Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Perempuan ni selalu perasan..

Assalamualaikum w.b.t dari Che Long. Moving caption selawat kat atas tu jangan lupa baca tau. CL nak jugak rasa syer/saham nanti. Hehe.
Perempuan ni sebenarnya selalu perasan. Why is it happen?
Kalau dah sedar diri tengah perasan. How to handle?
*** Antara contoh perempuan ni selalu perasan:-

1. Nak jejak je kaki keluar rumah, mula la perasan nak melawa. Calit lipbalm skit. Calit compact powder skit. Calit celak skit. Calit perfume dan losyen lagi. Matching kaler tudung ngan baju dan seluar/kain. Walaupun cuba menyedapkan hati dengan mengatakan 'Oh dun worry..it's only to make myself happy, not others..'. Tapi, jauh di sudut hati tetap perasaan 'perasan akan ada orang tengok/jeling/kerling jap lagi' akan ada jugak. So, mulalah takut kalau dikatakan kolot/serabai/selekeh/tak lawa/tak updated and so on.. Padahal duk dalam umah, pakai t-shit lubang-lubang pun layan. Kalau hari cuti tak ke mana-mana, dah nak malam baru nak mandi. Rambut tak bersikat sehari pun tak kisah…

RUNTUH (pt 1)

KARYA: Rosie Haslinda Nasir (Petikan dari ruangan Cerpen-Majalah Al Islam 1994)

***
Demi Allah, keluarkanlah jasadku daripada kesengsaraan ini. Tidak tertanggung deritanya.
     Tunak pandanganku merangkul tubuhnya.
     Tubuhnya?
     Siapa aku kalau bukan dia, yang terperosok kaku begitu? Dan siapa pula dia kalau bukan aku, yang menemaninya dalam seribu kegelapan dan kesenyapan? Dalam aku ada dia. Dalam dia ada aku. Rapat bersatu. Lantas, siapa aku sebenarnya? Hantu jelmaan? Bayang-bayang? Suara batinnya yang sedang menggelepar? Atau barangkali sehelai roh yang melolong-lolong, mencakar-cakar kesakitan dicengkam sakratul-maut?
     Bakal ahli kuburkah kita ini, Phea?
     Phea binti Abdullah namanya (namaku?). Aku memandang wajahnya yang kotor disaluti gumpalan darah, lumpur dan debu-debu simen. Dadanya sendat dihempap sebongkah konkrit. Lengan kirinya berdarah ditembusi cerucuk besi. Tentu azab. Phea. Terus mati hatiku menangis, selela-lelanya.
     Bangunlah Phea.
     Aku mendakap…