Teman-temanku

Google+ Followers

Friday, July 18, 2014

10 Malam Terakhir

Sedar tak sedar... dah pun tinggal 10 malam terakhir Ramadan. Kejap je masa berlalu meninggalkan diri.

Dalam tempoh yang sekejap ini jugaklah, macam2 hal jadi sekarang ni. Tak hilang lagi sedih isu MH370 hilang, MH17 pulak terhempas sebab ditembak di ruang udara.

Tak cukup dengan itu, gendang perang di Gaza sudah berbunyi. Berderet tank2 menuju ke Gaza. Umat Islam semakin dizalimi, negaranya semakin ditindas kuasa-kuasa jahat dan ghaib.

Isu sosial usah cerita. Berlambak bagaikan kulat di tepi bangunan2.. Membusuk bagai di tempat pelupusan sampah.

Dunia semakin hampir ke hujungnya..

Tak kurang jugak, dosa yang dihimpun sekian lama oleh diri ini. Entah dapat, entah tidak keampunan dan keredhaan dari Allah sebelum berakhirnya Ramadhan kali ini. Sungguh, aku gerun! Masakan tidak, terlalu sibuk mengejar duniawi.. Bagaimana mungkin hati mahu terpaut dengan janji-janji Allah.. Allahurabbi..



"Pangkal segala maksiat, kelalaian da syahwat adalah redha terhadap nafsu. Dan pangkal dari segala ketaatan, kewaspadaan dan kesucian adalah engkau tidak redha terhadap hawa nafsu."
-Syaikh Ibn 'Atha'illah as-Sakandari, Kitab al-Hikam-



Lensa Che Long: Entah bersedia atau tidak diri ini untuk menghadapi dunia baru. Semoga diri terus istiqamah mencari redha Allah.


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email