Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Tarbiyah Sekeping Not RM10

Teringat kata-kata Umi CL suatu ketika dulu ketika kami adik-beradik merungut Umi dan Abah tak boleh memenuhi kemahuan materialistik kami walau sekadar sebuah alat mainan terkini, atau beberapa hari percutian keluarga, atau beberapa sampul duit raya, atau set persekolahan baru di setiap musim baru buka sekolah.

"Anak-anak ni gini la.. Dia ingat senang ke nak cari duit? Dia ingat buat duit tu macam cabut daun di pokok ke?"

Masa tu, selaku anak sulung CL cuba sedaya upaya untuk memahami kata-kata parents. Tapi CL hanya sekadar faham bahawa cari duit memang susah. Setahap mana susahnya CL tak dapat gambarkan. Ada juga terlintas soalan bodoh CL masa tu, 'Apa yang susahnya cari duit? Kerja je la..  Sesukar manapun kenalah usaha memenuhi keperluan anak-anak.. Tu kan memang tanggungjawab ibu-bapa?
Alhamdulillah.. nasib baiklah juga tidak disuarakan secara lantang. Kalau tidak, tentu CL menyesal. Tentu CL telah menempah tiket NERAKA JAHANAM kerana menitiskan air mata ibu d…

Modul Usrah: Oh, My English!

Ok, hari ni CL nak share lagi satu modul yang sesuai untuk kanak-kanak atau remaja. Boleh buat utk kelompok yang ramai ataupun dalam bilangan yang sedikit. Modul ini khas untuk BI. Tapi, kalau nak buat ke BM pun ok.

TAJUK:-
Oh, My English!
BAHAN:-
-Kad yang mengandungi perkataan-perkataan Bahasa Inggeris. Untuk satu modul mungkin memerlukan 10-15 keping kad klu.
OBJEKTIF:-
-Menguji keluasan vocab Bahasa Inggeris pemain.
-Menguji semangat kerjasama antara kumpulan.
-Menguji kepantasan dan kreativiti para pemain.
CARA-CARA:- 1.Sebuah kumpulan memerlukan lebih dari 2 hingga 5 orang. Boleh dibuat pertandingan siapa yang paling tepat dan cepat menjawab klu.
2. Si A diperlukan untuk memegang kad klu tanpa melihat kad tersebut.
3. Si B akan menerangkan perkataan di gambar tersebut dalam bahasa Inggeris. Si C, D dan E dibenarkan membantu dalam bahasa Melayu sahaja.
4. Si A akan cuba meneka apakah perkataan yg cuba diterangkan oleh si B. Jika berjaya, giliran akan diambil pula oleh C, D & E. Jika …

Part Time Cleaner

Alhamdulillah hari ni CL dah dapat lagi satu kerja part-time. Sebagai cleaner ataupun BM-nyer 'tukang cuci'.
Okayh, actually, nervous bkn main lagik sebab tak biasa buat part-time sbg cleaner sblm nih. Sebelum ni CL dah pernah jadik:- ~Kerani syarikat pangkalan pasir; lepas SPM sementara tunggu panggilan masuk matrik. ~Pembantu kedai makan; masa cuti semester zaman degree dulu.
Sekarang duk jadik: ~Guru tuisyen Matematik Tambahan (2 tahun jugak la pengalaman) sampai sekarang. ~Bakal jadi cleaner plak, hehe..
CL dapat info pasal keje ni di Mudah.my [http://www.mudah.my/]. Bagus site nih. Banyak info pasal kerja, jualan, servis dll.  Kalau nak beli barang murah, leh try sini, Kalau nak cari kerja, leh try sini, Kalau nak cari perkhidmatan homestay, servis apa2 pun leh try sini gak.. Actually, CL apply kerja kat kedai 24hrs; my-Kiosk. Dah pergi interview. Tapi sementara nak tunggu keputusan dari pihak kedai tu, ada kawan2 CL bg pendapat ttg implikasi kalau CL keje kat situ:-
1. Ke…

Lagu Dataran Tahrir..

Best sangat lagu ni..
Entah bila pembuat muzik negara kita boleh buat muzik yg melodi dan liriknya setanding ini. CL hanya mampu menanti dan mencari sebab xde basic dalam muzik. Anyway, org kata jgn jadikan itu sebagai alasan.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Well, maybe satu hari nanti ke CL akan....

Anyway jom enjoy dan hayati lagu ni dulu..







يا يا الميدان كنت فين من زمان
معاك غنينا و معاك شقينا و حاربنا خوفنا و دعينا ايد واحدة نهار و ليل و مفيش معاك شئ مستحيل صوت الحرية بيجمعنا خلاص حياتنا بقي ليها معني مفيش رجوع صوتنا مسموع و الحلم خلاص بقي مش ممنوع


يا يا الميدان كنت فين من زمان


هديت السور نورت النور لميت حوليك شعب مكسور اتولدنا من جديد و اتولد الحلم العنيد بنختلف و النية صافي اوقات الصورة مكنتش واضحة حنصون بلادنا و ولاد ولادنا حق اللي راحوا من شبابنا


يا يا الميدان كنت فين من زمان معاك حسينا و ابتدينا بعد ما بعدنا و انتهينا لازم بايدينا نغير نفسينا اديتنا كتير و الباقي علينا


ساعات بخاف نبقي ذكري نبعد عنك تموت الفكرة و نرجع تاني ننسي اللي فات و نحكي عنك في الحكايات


يا يا الميدان كنت…

Jawapan Sejarah Paling Kelakar

Jawapan sejarah yang budak ni tulis memang kelakar giler. Tak pernah lagi CL baca satu artikel yg boleh buat CL ketawa sampai sesak nafas. Hahahaa.... jom kita release tension skit. Kredit to: nurizspace.com





Kalau macam nilah gayanya budak jawab soalan Sejarah, CL setuju kalau Sejarah dijadikan subjek lulus SPM.

Lensa Che Long: Kita kena tekankan betul-betul subjek Sejarah kat budak-budak sekarang ni. Kalau dak, filem, animasi, manga, imiginasi yang akan jadi rujukan fakta mereka. 

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu (Pt 2)

Bersambung dari kisah cabut gigi bongsu yg dulu tu... CL balik kluster konon nak sambung buat kerja. Tak sampai 15 minit duk depan beloved lappy, tetiba kepala bahagian kanan terasa berdenyut. Nyut, nyut, nyut, nyut... Sakit bukan main lagi.  Efek ubat kebas dah mula hilang.  Efek belahan pisau tajam si dentist mula menunjukkan belangnya.  Tenaga semakin susut.  Darah makin banyak. Nak telan geli, tapi bila kumur makin banyak darah keluar.  Berjejeran air liur di atas bibir bawah yang masih kebas. 
CL memang dah tak tahan. Hampar toto dalam kubikal dan baring.  Ke kiri sakit, ke kanan sakit, menelentang sakit apatah lagi meniarap.  Duduk sakit, berdiri sakit, bertinggung sakit, berjalan pun sakit.  Betul-betul tak tahu nak buat apa dah.  Telan painkiller pun dah tak ada kesan. Nak menangis tak keluar air mata.  Nak mengerang tak keluar suara. 
Sentuh pipi sendiri pun rasa sakit. Sakit bercampur kebas yang bukan main lagi peliknya rasa. Rasanya kebas tu kalah bibir seksi Angelina Joli…

Modul Usrah Remaja: Gosip Mak Jemah

REMAJA..??  Darah panas  Aktif  Mudah bosan  Dinamik
Usrah untuk remaja ni perlu kreatif. Naqib/ah tak boleh terlalu slow. Hari ni Che Long nak share satu modul usrah umum yang mungkin menarik. CL pernah try bawak modul ni beberapa kali bila melibatkan remaja. Biasanya modul ni sesuai untuk remaja peringkat umur menengah rendah dalam kuantiti yg ramai (lebih dari 15 orang). Modul ini juga sesuai dijadikan slot pengisian dalam kem-kem motivasi dll.
~Modul ni CL dpt idea lps tengok Korean Reality Show yg tgh femes skrg ni: Running Man.~
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TAJUK:-
Gosip Mak Jemah

OBJEKTIF:-
1. Memberi kefahaman kepada remaja tentang keburukan gosip/mengumpat yang datang dari sumber yang tak jelas boleh membawa kepada kesan yang buruk.
2. Memberi kefahaman tentang kepentingan menjaga aib orang lain.

BAHAN:- -Jam -Wisel -6 keping kertas A4 bertulis klu (Lembu, Lipan, Rumput, Kipas, Telefon, Penyapu) (Semua perka…