ya Wadud, sampaikan salam rinduku padanya.
Pelana buruk itu yang menghantarku setiap pagi, Menuju ke sarang ilmu, Yang pernah dulu aku malu, Kini rinduku tiada sadaran, Ya Wadud, sampaikan salam cintaku padanya.
Dulu, tika namamu menyala di kotak kecil, Ragu dan bimbang pasti menyergah hatiku, Jauh jarak kita bagai tiada makna, Suaramu bagai tiada nilai bagiku, Ya Wadud, alangkah ruginya aku kini.
Pondok buruk nan kecil, Naungan kasih kami bersama, Darah muda tiada menghargai nilainya, Kini, pusara sempit jua pusaka rinduku, Ya Wadud, sampaikan salam ampunku padanya.
Ombak rinduku padamu kini bagai tiada susutnya, Menghiris pedih kalbu sunyi…

Institut Memandu Manakah Lebih Baik??

Ok, hari ni Che Long nak cakap pasal institut memandu mana yang lebih baik di Perlis. Kita selaku pengguna yg bijak seharusnya memilih yg terbaik untuk diri kita sendiri.
Begini ceritanya.. Dulu, masa Che Long zaman pengajian ijazah di sebuah universiti di Perlis ni, Che Long nak ambil lesen motosikal. Jadi, Che Long pun daftarlah dengan sebuah institut memandu ni yang namanya, Ilmu Pandu Sdn Bhd. Ramai student univ Che Long ni yg daftar dgn company nih. Sebabnya..kat dalam univ tu, hanya ada wakil syarikat tu saja, so we got no choice. Padahal kat Perlis ni hanya ada DUA company jer yg buat institut memnadu ni iaitu:- 1)   Ilmu Pandu Sdn Bhd (IP) (http://portal.jpj.gov.my/index.php?option=com_sobi2&sobi2Task=sobi2Details&catid=16&sobi2Id=128&Itemid=130&lang=en) dan, 
2) Institut Memandu IKMP Sdn Bhd (IKMP). (http://www.facebook.com/pages/Institut-Memandu-IKMP-Perlis-Sdn-Bhd/155172851177958 )
::Tahun 2009-2010:: Nak dijadikan cerita, Che Long pun start la belajar k…

SEDANG BAHAGIA ATAU DERITA SEBENARNYA KITA INI?

??BAHAGIA??
Apa itu bahagia? Adakah seperti dalam gambaran-gambaran dalam drama atau filem yg sering kita tonton di TV- ada bunyi muzik yg indah-indah.. ada visual bunga-bunga mawar merah dan pink yg mengelilingi wajah aktor/aktres yg tersenyum indah dengan *blink-blink* bintang berkelipan? adakah gitu gambaran bahagia seorang manusia yg bahagia?
Entah la, Che Long pun tak pasti sebenarnya macam mana sebenarnya bahagia itu..

Mungkinkah bila dada terasa lapang dan otak tak berserabut dari masalah duit itu bahagia? Mungkinkah bila dapat makan kenyang makanan feveret Nasi Kerabu yg sedap itu bahagia? Mungkinkah bila ada lelaki hensem/perempuan cantik mengurat itu bahagia? Mungkinkah bila ada orang belanja makan Secret Recipe itu bahagia? Mungkinkah bila dapat selesaikan masalah coding programming itu bahagia? Mungkinkah bila dapat beli iPad, iPhone edisi terbaru itu bahagia? Mungkinkah bila dapat pakai kereta BMW/Mercedez/FairLady/Ferrari/Lamborghini itu bahagia? Mungkinkah bila dapat pa…

Apa itu C.I.N.T.A ??

Bismillahirrahmaanirrahiim..


Okayh! Hari ni Che Long nak story about CINTA !! 
Wowow, semua tersengih ek bila sebut pasal cinta. Biasalah..dah naluri manusia macam tu kan..nak buat macam mana lagik. Terutama yg dah naik umur 20-an ni. Mulalah nak pikir pasal nak cari pakwe la, makwe la. Nak cop dia tu la, nak cop dia ni la. Kadang2 tu ada sampai gaduh sama2 kawan sebab jeles org yg diminati terlepas ke tangan org lain. So, apa yg antum semua paham ttg Cinta ini?
Hurm..kalau ditanya ttg cinta pada Che Long, benda pertama yg terlintas di kepala adalah blur=blank=kosong. Sebab, Che Long takde pakwe. *huhu, perlukah state itew?* YESS, perlu! Kerana pakwe bukanlah keperluan hidup manusia. Takde pakwe, tak mati pun. Takde pakwe, mkn kenyang je. Takde pakwe, tidur lena ja. Takde pakwe, study lagi mantap. Takde pakwe, hati lagi tenang beribadah. Nak jugak pakwe? Nikoh ajer la..Senang citer, tutup buku.

Okey, apa yg Che Long nak share di sini bukanlah Cinta Biasa, ok.. Hari ni Che Long nak promo…

Saya Melayu, Dia Cina, Saya OK!

Che Long baru balik dari kampung, Qlate. Bukan ada saudara-mara yg chinese untuk diraikan pun sebenarnya masa cuti Chinese New Year ni, tapi saje amik peluang cuti lama skit sebab nak jumpa famili. Kalau tak balik time ni, nampak gaya kena tunggu time raya posa bulan 8 nu ha.. Huk aloss, tak best lah gitu kan.. Rindu sama famili tgh membuak-buak ni. Cewah, macam org lain xde famili jer kan..
Che Long ajak adik cuti sama. Dia okeh jer.. So, kitorang pun planning la nak balik. Kebetulan Miz Winnie (kawan se-kluster bangsa Cina) pun nak balik gak cuti ni, so apalagik? Nak join ler.. 
Pagi tu, selepas puas Miz Winnie cari rumah sewa Che Long, sesat lorong tu la, lorong ni la.. Akhirnya terjengul jugak kereta Saga Aeroback-nya di depan umah Che Long.. Uh, hepinya.. Angkat bagasi masuk dlm bonet. Lompat masuk kereta. Bismillah.. dan vrommmm...

Che Long duduk sebelah Miz Winnie. Adik Che Long duk blkg. Tepi adik Che Long ada dua ekor lagi penumpang (2 ekor guinea pig) yg totally kiut mangat..…