Skip to main content

My Engagement Day

30 MEI 2013

Satu lagi tarikh bersejarah dalam hidup CL.
Hari Pertunangan CL.

Masih CL ingat lagi betapa berdebarnya hati ini tika mengira detik-detik penampilan umum CL kepada keluarga belah tunang CL (merangkap zauj CL sekarang). Debaran itu umpama hari-hari menduduki exam SPM tu..

::MEMINANG::
Fuh, nervous bukan main! CL pun hairan kenapa jadi nervous sampai begitu padahal sebelum ni, kerja-kerja CL  memang banyak melibatkan dengan orang ramai. Masa E-day tu, walaupun audiens taklah seramai program-program yang CL handle, debarannya bukan main lagi. Mungkin kerana fokus utama majlis hari itu adalah diri CL dan tunang. Dengan flash-flash kamera dari saudara-mara semua.. Cam artis pulak rasa, heh! Masa nak kena salam dengan my future mother in-law, alamak hai malunya... Semua mata duk pandang. Tak kena tingkah jadinya. Tersengih aja. Ish, awatla mulut ni takmau tutup tah.. Dah macam kerang busuk lagaknya.. Malu, malu, malu.. Rasa nak nyorok dalam almari dan kunci dari dalam je masa tu, uhuk!

::HOW ARE WE BEFORE ENGAGED?::
Sebenarnya, CL tak berapa rapat dengan tunang CL ni. Kitorang tidak ber'couple' seperti trend orang muda sekarang. Lagipun, kami tahu dan faham 'couple' itu HARAM hukumnya. Alhamdulillah, Allah jaga perhubungan kami sehinggalah ke majlis pertunangan. Kami berdua hanya berhubung jika ada hal-hal penting yang perlu dibincangkan sahaja. Itupun kebanyakan chatting room kami, CL akan add seorang senior (naqibah CL) supaya jadi orang tengah yang akan control chatting kami. At least, walaupun akak tu sebenarnya langsung tak pernah mencelah, CL rasa lebih secure sebab rasa ada orang jaga dan kawal cara pergaulan kami supaya tak terbabas dan melalut ikut perasaan. Kalau tak add akak tu pun, apa-apa hal CL mesti tunjuk dan bagitau jugak details yang CL dan si 'dia' duk bincang apa.

Mesti ramai yang pelik kenapa CL buat gitu kan? CL berpandangan sebegini, chatting, mesej atau call itu umpama kita berdepan dengan orang tersebut secara alam realiti. Kalau chatting berdua maksudnya CL tengah berdua-duaan dengan si dia di alam maya. So, pembaca semua mesti dapat bayangkan sendiri apakah perasaan berdua-duaan dengan bukan muhrim kan? Dats why, bagi mengelakkan wujudnya perasaan asing tu, CL ambil langkah berjaga-jaga tersebut. Tak naklah digoda hawa nafsu dan syaitan tu..

Tik, tok, tik, tok.. Masa pun berlalu..

::AFTER ENGAGED::
Kami bertunang agak lama jugak la. Lebih setahun. Tapi, cara perhubungan kami masih sama seperti sebelum bertunang. Tiada yang berbeza kecuali sebentuk cincin pertunangan yang tersarung di jari manis CL, eheh perasan sweet ler tu! (Saya memang suka benda-benda bersinar-sinar ni. Biasalah woman-instinct kan..) Ayat-ayat seperti di bawah, alhamdulillah tidak
'Dah makan ke?', 
'Sihat ke', 
'Watpe tu?', 
'Tak rindu saya ke?', 
'Awak dah ready ke nak jadi teman hidup saya?',

Alhamdulillah, kami saling sedaya-upaya menjaga hati masing-masing supaya tidak terlajak bermaksiat hati. Dia sibuk dengan dunia perjuangannya, begitu juga CL. Paling tinggi pun, CL hanya doa selepas solat. Lebih kurang ginila bunyinya..

"Ya Allah, jika benarlah dia jodohku yang telah Kau tetapkan di Luh Mahfuz, maka Kau permudahkanlah urusan pernikahan kami demi mencari redha-Mu. Jagalah hati aku. Jagalah hati dia. Supaya kami sama-sama dapat membina perhubungan halal yang Engkau redhai dan berkati. Bantulah juga kami Ya Allah untuk memperbaiki diri masing-masing supaya kami benar-benar dapat mencorak adunan Baitul Muslim yang Engkau berkati dan redai. Elakkanlah juga hati kami daripada tercemar dengan hawa nafsu yang jahat dan godaan syaitan laknatullah. Amin.."


Akhir bulan Jun, kami ada berhubung juga demi menyelesaikan beberapa perancangan untuk pernikahan kami yang bakal dilaksanakan pada awal tahun 2014. Kami berbincang bab tarikh nikah, mas kahwin dan beberapa urusan penting sebelum nikah. Semampu mungkin, kami cuba untuk menyingkatkan isi perbincangan kami supaya nanti perasaan 'asing' tidak datang menjengah. Selebihnya, kami serahkan pada Allah supaya mempermudahkan urusan kami. Alhamdulillah.

::DUGAAN::
Memang ada dugaan semasa tempoh bertunang. Itu tak dapat dinafikan. Tipulah kalau cakap tak ada. Kerjaya dan pelajaran. Kewangan yang mencengkam. Perasaan ragu-ragu. Family. Dugaan-dugaan inilah jugak menjadi antara sebab kami terpaksa tangguhkan tarikh majlis pernikahan. Umur CL dah melonjak ke 26 tahun. Hajat di hati mahu menikah di usia 25 tahun (mahu mengikut sunnah Nabi) tak tercapai. Niat di hati ni memang la tak nak tunang lama-lama. Nak percepatkan urusan nikah ni. Tapi, apakan daya.

"Kita merancang, Allah juga merancang. Namun, Allah itulah sebaik-baik perancang."

Apapun,
Alhamdulillah.. Now, I'm belong to him. May Allah bless us always till jannah. Ana uhibbuka fillah.

Lensa Che Long: Kita manusia, makhluk yang lemah. Ada kelemahan di situ sini. Jangan terlalu mencari kesempurnaan kerana kita akan ketemui kecacatan. Sebaliknya, di setiap kelemahan yang kita miliki, kita perlu saling melengkapi, barulah hidup terasa bahagia dan indah.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi...

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belak...

TEMUDUGA ONE OFF SPP JAWATAN DG41

Esok bertarikh 11/10/2021 adalah hari penentuan CL setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia pendidikan. Adakah cita cita sedari kecil untuk menjadi seorang pendidik bakal dicapai atau tidak, kita serahkan pada Allah swt untuk menentukannya. Apa yang Allah takdirkan, sudah tentu itu adalah yang terbaik insha-Allah. CL bukanlah graduan ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dari mana-mana IPT. CL hanyalah seorang graduan ISM Kejuruteraan. Tapi, minat mendalam dalam bidang pendidikan tak pernah padam, tak pernah lekang di jiwa. Ia sentiasa membara dan meluap-luap seperti lava di dalam kerak bumi di gunung berapi Sinabung. Peluang untuk temuduga esok hari perlu CL manfaatkan sebaiknya supaya beroleh peluang untuk berkhidmat dan menumpahkan bakti buat nusa bangsa. Selepas berhempas pulas menyambung pengajian dalam DPLI UniSZA, mungkinkah ini bakal menjadi titik permulaan suatu sejarah baharu? Kita tunggu dan lihat nanti. CL masih ingat mutiara kata seorang pensyarah yang amat CL segani d...