Teman-temanku

Google+ Followers

Friday, October 5, 2012

Modul Usrah: Oh, My English!

Ok, hari ni CL nak share lagi satu modul yang sesuai untuk kanak-kanak atau remaja. Boleh buat utk kelompok yang ramai ataupun dalam bilangan yang sedikit. Modul ini khas untuk BI. Tapi, kalau nak buat ke BM pun ok.


TAJUK:-
Oh, My English!

BAHAN:-
-Kad yang mengandungi perkataan-perkataan Bahasa Inggeris. Untuk satu modul mungkin memerlukan 10-15 keping kad klu.

OBJEKTIF:-
-Menguji keluasan vocab Bahasa Inggeris pemain.
-Menguji semangat kerjasama antara kumpulan.
-Menguji kepantasan dan kreativiti para pemain.

CARA-CARA:-
1. Sebuah kumpulan memerlukan lebih dari 2 hingga 5 orang. Boleh dibuat pertandingan siapa yang paling tepat dan cepat menjawab klu.

2. Si A diperlukan untuk memegang kad klu tanpa melihat kad tersebut.

3. Si B akan menerangkan perkataan di gambar tersebut dalam bahasa Inggeris. Si C, D dan E dibenarkan membantu dalam bahasa Melayu sahaja.

4. Si A akan cuba meneka apakah perkataan yg cuba diterangkan oleh si B. Jika berjaya, giliran akan diambil pula oleh C, D & E. Jika tidak berjaya, giliran masih akan bergerak.

5. Jika jawapan masih tak dapat diteka setelah 3 kali cubaan penerangan, maka tiada markah dikira bagi klu tersebut.

6. Setelah pusingan pertama selesai, A akan berganti kedudukan dengan B. Ini berterusan hinggalah D menjadi peneka terakhir bagi permainan ini.



No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email