Teman-temanku

Google+ Followers

Thursday, January 10, 2013

Perempuan ni selalu perasan..

Assalamualaikum w.b.t dari Che Long. Moving caption selawat kat atas tu jangan lupa baca tau. CL nak jugak rasa syer/saham nanti. Hehe.

Perempuan ni sebenarnya selalu perasan. Why is it happen?

Kalau dah sedar diri tengah perasan. How to handle?

***
Antara contoh perempuan ni selalu perasan:-

1. Nak jejak je kaki keluar rumah, mula la perasan nak melawa. Calit lipbalm skit. Calit compact powder skit. Calit celak skit. Calit perfume dan losyen lagi. Matching kaler tudung ngan baju dan seluar/kain. Walaupun cuba menyedapkan hati dengan mengatakan 'Oh dun worry..it's only to make myself happy, not others..'. Tapi, jauh di sudut hati tetap perasaan 'perasan akan ada orang tengok/jeling/kerling jap lagi' akan ada jugak. So, mulalah takut kalau dikatakan kolot/serabai/selekeh/tak lawa/tak updated and so on.. Padahal duk dalam umah, pakai t-shit lubang-lubang pun layan. Kalau hari cuti tak ke mana-mana, dah nak malam baru nak mandi. Rambut tak bersikat sehari pun tak kisah. Huhu, ada ker gitu heh? Hopefully not...

"hurm...warna dress ni matching ke dgn kaler contact lens aku ni ek? hurm.." -gmbr hiasan dr mr.google
~~Why is it happen? Tak leh nak salahkan wanita 100%. Kami membesar dalam dunia/masyarakat yang mementingkan appearance luaran [kadang-kadang tak tengok langsug dalaman]. Perhatikan saja commercials yg ada kat TV/radio/majalah/akhbar, bila ada kaitan dengan wanita ja tentu pasal kecantikan/fesyen/keglamoran  etc. Tentang kecantikan rohani JARANG SANGAT didedahkan. So, macam mana la wanita nak build-up diorang punya jati diri dan iman. Susah kott. Kalau gini gaya, yang ustazah/tudung labuh/jubah/purdah pun boleh pitam oii dengan godaan nak cantek/glamor/popular/lawa neyh..

2. Bila ada lelaki mula cakap mesra-mesra, mula la perasan mamat tu nak ngorat. Pastu, mula rasa hati bunga-bunga. Setiap kali kena kerling, aduh, jatuh hati dibuatnya. Setiap kali kena usik, aduh, rasa dup-dap, dup-dap jer. Bila diajak berbincang bersama, auw caring'nyer die.. Bila dimintak nombor telefon/emel/FB/Twitter, terus rasa 'Wah! ada harapan nak jadik couple/tunang/isteri dia neyh'. Bila dia beli apa-apa hadiah/belanja makan terus rasa cam nak lompat2 je.. toing! toing..! Tup-tup, dapat tahu sang lelaki dah ada makwe/tunang/bini... Dang! Prakk! Kebabomm! Pecah berkecai daa hati sang wanita tu.. Tu la, sape suh perasan sangat? Huhu..
#
"hye awak! cantek la awak hari ni..geram pulak rasa cam nak gigit je pensel ni" -gmbr hiasan dr mr.google
~~Why is it happen? Wanita ni hatinya lembut sangat [lagi lembut dari kain yg dah rendam dengan Softlan/Daia Softener]. Halus sangat macam tepung yang nak buat roti capati. Sekali sergah hati wanita ni, mau goyah/pitam/pening etc tau. Kena pulak, hati wanita yang jenis selama hidupnya di zaman sekolah/matrik/kampus dulu tak pernah ada orang lelaki nak fewitt/cuit/tegur. Maklumlah, sekarang dah guna produk Safi yang mencerahkan kulit, kosmetik SimplySiti yang menawan, wardrobe Calvin Klein dan Herbalife yang melangsingkan badan, maka terbukalah sikit mata sang lelaki. Tambah pulak, paling kanan tengok Minah dah ada pakwe. Paling kiri, Syima dah ada balak. Paling belakang, Wati dah ada tunang. Paling depan pun, Yanti dah ada teman jugak. Hoo... mau jeles dibuatnya bila duk single-mingle lagik. Balik kampung pulak mak sedara/pak sedara/sepupu duk buat tak percaya.."Eish..takkan takde kekasih lagi kot. tak logik la orang muda mcm awak ni takde sesapa lagi.." Fuh, mau stress dibuatnya golongan sang wanita  single ini! Tengok di fesbuk/twitter/instagram pulak, ramai yang duk update status kebahagiaan bersama kekasih hati masing2 [Huhu, status kebaikan yang cuba dikongsi, kena kutuk perasan baik pulak da..].  Bukak vlog/drama/filem/cerekarama/telemovie pulak, semua duk tayang tentang cinta, cinta dan cinta.. Kalau gitu gaya, yang ustazah/tudung labuh/jubah/purdah pun boleh pengsan oii dengan godaan nak pakwe/balak/teman spesel neyh.. *Uh, sedapnya burger ayam special di Boy Burger Taman Kemajuan, Perlis!

2. Bila tengok orang duk bisik-bisik, mula la perasan diri sedang diumpat. Kalau tak bisik-bisik pun, tengok kawan post something yang agak pedas kat FB/twitter, mula la ingat orang nak perli dirinya. Pastu, buat-buat merajuk. Nasib tak baik, orang tak tahu pun diri sedang merajuk/mengamuk. Silap-silap hari bulan, orang menyampah sebab gedik/over etc. terus tak mau layan dah [last-last diri sendiri jugak merana, bawak diri, lonely]. Lagi parah, dia carik geng lain pulak untuk viral-kan budaya 'mengumpat balik'.
#
"pstt..pstt...dia tu kan..bla,bla,bla.."-gmbr hiasan dr mr.google
~~Why is it happen? Sebab hati wanita ni rapuh sangat. Macam mata pensel mekanikal 0.5mm tu [tulis tekan sikit dah patah..borink!]. Al-maklum sajalah, kaum Hawa ni pun asalnya dari tulang rusuk lelaki. Yang paling kecik pulak tu. Sah-sahlah senang patah. Sentap pun banyak. Tambah pulak, wanita zaman sekarang ni jarang sangat dah nak carik yang tabah/gigih/mapan/teguh/sabar/berkarisma macam Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah, Zainab, Asma',  Nafisah, Masyitah, Asiah, Khaulah, Maryam, Hajar, Sarah dan ramai lagikk tokoh-tokoh hebat muslimah. Kenapa boleh jadi gini? Sebab kebanyakan wanita zaman sekarang tidak dididik/dibimbing/didedah/ dengan suasana yang membina keperibadian positif mereka walaupun hakikatnya wanita adalah makhluk Allah yang cukup tinggi tahap FLEKSIBELITI-nya. Tengok saja, di rumah, di sekolah, di kampus, di tempat kerja..Jarang sangat nak lihat suasana biah solehah yang wujud. pendek kata, yang ustazah/tudung labuh/jubah/purdah pun boleh join terperangkap oii dengan godaan nak umpat/kutuk/sindir etc neyh..

Ada banyak lagi contoh ke'perasan'an seorang perempuan. Tapi, yang ketiga-tiga di atas tu yg major la..

***
Jadi, persoalannya? Bagaimana nak handle semua isu 'perasan' neyh ha?! How?
~~Senang je actually, tapi nak buat tu adohyai susah woo kalau tak kena cara. Kita cuba yer..

1. Kena rajin pergi dan dengar kuliah agama (kasik segar sikit jiwa kacau tuh). Kalau tak sempat sangat kununnya bz ngn kerja atau studi, bukak saluran yang bagus seperti radio IKIM [http://www.ikimfm.my/], TV AlHijrah, TV Oasis. Tak pun, download UAI (ustaz azhar idrus) atau Ustaz Don atau Ustaz Zahazan atau Ustaz Zaharudin atau ramai lagi la.. Banyak kot, jangan buat alasan boleh tak? Kalau nak cari maklumat pasal retis tau jek nak google, ni pun sama gak la..

2. Kena carik kawan/teman/sahabat yang ada fikrah Islami [se-gender okayh! jarang sangat opposite gender boleh tolong dalam isu ini]. Camner nak tau dia ada fikrah Islami? Bila dia nak solat atau buat benda baik dia takkan kedekut untuk buat sorang diri dia, sebaliknya dia akan ajak kita untuk join dia sekali. Sebab apa tau? Sebab kawan camnilah sebenarnya yang sayang sangat kat kita, sebab dia takmo masuk syurga sorang2 dia jer. Dia tak sanggup nak tengok kita masuk neraka sedangkan dia masuk syurga. Ada paham tak?

3. Kena jaga pandangan mata. Serious okay! Peribahasa 'dari mata jatuh ke hati' tu amatlah tepat dan benar!  Sebab apa? Sebagai contoh, antara lelaki dan wanita ni, bila bertembung pandangan macam arus elektrik tau  dia punya efek. Perasan tak, kita kadang2 tak mampu untuk melihat mata orang yang sedang bercakap even orang tu se-gender ngn kita? Apatah lagik kalau opposite gender. Bukan setakat tu je, tang tengok retis2 hensem/macho/sasa/tampan/cute di media2 pon kena jaga. Aduh, susah kan..? Sebab tu la pentingnya sahabat fikrah Islami untuk mengingatkan kita dan ilmu kefahaman untuk mengukuhkan kita.

4. Kena sibukkan diri. Ni antara tips terbaik untuk elakkan diri dari masalah PERASAN. Sibukkan diri dengan benda yang lebih berfaedah supaya kita tak sempat nak mem'perasan'kan diri sendiri. Contohnya join USRAH/halaqah/diskusi ilmiah. Kompem punya tak sempat nak tengok drama/filem/cerekarama dah. Kalau sempat pun, tak berapa nak lekat di hati segala babak2 yang ditayang sebab teringat bnyk benda lagi nak buat. Contoh lagik.. Sibukkan diri dengan baca buku/artikel agama atau ilmiah. Kompem punya tak sempat berangan-angan kosong dan angau sebab baru lepas baca novel cinta. Hurm, banyak lagi la cara nak sibukkan diri neyh..

5. Kena berazam dan kesedaran sivik yang tinggi. Serious, cakaplah apa pun sampai berbuih pun mulut tapi takde kesedaran diri sendiri dan azam yang tinggi untuk mengubah penyakit 'perasan' nih, memang SUSAH! Berdoalah kepada Allah semoga diberi taufik dan hidayah pada diri kita supaya berubah menjadi insan yang lebih baik. Ingatlah, setiap lembaran akhlak yang kita tuliskan pada hari ini, itulah yang akan menjadi acuan untuk anak bangsa dan generasi kita pada masa akan datang. Think! What kind of generation are we gonna build starting from now! Think hard and act the plans.
Copy from: http://raudhah-syifa.blogspot.com/2010_12_01_archive.html

Lensa Che Long: Psikologi wanita adalah tidak mampu untuk fokus banyak perkara dalam satu masa. Dengan penglibatan sepenuhnya dalam gerak kerja Islam, pasti tak ada masa lapang [bahkan tak sempat] nak fikir untuk tampil glamor atau ber'kapel' atau berfikiran negatif terhadap orang lain. 
~~Pendek kata, nak glamor dan kapel dengan 'lelaki halal' jer. Nak pikir negatif hanya pada musuh Allah jer. Ye ker....?! Jom la try, kot la betul apa yg si CL ni duk merepek.. Hehe, bukan I bajet bagus tau.. peace!

2 comments:

  1. Tak..Cik nur tak perasan.. he~~ u're osem!
    Tapi, kalau rasa dah macam ter'perasan' tu, cepat2lah cover. Biasalah hati manusia ni kan Allah jadikan berbolak-balik, kenalah doa supaya di'thabat'kan hati, insyaAllah..

    ReplyDelete

There was an error in this gadget

Follow by Email