Teman-temanku

Sunday, September 16, 2018

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha..

Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah.

Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin..

Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT.

Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memikirkan kekangan seperti jarak jauh, kewangan dan keluarga, terasa agak berat untuk memohon. Alhamdulillah, apabila Unisza menawarkan program DPLI ini, terus saya merasakan seperti bulan jatuh ke riba. Cepat-cepat saya memohon. Cara permohonan pun mudah, hanya melalui online.

Rupa-rupanya bukan saya seorang sahaja daripada sekolah tempat saya mengajar sekarang yang memohon, tapi ada 4 orang lagi. Happy kemain lagi kerana bukan keseorangan. Tentu lebih seronok kalau dapat berjuang bersama dengan kawan-kawan. Beban pun dapat dipikul bersama, insya-Allah.

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Panggilan temuduga yang dinanti-nanti tak berkunjung tiba. Rupa-rupanya saya dan seorang lagi kawan tak dipanggil untuk temuduga. Frust bukan main lagi. Tapi, saya selalu ingatkan diri agar bersangka baik dengan Allah. Mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Jadi, saya pun meneruskan kehidupan seharian sebagai guru di sekolah dan suri rumah tangga seperti selalunya. Saya mengucapkan tahniah pada 3 lagi kawan saya yang terpilih untuk temuduga, bahkan memberikan mereka motivasi supaya menerima tawaran emas yang bukan senang untuk didapati.

Hari demi hari berlalu, tiba-tiba suatu hari saya mendapat panggilan daripada satu nombor yang tak dikenali. Ajaibnya kuasa Allah, entah bagaimana atau apa yang telah terjadi, saya rupa-rupanya mendapat panggilan untuk hadir temuduga DPLI sedangkan sesi temuduga calon DPLI sudah lama dibuat dan harapan saya sendiri juga sudah lama berkubur.

Itulah kuasa Allah, namun saya tidak meletakkan apa-apa harapan kali ini kerana tidak mahu kecewa sekali lagi. Saya hadir ke temuduga, dengan sedikit sebanyak persiapan. Panel penemuduga hanya seorang sahaja dan saya adalah calon terakhir yang akan ditemuduga pada hari tersebut. Suasana temuduga juga sangat santai. Saya langsung tidak berdebar, hanya sekadar berkongsi pendapat dengan penemuduga.

Antara soalan-soalan yang ditanya panel:
1. Mahu bercakap English atau Arab? Sudah tentu, saya yang tidak fasih berbahasa Arab akan memilih English.
2. Kursus apa yang diambil waktu Ijazah dulu?
3. Apa kaitan ilmu kejuruteraan yang saya belajar dengan agama Islam?
4. Kenapa saya memilih untuk menjadi guru?
5. Sanggupkah jika di'posting' ke sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak yang mengambil masa berjam-jam lamanya untuk sampai?
6. Apakah yang saya faham tentang teori Charles Darwin?
7. Bagaimana mahu menyerapkan ilmu kejuruteraan yang dipelajari waktu Ijazah dulu kepada para pelajar.
8. Mengajar subjek apa di sekolah sekarang?

Ada juga calon sebelum saya yang perlu membuat micro-teaching. Tapi apabila giliran saya, saya tidak perlu mempersembahkan micro-teaching. Hanya bersembang santai saja. Mujurlah juga, kerana saya tidak menyediakan apa-apa BBM pada waktu tersebut. Alhamdulillah. Lega....

Balik daripada temuduga, harapan untuk terpilih sebagai calon bagi program ini ditanam jauh-jauh agar tidak terlalu mengharap. Takut untuk merasa kecewa. Biarlah Allah yang tentukan takdir hidup kali ini.

Namun, aturan Allah telah menetapkan bahawa saya akhirnya terpilih juga. Alhamdulillah.

8 September 2018 lalu, saya bersama 3 lagi kawan yang juga telah terpilih, hadir ke Unisza untuk mendaftarkan diri dan mendengar taklimat. Terasa sangat rindu pada zaman kampus dulu, sewaktu kami mengambil peluang ronda-ronda di kawasan kampus pada hari tersebut selepas selesai sesi pendaftaran. Pemandangan para pelajar yang berkumpul di kafe, pelajar yang berjalan kaki di susur kaki lima, pelajar yang berlindung dengan buku di tangan daripada panas matahari dsb.

Fasa seterusnya 14 September, saya dan kawan-kawan memulakan langkah untuk berjuang dalam program DPLI ini. Kami yang ditempatkan di kelas B berjumlah seramai 55 orang daripada keseluruhan 109 pelajar. Boleh dikatakan kebanyakan pelajar DPLI ini berusia dalam lingkungan umur 30-40 tahun. Semuanya memberikan kerjasama yang baik sepanjang 2 hari kelas berlangsung. Kelas kami dijalankan pada setiap Jumaat dan Sabtu. Agak melelahkan sebenarnya kerana kami terpaksa bekerja seperti biasa pada Ahad hingga Khamis. Selepas dua minggu berkuliah, respon badan kami yang agak keletihan membuatkan keempat-empat kami bergilir-gilir demam. Bagi saya sendiri yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak kecil yang perlu dididik, sesungguhnya keputusan menyambung pengajian dalam DPLI ini benar-benar menguji komitmen dan kesabaran saya. Moga Allah izinkan saya untuk bergraduasi Oktober 2019 nanti bersama-sama dengan semua sahabat-sahabat saya. Amin!

Para pensyarah juga sangat komited, bertenaga dan hebat mengendali kelas walaupun mereka jauh lebih berumur daripada kami. Banyak tips dan petua yang diperoleh daripada perkongsian pengalaman dan syarahan mereka. Insya-Allah saya pasti akan menggunakannya dalam sesi PdPc di sekolah nanti.

Keep fighting!
Lets finish this journey together.
Allahumma amin..

Saturday, February 24, 2018

My Engagement Day

30 MEI 2013

Satu lagi tarikh bersejarah dalam hidup CL.
Hari Pertunangan CL.

Masih CL ingat lagi betapa berdebarnya hati ini tika mengira detik-detik penampilan umum CL kepada keluarga belah tunang CL (merangkap zauj CL sekarang). Debaran itu umpama hari-hari menduduki exam SPM tu..

::MEMINANG::
Fuh, nervous bukan main! CL pun hairan kenapa jadi nervous sampai begitu padahal sebelum ni, kerja-kerja CL  memang banyak melibatkan dengan orang ramai. Masa E-day tu, walaupun audiens taklah seramai program-program yang CL handle, debarannya bukan main lagi. Mungkin kerana fokus utama majlis hari itu adalah diri CL dan tunang. Dengan flash-flash kamera dari saudara-mara semua.. Cam artis pulak rasa, heh! Masa nak kena salam dengan my future mother in-law, alamak hai malunya... Semua mata duk pandang. Tak kena tingkah jadinya. Tersengih aja. Ish, awatla mulut ni takmau tutup tah.. Dah macam kerang busuk lagaknya.. Malu, malu, malu.. Rasa nak nyorok dalam almari dan kunci dari dalam je masa tu, uhuk!

::HOW ARE WE BEFORE ENGAGED?::
Sebenarnya, CL tak berapa rapat dengan tunang CL ni. Kitorang tidak ber'couple' seperti trend orang muda sekarang. Lagipun, kami tahu dan faham 'couple' itu HARAM hukumnya. Alhamdulillah, Allah jaga perhubungan kami sehinggalah ke majlis pertunangan. Kami berdua hanya berhubung jika ada hal-hal penting yang perlu dibincangkan sahaja. Itupun kebanyakan chatting room kami, CL akan add seorang senior (naqibah CL) supaya jadi orang tengah yang akan control chatting kami. At least, walaupun akak tu sebenarnya langsung tak pernah mencelah, CL rasa lebih secure sebab rasa ada orang jaga dan kawal cara pergaulan kami supaya tak terbabas dan melalut ikut perasaan. Kalau tak add akak tu pun, apa-apa hal CL mesti tunjuk dan bagitau jugak details yang CL dan si 'dia' duk bincang apa.

Mesti ramai yang pelik kenapa CL buat gitu kan? CL berpandangan sebegini, chatting, mesej atau call itu umpama kita berdepan dengan orang tersebut secara alam realiti. Kalau chatting berdua maksudnya CL tengah berdua-duaan dengan si dia di alam maya. So, pembaca semua mesti dapat bayangkan sendiri apakah perasaan berdua-duaan dengan bukan muhrim kan? Dats why, bagi mengelakkan wujudnya perasaan asing tu, CL ambil langkah berjaga-jaga tersebut. Tak naklah digoda hawa nafsu dan syaitan tu..

Tik, tok, tik, tok.. Masa pun berlalu..

::AFTER ENGAGED::
Kami bertunang agak lama jugak la. Lebih setahun. Tapi, cara perhubungan kami masih sama seperti sebelum bertunang. Tiada yang berbeza kecuali sebentuk cincin pertunangan yang tersarung di jari manis CL, eheh perasan sweet ler tu! (Saya memang suka benda-benda bersinar-sinar ni. Biasalah woman-instinct kan..) Ayat-ayat seperti di bawah, alhamdulillah tidak
'Dah makan ke?', 
'Sihat ke', 
'Watpe tu?', 
'Tak rindu saya ke?', 
'Awak dah ready ke nak jadi teman hidup saya?',

Alhamdulillah, kami saling sedaya-upaya menjaga hati masing-masing supaya tidak terlajak bermaksiat hati. Dia sibuk dengan dunia perjuangannya, begitu juga CL. Paling tinggi pun, CL hanya doa selepas solat. Lebih kurang ginila bunyinya..

"Ya Allah, jika benarlah dia jodohku yang telah Kau tetapkan di Luh Mahfuz, maka Kau permudahkanlah urusan pernikahan kami demi mencari redha-Mu. Jagalah hati aku. Jagalah hati dia. Supaya kami sama-sama dapat membina perhubungan halal yang Engkau redhai dan berkati. Bantulah juga kami Ya Allah untuk memperbaiki diri masing-masing supaya kami benar-benar dapat mencorak adunan Baitul Muslim yang Engkau berkati dan redai. Elakkanlah juga hati kami daripada tercemar dengan hawa nafsu yang jahat dan godaan syaitan laknatullah. Amin.."


Akhir bulan Jun, kami ada berhubung juga demi menyelesaikan beberapa perancangan untuk pernikahan kami yang bakal dilaksanakan pada awal tahun 2014. Kami berbincang bab tarikh nikah, mas kahwin dan beberapa urusan penting sebelum nikah. Semampu mungkin, kami cuba untuk menyingkatkan isi perbincangan kami supaya nanti perasaan 'asing' tidak datang menjengah. Selebihnya, kami serahkan pada Allah supaya mempermudahkan urusan kami. Alhamdulillah.

::DUGAAN::
Memang ada dugaan semasa tempoh bertunang. Itu tak dapat dinafikan. Tipulah kalau cakap tak ada. Kerjaya dan pelajaran. Kewangan yang mencengkam. Perasaan ragu-ragu. Family. Dugaan-dugaan inilah jugak menjadi antara sebab kami terpaksa tangguhkan tarikh majlis pernikahan. Umur CL dah melonjak ke 26 tahun. Hajat di hati mahu menikah di usia 25 tahun (mahu mengikut sunnah Nabi) tak tercapai. Niat di hati ni memang la tak nak tunang lama-lama. Nak percepatkan urusan nikah ni. Tapi, apakan daya.

"Kita merancang, Allah juga merancang. Namun, Allah itulah sebaik-baik perancang."

Apapun,
Alhamdulillah.. Now, I'm belong to him. May Allah bless us always till jannah. Ana uhibbuka fillah.

Lensa Che Long: Kita manusia, makhluk yang lemah. Ada kelemahan di situ sini. Jangan terlalu mencari kesempurnaan kerana kita akan ketemui kecacatan. Sebaliknya, di setiap kelemahan yang kita miliki, kita perlu saling melengkapi, barulah hidup terasa bahagia dan indah.

Saturday, August 29, 2015

Ramadan di rumah mentua

Cukup sebulan,
Ramadhan 1436H kali ni, CL berpuasa di rumah mentua. Tahun lepas anak dara lagi so sempat lagi merasa berpuasa di rumah mak sendiri. Masuk Syawal 1435H baru jd bini org. Hehe.

So, pengalaman pertama berpuasa du rumah mentua ni nak kata best sebenarnya lebih kpd mencabar la. Haha..

Sebab 1st time jadi menantu ni, mcm2 hal CL fikir. Kalau blh semua benda nak perfect. Konon nak amik hati mentua la..

Balik kerja kul 5ptg, rehat jap kat bilik, kena keluar dah masak2 kat dapur. Prepare itu ini, mana blh malas2.. Engko bukannya ratu cantik atau ansk raja pon nk duk goyang kaki jer. Hehe.

Dlm sebulan tu, hanya 3 kali je makan kat luar.
1. Sekolah buat program Ifthor
2. Kelab Guru buat program Ifthor
3. Keluar ifthor dating bersama en.Hubby.

Balik kampung berbuka umah my mom pun dah 2 hari sebelum nak Aidilfitri. Huhu.. Sabor aje la. Dapat suami bizi.. CL pun blh tahan bz gak. Hehe.

Masak apa sepanjang puasa tu? Cincai2 je. My MIL pun jenis masak ringkas gak. Gaya org2 tua. FYI, my MIL umur dah 60an.. Dan kebanyakan anak2 my MIL ni tak suka makan SAYUR include en.Hubby la. CL ni plak hantu sayur. Ha, kontradiks kat situ la. En.hubby, feveret dia ayam je la.

Kuih2 pun jarang buat. Berbuka ala kadar aje. Kalau lebih sikit pun, my hubby suka buat jus buah. Sangatla suker dia tu.. Terutama jus tembikai.

Satu benda je menarik nak share sepanjang berpuasa di Terengganu ni. Setiap kali masuk waktu berbuka, akan kedengaran bunyi bedilan meriam dari Bukit Besar. Kuat! Mula2 dgr terkejut CL. Ingatkan bom ke apa. Rupanya tu mmg budaya org sini. Hehe. Kalau time sahur pun sama, akan bunyi bila masuk waktu imsak.

Next year, berpuasa kat mana la pulak CL ye? Hehe.. just wait & see.

Mak buyung belajar kereta.

Akhirnyaa....Hari ni CL selesai menghabiskan 8jam terakhir latihan memandu (kereta). Setelah berbulan2 cuba menghabiskan latihan ni dengan segala kekalutan kerja2 di sekolah, urusan di kampung (banjir), akhirnya pukul 2ptg ni CL akan menjalani ujian QTI. Hoyeah..!

Dah la my dear baby duk nyot, nyet, nyot, nyet bergerak dlm perut ni. Sabor aje la. Mamanya sibuk nak belajar memandu, dia pun sibuk nak driving dlm perut jugak agaknya. Hahaha. Almaklum dah 27 minggu dah pun. Masuk 7bulan dah jd mak buyung ni rupa2nya. Hehe..

Lepas habis 2jam setengah QTI jap lg, blh la CL tempah tarikh utk test JPJ plak. Hehe, rasa mcm confident semacam je nak test ni. Perahsan..

Sebab apa confident? Because da worst part yg selama ni CL takut nak buat, dah blh buat dgn jayanya..
1. Naik bukit. Yg kena tekan minyak kuat2 tu. Paling takut sbb bila bunyi kereta tu menderum2 tu, hantung CL pun rasa nak terkeluar. Hehe

2. Parking sisi dan 3 penjuru. Sebab CL pemegang kad merah, so setiap kali dtg belajar, dpt cikgu lain2. So, setiap kali tu jugak la berbeza2 tips yg CL dpt menyebabkan CL jd kompius! Alhamdulillah dh blh adapt. Hehe.

3. Buat U-turn atas jalan raya. Waa.. takut giler tambah2 time ada kereta banyak atas jalan menghala dr arah bertentangan. Serious gabra wei!

Alhamdulillah, td final 2 hours buat latihan rasanya dh blh conquer dh smua ketakutan/kegabraan tu smua. Haha. Kalau tak lepas lagi xtau la.

13/9 ni ada test JPJ. Kalau lulus QTI ni, blh la tempah utk tarikh tu. And then, habis la kesengsaraan CL menunggu utk dptkan LESEN D selama ni. Bertahun kot!!

Selama ni asyik tertangguh sebab 2 hal je:
1. Masa padat waktu weekend.
2. Kewangan tak cukup nak bayar yuran amik lesen.

Huhuhu..

Lensa Che Long: Tak sabor2 nak bawak keta ni. Padahal xde keta lagi. Wakaka.. Nak rembat keta en.Hubby la..Hehe

Saturday, July 4, 2015

Pasca BANJIR BESAR KELANTAN 2014

Alhamdulillah..

Agak sibuk beberapa bulan kebelakangan ni.

1. Pindah dari Perlis ke Terengganu. Ikut husband pindah ke Terengganu. Bukan kena tukar ke apa. My hubby ni nak memenuhi permintaan his mom supaya balik duk Terengganu. Bukan anak sulung atau tunggal lelaki. Anak bongsu pun bukan. Tapi, tak tahulah kenapa mok amat mengharap dia balik ke Terengganu. Kalau ikut plan asal (before berlaku banjir besar di Pantai Timur 2014 lalu), only my hubby will go back to Trganu while I'm staying alone at Perlis, finishing my study. After done with my research, then I'll follow him to Terengganu.

2. Pengurusan pasca banjir. Well, as stated above, my family involved in that big flood last year. Teruk tak teruk, nak kata tu... Rumah hanyut & 100% musnah. Yang tinggal hanya bilik air dan jamban, serta tiang rumah yang drp batu. Yang binaan kayu hanyut semuanya. So, nak uruskan hal rumah, tanah dll slps banjir ni memang ambil masa dan tenaga yang agak banyak. So, kebetulan my husband nak balik Terengganu, so I just tagged along & tangguh my study for a year sehingga kewangan keluarga CL kembali pulih seperti biasa. Umi di kg pun nak kena tolong banyak. Kalau Perlis-Kelantan, mmg payah CL nak tolong2 umi sebab amat jauh & costly. So, kalau Terengganu-Kelantan tu dekat sikit kan..
My beloved umi with her SIL a.k.a my husband, tgh duk kemas apa2 yg patut atas puing-puing rumah kami.
3. Fasa mencari kerja. Sampai sahaja di Terengganu, tak bertangguh-tangguh lagi CL terus memulakan misi job hunting. Dari satu pejabat ke satu pejabat, my resume dihulurkan. Berbekalkan degree with CGPA 3.47, its not easy to find a job. Semuanya hampa. Februari beralih ke Mac. Rasa hampa teramat. Mentua asyik tanya "tak dapat kerja lagi ke?". Suami buat freelance sebagai Perunding Unit Amanah under CIMB Principal. Hanya Allah yg tahu betapa stressnya diri ini. Anak sulung, keluarga terpaksa hadapi musibah banjir, menumpang rumah mentua, takde kerja.. Semuanya memeningkan kepala. Akhirnya, hujung bulan Mac, dpt 1 call dari sebuah sekolah swasta, SMAKL di Tganu ni utk panggilan kerja sbg Pembantu Makmal & Guru. Gaji taktau la berapa diorg offer. Alhamdulillah.. asal dpt kerja pun dah syukur sgt2. So, start 1 April CL memulakan tugas d SMAKL ni.

4. Kerjanya mengajar subjek Add Math utk form4 & 5. Di samping tu jugak kena handle segala perkara berkaitan dgn makmal sekolah tersebut. Tak lama kemudian, dilantik pula jadi guru kelas utk Form5. Berat rasanya beban ni sebagai seorang guru baru tp insyaAllah, I'll try my best. Yg tak besnya skit, sekolah ni balik lambat. 4.30ptg baru balik. Kalau guru2 lain ada juga hari pelepasan (boleh balik awal iaitu selepas Zohor), but not for me. Kata pengurusan sebab CL dilantik jd staf atas stand Pembantu Makmal, so kena balik office hour sama macam staf2 lain. Redha aje la.. 1 best thing is, free lunch provided for all staffs. So, jimat dah kat situ dgn gaji RM1000 sebulan. Tempat kerja dgn rmh mentua pun tak jauh. 15minit je kalau naik motor/kereta.

5. A pregnancy in late March. My husband is overly excited by this news. Sengeh mcm kerang busuk. Haha.. Maklumla, dah dkt 8bulan kawen takde nampak gaya nak memboyot lg bininya ni. Kawan2 kami yg bru sebulan dua kawen, dh trus lekat, hehe.. Inilah namanya REZEKI DI TANGAN TUHAN. Even my mom & siblings pun tersangatlah excited, maklumlah ini adalah generasi ke3 mereka yg sulung. Tp, kluarga mentua biasa2 je maybe bcoz my husband dah pun anak yg hujung2. Anak2 sedara pun dah ramai. Tak excited manapun dgn news ni. Buktinya, CL duk mencangkul tanah atau angkat benda2 berat sepanjang pregnancy ni xde pun mentua kisah. Haha. Naik motor g sekolah.. Masak2 semua xde hal la. Takdenya adengan2 caring, sweet mcm drama TV tu. Kalau nak merasa caring2 ni time balik kampung umah my mom je la. Nak makan apa, semua umi CL sanggup masak. Apapun, alhamdulillah my baby sgt supportive dgn mamanya ni. Alahan pun tak teruk mana. Muntah2 hanya bila perut kosong dan tercium bau-bauan yg wangi je. Tq my baby.. Doa mama semoga dikau menjadi anak soleh & berbakti kpd agama.

Lensa Che Long: Besarnya pengorbanan seorang ibu membesarkan seorang anak. Tq my ummi. Love u till jannah! Until next post.. xoxo..

Follow by Email