Teman-temanku

Google+ Followers

Thursday, March 29, 2012

Bagaimana mahu bermotivasi?

Alamak, sayu la pulak hati Che Long malam ini. Baru balik dari ngajar tuisyen Sains, Tingkatan 2. Penat. Tidur sekejap di rumah. Hidupkan motosikal Suzuki, rempit ke kluster di tengah kesejukan malam. Sekarang berada di kluster semula, menyambung perjuangan yang tak sudah-sudah.

Che Long tenung lama folder kerja Master yang berpuluh-puluh folder lagi terkandung di dalamnya. Penat. Letih. Bosan. Bingung. Bengang. Tiada semangat. Hampir putus asa. Lalu, Che Long buka blog ini meluah rasa di hati. Nak berbicara dengan Tuhan, uzurlah pulak.. Nak berbicara dengan suami, tak ada la pulak (opss...sempat lagi tu!). Nak mengadu dengan umi atau naqibah disayangi, tertinggal handphone kat rumah la pulak. Huhu.. sedihnya cenggini.. Status frust dan putus asa Che Long di fb dah mencanak-canak naik bilangan komen dari kawan-kawan. Che Long bukan saja-saja nak update status kat situ mengharap perhatian dari siapa-siapa. Target Che Long cumalah, daripada Che Long bengang kemudian meletopp sendirian bak orang kena sawan, baiklah lepaskan di wall fb tu kejap. Tak sangka pulak dapat perhatian, maklumlah friends Che Long ni prihratin belaka..nice!

Apa yg menyebabkan Che Long hilang motivasi sebegini sekali? Bagaimana mahu bermotivasi balik?

1. Mungkin sebab tengah datang bulan, semua benda jadi sensitif kott..
2. THE MAIN POINT is; kena tegur dengan Prof Y, penyelia projek Che Long petang tadi pasal progress projek yang tak memberangsangkan walau sudah 8 bulan berdaftar sebagai postgraduate student. 

Sebenarnya, luka dimarahi Prof Y masa minggu lepas belum reda lagi, disirami asid emosi pulak hari ni, memang kaw-kaw punyer rasa down. SERIOUS! I want to quit from this Master/PhD project. Sepanjang hidup Che Long, inilah pertama kalinya yang Che Long rasa "aku memang dah tak ada harapan lagi dah..just stop! I am fed up!". ~~dah jadi macam org tak beriman pulak gayanya Che Long ni ha..

Che Long terfikir jugak, "adakah ini bukan destinasiku? adakah Tuhan mahu tunjukkan sesuatu sebelum aku 
lebih jauh terlajak?" Adakah sambung belajar ini bukan pilihan yang tepat untuk diriku. Inilah bahananya tidak istikharah sebaiknya sebelum membuat keputusan suatu ketika dulu. Sekarang ni, apa yang Che Long rasa adalah nak sangat-sangat berhenti belajar atau tangguh pengajian, teroka dulu sepuasnya bidang kerja industri sebelum masuk sambung belajar balik. Tapi, masalahnya Che Long terikat pulak dengan biasiswa berkontrak!! Aduh, buntunya..

Selepas habis musim merah nih, Che Long ingat nak buat istikharah untuk buat pilihan yang terbaik untuk diri Che Long. Nekad! I must do something before it's all late.

Apapun, untuk sekarang Che Long tak boleh putus asa lagi. Kalau nak berhenti belajar pun, mesti berhenti dengan status bermaruah dan tak memalukan diri sendiri. Progres harus mantap! Result harus gempak!

Hurm, lega sikit rasanya lepas dapat menaip segala isi hati ni. Inilah bahananya orang yang suka pendam masalah ni. Semua nak lepas kat blog. Hahaha, lucu pun ada ingat diri sendiri ni..

Ok la, nak ciaou! Kawan-kawan se-kluster nak buat surprise party kat sorang member ni pulak. Mahu off main switch kata mereka.







Nasi Lemak Umi

Hari tu balik kampung waktu cuti sekolah jap, teringin plak nak buat Nasi Lemak. Dah lama tak buat..
Senang jer nak buat. Kena la start belajar memasak. Dah tua bangka ni pun tak reti lagi masak tak tahu la nak cakap apa lagi..Hehe..

Nampak je simple gini, tapi sedap nih..hehe.


um..yummy, yummy. tambah 3 pinggan makan ni.

Monday, March 19, 2012

Teringat zaman dulu kala yang nakal.. Part II

Ini sambungan kisah Che Long zaman kecik-kecik dulu..

::EPISOD: LARI DARI RUMAH::
Ada satu kali tu, Che Long kena penangan 'tali pinggang' sebesar 3 jari orang dewasa oleh umi Che Long. 
Belt tu yg pak sedara Che Long punya. Alkisahnya, sebab Che Long dan adik telah mematah-duakan katil mak sedara Che Long.. Huiyoo, dahsyat! Masa tu, Che Long darjah 3 rasanya. Biasalah budak-budak kalau jumpa katil, suka lompat-lompat atas katil tue. Tambah plak, tilam jenis spring, lagilah mantop daya lompatan tue. 

Pagi hujung minggu. Umi tengah basuh kain kat bilik air. Tok Mek (nenek) tengah buat apa tah.. Abah tgh 'taking nap'-letih baru keluar hutan, kerja kontrak. Kami dua beradik memang syok la duk lompat-lompat atas katil tu. Katil tu actually katil baru beli untuk majlis perkahwinan Che Pah (our aunties). Sebab Che pah dah balik umah suami dia, so katil tu jadi macam milik kami berdua la, hehe.. Punya la syok dapat katil, sebab sebelum ni tidur atas tilam biasa jer.. 

Lompat punya lompat, tiba-tiba PRAKKKK!!! Gedegang!! Bunyi katil tu terpatah dua. Katil jenis kayu tu. Terperosok kami dua kat tengah-tengah katil tu. Terkejut. Panik. Bising satu rumah dengar. Apalagi, Tok Mek pun menjengul ke pintu bilik dengan cerlungan mata yang tajam. Abah bangun dari tidur. Umi naik dari bilik air dengan tergesa-gesa, cekak pinggang, mata tajam macam kena dirasuk syaitan dah (huhu..gambaran budak-budak time tue). Che Long dan adik tak tahu nak buat apa. Tok Mek mula membebel tak berenti, marah dan salahkan kami sambil suh kami baiki balik katil tue bagi jadi seperti asal (panik betul time tue..riuh satu rumah). Adik Che Long dah celabok lari ke mana tah. Tinggal la Che Long sorang diri menanggung segala amukan diorang. Abah pulak jenis tak boleh dengar orang membebel kat anak die, amik hammer la konon nak baiki. Tapi abah bukan jenis terer tukang-menukang nih. Katil lagi roboh ada la.. Umi memang tak tahan amarah dah time tu. Hu...amukan umi la yg Che Long plg tak tahan. Time tu pasrah ajer apa hukuman. YEP! Hukuman memang dah sedia menanti. Tali pinggang tu la bahana Che Long pagi tue. Zapp, zass..! Tali pinggang hitam tu hinggap di paha dan betis Che Long. Lebam biru jadiknya. Menangis sampai selak kendiri dibuatnya.

Sampai esoknya, rungutan demi rungutan masih tak berenti. Che Long betul-betul takde mood. Macam-macam dalam kotak fikiran Che Long time tue. Antaranya..
''Aku ni anak pungut ke sampai teruk gini kena marah?''
"Aku tak layak jadi ahli keluarga ni sebab selalu sangat menyusahkan diorang.."
"Aku tak sepatutnya ada dalam keluarga ni.."

Then, keputusan yg pendek akal yg Che Long buat time tu adalah, Che Long akan lari dari rumah! Tapi, kalau Che Long nak lari, kena buat plan yg bijak bagi famili semua tak sedar tentang kehilangan Che Long. Sepanjang pagi, Che Long duk memerap dalam bilik pikir plan nak lari dari rumah. Sarapan pun idak sebab malas nak bertemu muka dgn famili di dapur (diorang pun tak ajak makan, huhu..). Rumah Che Long ada dua pintu saja. Satu pintu depan yg berhadapan dgn rumah jiran dan satu lagi pintu dapur yg berhadapan dgn kebun Tok Mek. Kalau Che Long nak keluar dari pintu depan susah, sebab Abah dan pak sedara selalu lepak kat depan. Kalau pintu dapur pulak ada Umi dan Tok Mek. So, pikir punya pikir, Che Long wat keputusan akan terjun dari jendela bilik. Hehe.. Tapi, setentang dgn bilik Che Long tu pun ada rumah jiran, so kena pastikan takde org lepak kat depan umah jiran tu baru boleh terjun dan lari. Plan nih, Che Long tak bagitau kat adik pun. Che Long nak lari sorang diri jer. Serious, time tu Che Long betul-betul tensyen duk kat umah, dats why rasa nak kuar jer dari rumah.

Lalu, tibalah masanya. Time tu Umi dan Tok Mek tengah masak kat dapur utk mkn tgh hari. Che Long kunci pintu bilik dari dalam. Intai ke luar jendela samada ada orang atau tidak di rumah jiran tue. Che Long intai juga ke ruang tamu dari dinding bilik yg ada lubang rahsia untuk tgk samada Abah atau pak sedara kat luar tue. Yes! Line clear! Che Long panjat jendela bilik. Tinggi jendela ke tanah lebih kurang 2.5meter. Agak tinggi bagi budak-budak yg masih kecik time tue. Zupp! Che Long terjun dari jendela rumah, mendarat perlahan ke atas tanah berkaki ayam. Cepat-cepat menyusup ke bawah rumah untuk ke tangga depan, amik selipar jepun dan berlalu meninggalkan rumah.

Dalam kepala masa tu, pikir tak mau tertangkap saja. Jalan laju-laju sambil maintain muka supaya tak nampak suspicious. SERIOUS! Che Long tak tahu nak gi mana. Che Long nak ke jalanraya, tapi baru perasan tak ada duit sekupang pun kalau nak naik bas. Pendek cerita, Che Long ronda jer satu kampung tu. Tempat yg biasanya Che Long tak pernah sampai dalam kampung tu, semua Che Long jelajah. Sungai, kaki bukit, hujung kampung, surau lama, tapak perkuburan. Tapi takde satu tempat pun yg Che Long rasa sesuai untuk tempat persembunyian. Last-last, Che Long boring, letih dan lapar.. Hari dah senja. Che Long pun berenti tempat budak-budak kampung duk main getah dan guli. Tenaga betul-betul dah habis. Che Long mula rasa sayu dan pilu. Takde pun kelibat pak sedara ke, Abah ke, jiran ke yg nak cari Che Long ni.  Rasa macam tak berguna betul plan nak larikan diri dari rumah ni.. Frust dgn planning sendiri (huhu..).

Alunan ayat-ayat suci al-Quran dah bergema dari corong pembesar suara dari surau berdekatan. Dah nak maghrib dah. Che Long jadi takut la pulak. So, Che Long pun gagahkan kaki jugak balik umah sambil rasa malu menebal dalam hati. Mesti famili ejek plan lari dari rumah yg tak menjadi ni. Sampai je umah, Che Long tengok tenang je suasana. Tak kecoh pun. Macam takde apa-apa yg berlaku. Che Long pun pelik. Che Long ke pintu dapur, nak masuk dari sana sebab nak basuh kaki yg berdebu kotor. Tengok-tengok, semua orang ada kat dapur tengah minum petang. Semua buat derkk.. jer masa Che Long masuk tue, macam diorang tak perasan jer kehilangan Che Long dari rumah sehari suntuk tu. Che Long dgn perasaan frust, masuk bilik air, basuh kaki dan naik ke bilik. 'Eh, bilik dah tak kunci!'. Padahal, sebelum lari dari rumah tadi, Che Long dah kunci dari dalam, macam mana boleh bukak. Jendela bilik pun dah tutup. Che Long syak, pak sedara Che Long dah panjat bilik tu bukak selak pintu yg Che Long kunci tu. Maksudnya, diorang dah tahu Che Long plan Che Long tgh hari tadi!! Che Long malu sebab plan dah terbongkar...!!! 

Sampailah Che Long sekolah menengah, Che Long tak pernah share cerita tu depan famili. Lepas dah pindah umah sendiri, barulah Che Long berani tanya Umi macam mana diorang tahu plan Che Long utk lari dari rumah tu. Rupa-rupanya, aksi Che Long terjun dari jendela bilik tu dah dilihat oleh jiran sebelah rumah. Che Long je yg tak perasan kat dia sebab ada rimbunan pokok sikit yg melindungi. Jiran tu dah bagitau pun aksi berani Che Long tu kat Umi dan Tok Mek. Tapi, sebab saja nak ajar skit anak dia yg nakal ni, saja Umi tak mahu bagi Abah cari Che Long yg duk me'rendek' dalam kampung tu. Sengaja dibiarkan berlapar sehari suntuk tu sebab nak ajar skit anak dia yg degil ni (teringat kata2 Ustaz, jiwa lebih mudah dididik tika perutnya lapar). 
Hehehe.. Malu betul ingat kisah ni. 

::EPISOD: TIPU SOLAT::
Che Long ingat lagi masa kecik-kecik dulu, liat betul Che Long nak solat. Puas kena berleter, barulah pegi semayang. Suruh mengaji pun malas. Tok Mek guru ngaji kat kampung masa tu, tapi cucunya sendiri malas ngaji. Tapi, malas-malas pun, alhamdulillah Darjah 5 dah khatam Quran. Ingat lagi masa tu, kalau ngaji ngan Tok Mek, kalau tak menangis memang tak sah. Rotan kat tangan Tok Mek memang menggerunkan. Silap baca skit je, zupp!! bunyi desingan rotan hinggap di lantai (tak pernah kena tubuh lagi la..). Hujung rotan selalu kena sua ke bijik mata kalau silap baca dengung, makhraj atau fasahah. Uih, gerun...

Balik pada bab solat plak. Abah biasanya balik dua minggu sekali jer sebab kerja dalam hutan. So, yg biasa jadi imam solat time maghrib dan Isyak adalah Umi. Tok Mek pulak selalu ke surau. Semayang jemaah dah jadi kebiasaan time maghrib dan isyak jer, waktu lain biasanya mengelat nak semayang sendiri-sendiri.  Kalau hari sekolah, zohor dan asar dah solat kat sekolah. Time tu wajib  solat kat sekolah sebab ada kelas fardhu ain pada waktu petang. So, insyaAllah selamatlah zohor dan asar. Yang tak selamat dikerjakan adalah time hujung minggu sebab tahap kemalasan yg amatlah dahsyat! Masa tu dah umur 10 tahun dah, kalau tak solat lagi, memang patut kena rotan dah.

Ada satu hujung minggu tu, Che Long terkantoi. Biasanya, kalau Umi suh solat, Che Long selalu lambat-lambatkan. Kalau tahap iman tgh tinggi, semayanglah walaupun tunggang-langgang macam 'ayam patuk padi'. Kalau time tahap iman low giler...lepas amik wudhuk, Che Long masuk bilik, kunci dan baring atas katil selama 10 minit lebih kurang, then keluar bilik cakap dah siap semayang. Tak mau bagi Umi cam la kononnya, sejadah dan kain semayang diubah-ubah kedudukan supaya nampak macam dah solat. Padahal tak semayang pon!! Astaghfirullah al-aziim.. Sampailah satu kali, duk buat kerja syaitan ni, Che Long terkantoi! Masa ni iman tgh rendah, malas betul nak semayang sebab kononnya letih baru habis basuh kasut sekolah. Buat projek macam biasa. Amik wudhuk, masuk bilik kunci, dan baring atas katil. Tengah duk syok termenung tgk siling tu, tiba2 ada bunyi sok-sek kat bilik sebelah (bilik Umi). Che Long buat derk jer, anggap bunyi cicak ke gitu la. Tiba2..terjengul muka Tok Mek dari atas dinding mcm scene P.Ramlee gaduh dgn pompuan sebelah dalam cerita Masam-Masam Manis tu... Ha, gitulah lebih kurang Tok Mek duk mengintai Che Long yg tgh terbaring atas tilam time tue. "Ha!!!! Dok semaye ko??" Sergah Tok Mek garang kat Che Long. Panik Che Long nak cover, konon baru nak semayang la apa la.. Tok Mek cakap, dah lama dia duk intai Che Long. Dia suh bukak pintu. Huhu...habis kena bebel dan rotan Che Long pada zohor itu.. Merah tapak tanganku. Ingat lagi ayat-ayat Tok Mek masa tu. Kecut perut bila ingat balik.
"Mung nok nipu sapo Nurul? Mung nok nipu aku nge Umi mung ko? Tak dok guno mung nipu kami. Mung nok nipu Allah pun takdok guno! Allah Maha Melihat! Hok dok semaye tu mung. Hok dapat dosa pun mung. Dua dosa mung dapat hari ni. Kalu lamo doh buat kijo ni, lagi la banyok dosa mung.. Dosa nipu dan dosa dok semaye!"

Lebat jugaklah tangisan Che Long pada zohor itu. Rasa menyesal sangat. Sejak hari tu, Che Long dah tak berani menipu doh. Solat pun betul-betul dah.


#Memori masa kecik-kecik yg nakal ni memang sampai bilapun Che Long takkan lupa sebab ia kekal bersama parut dan bekas (takdelah teruk sangat pun kena sebenarnya, cuma fear factor tu je yg lebih). Kadang-kadang, Che Long terfikir jugak, adakah sebab didikan famili yg kasar ginilah yg menyebabkan Che Long jadi tak reti bila bab-bab sentimental dan romantika de amor macam kawan-kawan yg lain. 

#Apapun, didikan famili yg garang dulu terhadap Che Long dan adik-adik sebenarnya memberi kesan yg baik pada kami semua. Setidak-tidaknya, kami TIDAK menjadi anak-anak manja yg tak  ambil berat bab agama, adab dan budaya mcm sesetengah anak muda kini. Che Long rasa, didikan sebegini sebenarnya membuatkan Che Long menjadi diri Che Long yg lebih baik kini. Ada kemungkinan kalau Che Long dan adik-adik dimanjakan dulu, pasti kami tak akan jadi 'orang'. 

#Anyway, zaman dah berubah. Ibu bapa pun kena tahu 'the best way' untuk didik anak-anak mereka bersesuaian dgn zaman sekarang. Kalau dulu, mungkin susah nak lari dari rumah sebab duit tak cukup, tapi sekarang zaman moden yg membolehkan anak-anak buat lebih dahsyat dari lari dari rumah. Kalau dulu, mungkin anak-anak boleh menerima apa sahaja bentuk didikan ibu-bapa terhadap mereka, tapi tidak zaman sekarang kerna kita berhadapan dgn generasi moden yg tak terjangka tindakannya. So, the best way untuk didik anak-anak adalah semestinya mencontohi cara Rasulullah s.a.w mendidik anak-anaknya. Banyak bahan bacaan yg bagus boleh dibaca oleh parents skang kan..So, keep reading and practice it! (^_^)v.

Lensa Che Long: Yang baik jadikan panduan, yang buruk jadikan sempadan.

Wednesday, March 7, 2012

Kita rasa kita malang??

Kadangkala kita rasa hidup kita amat malang. Pelbagai dugaan dan cabaran melanda hidup kita. Kita rasa kita sudah diuji hebat oleh Allah. Padahal, kita tak tahu ada lagi yang lebih hebat diuji Tuhan..
Kenapa Che Long cakap cenggini?


Sudah dua hari Che Long demam. Tak larat betul rasanya nak ke kluster (tempat buat research). Kepala jadi pusing. Hingus dan kahak membanjir. Batuk dan bersin betul-betul menyeksa. Kepala membengkak panas rasanya. Lemah saja badan, asyik terbaring dan tidur. Bangun sekadar untuk solat dan bersihkan diri. Kemudian ke tilam lagi. Hairan betul Che Long dgn kesihatan diri sendiri. Kalau org lain, demam itu pasti ada, tapi tidaklah seperti Che Long yang pastinya setiap bulan akan demam. Rasa malang betul diri ditimpa ujian sebegini. Handphone dicampak ke tepi, malas betul rasanya melayan segala panggilan dan sms yg masuk. Akaun FB sesekali saja dijengah, menanti apa-apa berita yang mungkin penting.



Ya, benar!

Selepas zohor, Che Long buka akaun FB. Memang benar, ada berita penting dan tergempar. Sahabat Che Long, seorang ustaz namanya H di sebuah sekolah agama yg ditahan polis sebelum ini, akhirnya dijatuhkan hukuman oleh mahkamah pada hari ini "PENJARA 18 TAHUN". Kalau sebelum ni, sahabat Che Long ini disiasat di bawah Kanun Keseksaan 302 (boleh dihukum mandatori gantung sampai mati), dan semalam selepasa perbicaraan, mahkamah menukar pula ke 304 (penjara maksimum 20tahun-membunuh tanpa niat). Allahuakbar, hebat sungguh ujian yang Allah timpakan buat H ni.

H adalah seorang sahabat yg sungguh baik hati dan berhati mulia. Jauh berbeda dari apa yg sering media   laporkan di dada-dada akhbar dan tabloid mereka. Laporan berita amat berat sebelah dan hanya mencedok isi-isi yang mereka kira boleh melariskan jualan akhbar mereka sehingga sanggup meletakkan headline berita mereka seperti "Ustaz Syaitan", "Guru Kejam" dan sebagainya. Setelah itu, laporan yang sepatutnya berbunyi lain, lain pula kedengarannya dilaporkan mereka yg tak bertanggungjawab ini. Mereka menulis langsung tidak menghiraukan perasaan ahli keluarga yang terlibat. Benarlah kata umi Che Long dulu waktu Che Long masih muda remaja. Che Long beritahu umi yg cita-cita Che Long adalah untuk menjadi wartawan atau pemberita. Umi melarang. Kata umi,

"Selagi sistem media di negara ini masih sekular, usahlah kau tanam cita-cita itu. Tak pasal-pasal engkau pun jadi penyampai berita-berita fasiq."

Cita-cita untuk Che Long jadi peguam pun umi melarang. Katanya, sistem perundangan di negara ni masih sekular. Susah kalau kita tak kuat, tak pasal-pasal jadi boneka sistem sahaja. Tak pasal-pasal nanti jadi peguam dan hakim yang menjatuhkan hukuman yang tak setimpal dan tidak adil kepada rakyat. Berdosa tu..kata umi Che Long.

Berbalik kepada cerita H tadi. H ditahan dan disiasat kerana dituduh melakukan pembunuhan kepada muridnya sendiri. Malas Che Long nak cerita di sini, kalau sesiapa nak tahu kes ini, silalah ke sekolah tempat beliau mengajar di Perlis ini. Takut pula Che Long, kalau-kalau cerita Che Long ni tak betul. Apapun, Che Long dah dengar cerita yang versi tepat, bukannya baca dari berita di akhbar-akhbar saja. Kesimpulannya yg Che Long boleh buat dalam isu sahabat Che Long ni adalah, H mungkin saja tidak bersalah sepenuhnya. Kerana apa? Kerana kanak-kanak yang dikatakan telah dibunuhnya itu, sebenarnya adalah yg plg disayanginya berbanding yg lain. Masakan mungkin, seorang yg amat dikasihinya, sanggup pula dibunuhnya kan?

Apapun, Che Long rasa amat terharu dan terkesan dgn ujian yg menimpa H ini. 18 tahun di dalam penjara! Berbanding Che Long yang hanya demam setiap bulan, apalah sangat.. Kebebasannya direnggut tatkala usianya masih muda. Tapi, sembang-sembang dgn kawan2 Che Long pula. Kata mereka, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Mana tahu, dgn perginya H ke penjara, mungkin ini pula platform dakwahnya. Dakwah kepada penghuni penjara di Tapah sana. Pesanan ulamak kepada H sebelum ke penjara pula, "Harapnya, sepanjang enta berada di penjara, selesailah hafalan Quran.."
H redha dan dan berserah kepada Allah atas segala keputusan mahkamah.

Aduh.. ngilu menikam lubuk jantung Che Long membayangkan keadaan H kini. Keluarga dan kawan-kawan ditinggalkan. 18 tahun! Bukan tempoh yang sekejap. Jika belajar Medic yang 7 tahun itupun kita rasa penat dan terseksa, inikan pula 18tahun di penjara. Tapi, benarlah kata pujangga, ujian yg hebat itu utk org yg hebat!

H, kami bersamamu. Kami insyaAllah pasti sentiasa di belakangmu. Semoga semua ini bisa menjadikanmu lebih kuat dan tabah mendepani segala ujian selepas ini. Kami tahu, kau bukan pembunuh seperti yg mereka katakan.

Lensa Che Long: Demam? Apalah sangat ujian Allah ni kan.. Ini sebenarnya salah satu cara Allah nak hapuskan dosa-dosa kecilku, alhamdulillah..





There was an error in this gadget

Follow by Email