Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Melawan hawa nafsu

Bismillah...

Seorang murabbi yang CL hormati dan kasihi pernah sebut begini,
"Syaitan ni dah tarbiyah anak didik dia 11 bulan dah sebelum tibanya Ramadan. Jadi, syaitan iblis tak risau untuk tinggalkan anak-anak didiknya untuk sebulan saja (kena ikat dalam bulan Ramadhan)."

Lucu bunyinya perumpaan murabbiku ini, tapi benar. Amat benar!
Syaitan tinggalkan kita dalam bulan Ramadhan ini dengan hawa nafsu yang gemuk-gemuk... Sebagai bekalan membuat kemungkaran di sepanjang Ramdhan yang mencabar ini, heh!

Buktinya,

1. Pakaian
Bila kita ke bazaar Ramadhan, aurat para gadis, wanita bahkan ibu-ibu tak kalah daripada bulan2 lain. Bahkan lebih menggoda lagi. Tergugat iman para lelaki yang memandang. Kesian diorang, datang ke bazaar sebab nak beli makanan untuk berbuka Maghrib nanti. Tup-tup, dah dapat berbuka free dengan halwa mata sejak jam 5 petang lagi, huhu.. Oh, wanita...

2. Makanan
Waktu bukan Ramadhan, masing-masing makan seperti biasa saja. Tapi bila dah Ramadhan, penuh jari memb…

10 Malam Terakhir

Sedar tak sedar... dah pun tinggal 10 malam terakhir Ramadan. Kejap je masa berlalu meninggalkan diri.

Dalam tempoh yang sekejap ini jugaklah, macam2 hal jadi sekarang ni. Tak hilang lagi sedih isu MH370 hilang, MH17 pulak terhempas sebab ditembak di ruang udara.

Tak cukup dengan itu, gendang perang di Gaza sudah berbunyi. Berderet tank2 menuju ke Gaza. Umat Islam semakin dizalimi, negaranya semakin ditindas kuasa-kuasa jahat dan ghaib.

Isu sosial usah cerita. Berlambak bagaikan kulat di tepi bangunan2.. Membusuk bagai di tempat pelupusan sampah.

Dunia semakin hampir ke hujungnya..

Tak kurang jugak, dosa yang dihimpun sekian lama oleh diri ini. Entah dapat, entah tidak keampunan dan keredhaan dari Allah sebelum berakhirnya Ramadhan kali ini. Sungguh, aku gerun! Masakan tidak, terlalu sibuk mengejar duniawi.. Bagaimana mungkin hati mahu terpaut dengan janji-janji Allah.. Allahurabbi..



"Pangkal segala maksiat, kelalaian da syahwat adalah redha terhadap nafsu. Dan pangkal dari segal…