Teman-temanku

Google+ Followers

Tuesday, November 27, 2012

Realiti Pejuang Muda

Sudah norma hidup bergelar pejuang, tidak akan ada episod mudah yang dilalui. Setiap kemanisan yang dirasai pasti jua disulami kepahitan yang tiada perinya. Andai tiada kesabaran, keikhlasan dan pengorbanan pasti sudah lama dunia perjuangan ini ditinggalkan hanya kerana ingin mengejar menjadi kupu-kupu dunia. Hidupnya lama di dalam pupa barulah matang lantas mengibarkan sayapnya indah. Tak berapa lama hidup di dunia lalu berkubur di alam barzakh.

Usia yang masih muda, kadang-kadang terasa seperti sudah tua benar. Buktinya, tika rakan seusia sedang bergembira bersama pacar mereka, berseronok dengan percutian di sana-sini, berhibur bersama teman dan keluarga tersayang, tenang di dalam pelayaran pendidikan mahupun kerjaya, NAMUN hidup seorang pejuang muda yang masih mentah ini sudah berkerut seribu dahinya memikirkan masalah ummah dan masyarakat. Memikirkan solusi dan mengatur perancangan demi sebuah keberjayaan strategi. Tidak mengapa, semoga ini menjadi suatu pelaburan yang lebih mahal dari emas dan perak. Lalu, ucapkanlah alhamdulillah.



Tapi, hidup pejuang ini tidak berseorangan. Ada penemannya. Ada sahabatnya. Ada pembantunya. Cuma, kadang-kadang peneman, sahabat dan pembantu tak selalu ada. Kerana hidup perjuangan ini begitu sukar, lantas kewujudan peneman ini juga seumpama ombak di pantai. Bila ia datang menghempas pantai, basahlah pantai. Bila ia pergi ditarik arus, maka keringlah kembali pantai itu. Lantas, pantai harus kuat bertahan dan bergabung bersama ombak yang datang dan pergi demi menyajikan sebuah pemandangan indah untuk tatapan manusia yang mengunjung. Lalu, ucapkanlah subhanallah.

Berjuang tidak senang. Tidak berjuang itu lebih senang. Tetapi, perjuangan ini suatu urusan jual-beli dengan Maha Khalik. Sudah tentu barang jualan yang elok dan bermutu tinggi disukai Maha Khalik. Lantaran itu, semoga penjualnya sabar dan ikhlas menjual produknya iaitu sebuah perjuangan. Jangan dengki dan irihati melihat kelapangan masa orang lain kerana apa ada pada kelapangan jika tiada redha dari Allah. Moga-moga, kesempitan masa dan kekurangan tenaga yang mendapat redha Allah itulah yang lebih baik. Lalu, ucapkanlah Allahuakbar.
 

surah as-Saff (10-11)


Semoga baginda dan sahabat-sahabat tersenyum puas melihat masih ada lagi keturunan mereka yang masih mahu berjuang.


Lensa Che Long: Benar, Palestin sedang disimbah darah tapi mereka punya tanah diberkati Allah, perjuangan didoakan malaikat, alangkah untungnya mereka. Kita, apa yang ada? 
There was an error in this gadget

Follow by Email