Teman-temanku

Google+ Followers

Friday, June 6, 2014

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant?
Stress sebab armpit jadi hitam berdaki? 
Nak kembalikan warna natural armpit?
Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh?
Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar..

1. Hibka Powder
Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2.

Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belakang The Store. Kat situ macam2 produk tradisional ada jual.

Cara nak pakai:-
1. Selepas mandi dan armpit dah kering boleh la pakai. Cuma kalau peluh teruk tu, memang ada melekat jugak la kat baju terutama kalau baju warna gelap. Tapi melekat dia boleh hilang dengan basuh je.
Hibka dalam bentuk botol dan paket. Besar tapak tangan saiznya.

Seriously pakai la benda ni. Best! 

Ada satu lagi produk bagus....
***********************

2. Batu Tawas
Benda ni first-time CL dengar masa zaman degree dulu. Ada sorang kawan CL cakap, ayah dia pakai benda ni. Katanya bagus sangat untuk hilangkan bau tengik armpit Masa tu, CL pandang sebelah mata je. Sebab rasa macam tak glamor la pakai benda yang orang tua pakai kan.. Rasa macam tak percaya pun ada. Boleh ke batu tandingi deoderant2 mahal tu?

Sampai la satu tahap CL memang dah rasa stress teramat seperti hal2 kat atas tu, maka CL mula mencari si batu tawas ni. Mula2 jumpa benda ni kat Guardian. Dalam bentuk silinder. Mahal harganya, lebih kurang RM15 ke atas la. Ada macam2 brand actually.

My advise, beli je yang murah tu, cari kat kedai2 jamu. Efek dia sama je. Harganya RM1.50 je. Serious murah! Cumanya dia memang dalam bentuk batu la, tak exclusive macam yang jual kat Watson/Guardian tu. Mula-mula pakai tu sakit la sikit, sebab kasar macam batu. Tapi bila dah 2,3 kali pakai dah smooth sebab batu ni jadi licin bila kena air. Rasa dia masin macam garam (CL pernah test dengan lidah before start guna, hehe..).
Dalam bentuk silinder yang dijual di Watson and Guardian

Batu tawas original. Bila dah kena air, tekstur yang kasar tu akan jadi smooth. So, dun worry!

Cara nak pakai:-
1. Basahkan batu tu dengan air biasa dan sapu ke armpit atau,
2. Basahkan armpit dan sapulah batu tu ke armpit.

Efeknya? Best sangat. Tak melekit macam kita pakai deoderant roll-on ataupun sticky tu. Yang penting, dia takde bau apa-apa pun. Lagi pula, benda ni tahan lama... Mula2 pakai mungkin armpit akan pelik sikit sebab dia tak pernah jumpa tawas ni. Lama2 nanti dia akan auto-adapt dengan tawas ni. Warna kulit pun dah kembali normal. Mengurangkan risiko breast cancer and so on.. Sah, lepas ni CL takkan beli dah deoderant tu semua, pakai tawas je. Murah dan efektif.

Siapa yang sesuai pakai semua produk ni?
1. Remaja yang dah start puberty-phase hinggalah ke orang tua.
2. Lelaki dan perempuan (cuma HIBKA tu ada gambar orang perempuan. tapi, arwah abah pakai je benda ni kalau umi CL beli, heheh)

Banyak produk komersial sekarang merosakkan kesihatan kita. So, baik guna produk tradisional yang jauh lebih murah dan selamat dari bahan2 kimia.

Lensa Che Long: Malu sebenarnya nak share post nih. Dah lama bersarang dalam draft. Tapi sebab raasa rugi kalau simpan benda baik ni sorang2, CL share jugak la..Peace!

12 comments:

  1. Ayah sape tuu hee

    ReplyDelete
  2. hehe..saya tau sape anonymous ni? kang saya sebut nama plak kang.., naye..hehe

    ReplyDelete
  3. Hi. Kalau tak silap hibka botol tu tiruan kan. Saya memang pakai hibka. Kalau tgk plastic dari indonesia. Botol dari penang. Cer try usha ;)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Batu tawas tu nk lagi mudah rendam dalam air dan biar dia larut dan boleh diguna sebagai spray. Pastikan air yg digunakan bukan air mineral tapi air reverse osmosis atau distilled water. Sangat mudah insya allah..harga kedai untuk sebotol tawas spray sangat mahal dikedai..buat sendiri sangat murah

    ReplyDelete
  5. Admin. Skang CL mahal la. Sbotol 50ml rm85. Cekik darah btol la. Baik beli deoderent je bawah rm10 je pon. Mohon Beri pandapat okay

    ReplyDelete
  6. Cik jelita pakai serbuk tawas dr zaman sekolah smpai la nie..ketiak putih x payah
    beli cik deodoran tu ..cari je kat kedai runcit india, tumbuk halus pas 2 ayak..lepas mandi sapu Kt ketiak..putih you""" bau badan pun hilang"""Cuba le....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik jelita pakai sampai la ka? kalau stop pakai bau badan ada balik ka?

      Delete
  7. Assalam...
    Dekat farmasi ada x batu tawas ni ??
    Trima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade.. Tp yg mhl tu la..brand smelly no more..

      Delete
  8. Beli di thailand lagi murah..sy beli di thailand harga lebih kurang rm1-rm2 jer.

    ReplyDelete
  9. Sy pn pakai serbuk Tawas utk armpit,beli rm1 jer kwn rekomen, actually beli dh lama sbb murah kan tp x reti pakai n pakai deodorant,ble deodorant dh habis...cuak dh sbb bau n x selesa..then selongkar almari jmpe deodorant dlu2 tapiii Makin berbauuu plk armpit Ni n Makin hitam then sy check expired date rpnya dh expired deodorant tu...emmm smpaila nampak Tawas stok dlu2 8bln lepas beli ok..tringat member recommend so try la n x confident jgk Tawas ni tp try jerr....wahhhh ajaibbb ..bnda murah gilerr rm1 ja d Sabah ni, tp sgt2 bgus kesan dia utk armpit...plus warna my armpit skin pn dh x hitam kembali putih...tulah kta yg xtau bnda2 kampung org ckp la kan,sgt rugi sbnrnya...kta lebih prcaya product baru yg dh dproses dgn bhn kimia...

    ReplyDelete

There was an error in this gadget

Follow by Email