Teman-temanku

Google+ Followers

Sunday, June 1, 2014

Temuduga Guru KAFA

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah hampir setahun bergelar guru KAFA ganti/kontrak. Tahun 2013 CL mendapat tawaran sebagai guru KAFA ganti yang akan diperbaharui kontrak setiap dua bulan. Tahun 2014 ni pula, kontrak diperbaharui setiap tiga bulan. Ok la tu..

JUN-DISEMBER 2013
CL mengajar di sekolah kawasan kampung. Agak sedih berpisah dengan mereka sebenarnya. Anak-anak yang comel telatah mereka, walaupun kadang-kadang agak nakal. Apakan daya, keputusan bukanlah di tangan sendiri.

MAC 2014
CL ditawarkan sekali lagi mengajar KAFA. Kali ni, di sekolah kawasan bandar dan kebetulan berdekatan dengan rumah sewa dan kluster tempat research. Suasana memang berbeza. Keletah anak-anak juga berbeza. Kemahiran yang diperlukan untuk mendidik anak-anak juga berbeda. Semuanya harus lebih moden, kreatif dan up-to-date. Cabaran sungguh!

::TEMUDUGA BERTULIS::
Sebelum start mengajar di sekolah tu, CL kena lalui satu temuduga bertulis. Masa yang diberikan untuk jawab satu paper tu sejam setengah. Antara isi kandungan kertas ujian tu adalah:-
1. Soalan-soalan umum fekah (solat, wudhuk, puasa).
2. Sirah nabawiyyah yang asas.
3. Hukum tajwid yang asas.
4. Kemahiran menulis jawapan dalam tulisan jawi.
5. Sedikit ujian Bahasa Arab asas.

Keseluruhannya, soalan temuduga ini sememangnya khas dan sesuai untuk guru yang bakal mengajar pelajar-pelajar tentang asas-asas Islam. Kalau ada antara pembaca yang bakal dipanggil untuk temuduga sebegini rupa, bukak-bukak la buku PAFA sikit. Praktis la tulis karangan jawi sikit. Review sukatan asas Bahasa Arab Komunikasi sikit. Then, insyaAllah you'll be okay..

Tak lama selepas ujian bertulis ni, CL dapat tawaran mengajar di sekolah yg dimaksudkan di atas. CL pun melapor diri dan mula mengajar. Kali ni kena mengajar pelajar Darjah 2. Sepatutnya student yg patut mai kelas ada 27 orang, tapi yang duk biasa mai ada dalam 15-17 orang saja. Ok la tu kan..

::TEMUDUGA LISAN::
Sebulan selepas mengajar, CL dapat panggilan untuk temuduga lisan plak. What?! Ingatkan dah habis.. Belum lagi yer! Apapun, ujian kali ni untuk position sebagai guru KAFA tetap. Ragu-ragu jugak la sebenarnya sebab target nak kerja KAFA kontrak aje. Apapun, kalau dah habis belajar nanti, tak tentu jugak terus dapat kerja, so jadi guru KAFA buat sementara waktu pun ok la kan.. Boleh juga training in education. Kata nak jadi pensyarah...

Oleh kerana nama CL ni intial W, so CL jadi orang yang terakhir dalam listname yang bakal ditemuduga. Punyalah mengantuk menunggu. Siap boleh tido lagi. Iyelah, datang 10pagi, 12tgh hari baru dipanggil masuk. Hadoi..

CL masuk bilik interview dengan dua orang lagi calon. Tak sempat nak berkenalan dengan mereka lebih lanjut pun. Kat dalam bilik tu ada 4 orang penemuduga. 3 lelaki dan seorang perempuan.

First Interviewer:-
1) Sebutkan Rukun Negara.
2) Siapa MB Perlis pertama?
3) Siapa Ketua Agama Islam Perlis?
4) Siapa nama Raja Perlis?

'Oke... Memang soalan-soalan patriotik betul la pak cik ni tanya..'

Second Interviewer:-
Dia suruh baca petikan kalimah Quran (macam Iqra' tu). Dia nak test kefasihan calon baca Quran tu.. Dah habis baca petikan tu, dia cakap ada request suh CL baca Quran sikit. Pulak... Orang lain tak kena pun. Tapi nasib CL ma'zurah masa tu, so dia suruh baca surah an-Nas je. Alhamdulillah, lepas.. Siap dengar dia cakap "Toyyib.." lagi. *ahem*

Third Interviewer:-
Ustazah ni test pulak soalan fekah. Setiap calon berbeza soalannya. Soalannya utk CL lebih kurang gini..
"Kalau seseorang tu ambil wudhu dalam waktu Zohor, masihkah boleh digunakan wudhu tersebut untuk solat Asar nanti?"
~Ha, amek kau! Soalan agak tricky kan..

Last Interviewer:-
Penemuduga ni adalah Pengarah KAFA Perlis. Tak ingat namanya. Dia tanya soalan-soalan personal. Tentang pengajian CL sekarang. Keluarga. Rumah menetap sekarang. Dan kesediaan menjadi guru KAFA. Alhamdulillah, CL jawab dengan tenang dan jujur.
I saw that he was nodding his head, sign of acceptance maybe. Who knows..

Itulah serba sedikit pengalaman CL interview jadi guru KAFA. Quite fun. Rasa untung sangat-sangat sekolah agama dulu. Walaupun major field CL sekarang adalah engineering, but still I can use my knowledge in Islamic Studies for something good rite?

LENSA CHE LONG: Jangan pening-pening sangat kalau nak pegi interview. Buat biasa aje. Show your real self. Alhamdulillah, sekarang CL dah promoted sebagai Guru KAFA tetap. Sampai hujung tahun ni kontraknya. Kalau nak sambung lagi tahun depan, kena renew di pejabat KAFA. Syukur, syukur...


3 comments:

  1. Kak CL.. Sy dpt tmuduga guru kafa ni jgk.. Takut sangat xdpt buat dgn btul.. Act.. Kalau untk guru kafa smentara ni.. Mmg ujian btulis je la ek? Xde intrview face to face ek? Sijil2 apa tuh

    ReplyDelete
  2. Takpe jangan takut...
    Simple aje ujian bertulisnya.
    Asas fardhu ain, jawi dan bahasa arab saja.
    God luck okeh! (^_^)

    InsyaAllah, seronok jadi guru Kafa ni. Pengalaman yg ohsem!

    ReplyDelete
  3. macam teringin pulak nak jadi guru kafa baca pengalaman CL hihi

    ReplyDelete

There was an error in this gadget

Follow by Email