Teman-temanku

Google+ Followers

Saturday, April 18, 2009

5 Tahap Iman

IMAN TAQLID
Iman ikut-ikut atau Iman 'pak turut'.Orang yang beriman Taqlid,pegangan Islamnya tidak kuat dan prinsip Islamnya tidak kukuh.Dia tidak ada alasan yang kuat mengapa dia beriman.Dia ada dalil-dalil akal dan Al-Quran/as-Sunnah untuk membuktikan keyakinannya.Mengikut qaul yang lebih jelas,Iman Taqlid ini tidak sah.Segala amal ibadat orang yang beriman Taqlid adalah tertolak dan tidak mendapat pahala di sisi Allah Taala.

IMAN ILMU
Iman berdasarkan Ilmu.Iaitu seorang yang telah mempelajari tentang Allah,Malaikat2,Rasul2 dan Nabi,Kitab2,hari Qiamat dan lain-lain yang diwajibkan mengimaninya.Iman dan keyakinannya berasa dan kuat bertunjang pada akal.Iqtikadnya disertai dengan dalil-dalil yang kuat serta pegangan yang kukuh.Dia tidak mudah goyang atau terpengaruh dengan ideologi lain.
Tetapi orang yang beriman Ilmu,tidak takut akan Allah Taala dan mudah berbuat derhaka kepada-Nya.Mereka juga hanya mampu memperkatakan Islam,tetapi tidak mampu berbuat atau mengamalkannya.jadi,Iman Ilmu belum lagi dapat menyelamatkan seseorang itu dari neraka Allah.

IMAN 'AYYAN
Hasil daripada tarbiyah dan mujahadah yang bersungguh-sungguh orang yang beriman Ilmu akan meningkat kepada Iman 'Ayyan.Imannya bertempat di hati,bukan lagi di fikiran.Hati orang-orang yang beriman 'Ayyan sentiasa mengingati Allah, ibadahnya khusyu' dan ia sentiasa merasa kebesaran Allah Taala.Pabila disebut nama Allah, gementar hatinya.
Semua perintah Allah Taala dipatuhi dengan penuh rela dan kesungguhan.Ia terlalu sensitif dengan dosa serta sangat berakhlak dengan Allah dan manusia.Setiap ujian dihadapi dengan penuh sabar.Ia juga sentiasa mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Taala.Orang yang berada di peringkat Iman 'Ayyan tidak lama dihisab di Akhirat dan ia mudah masuk Syurga.

IMAN HAQ
Seseorang yang mencapai Iman Haq,mata hatinya melihat Allah Taala.Ertinya setiap kali melihat kejadian dan kebesaran Allah Taala,hati dan fikirannya tertumpu kepada Allah.tersa takut dan hebat kepada Allah setiap masa.Hatinya tidak lekang mengingati Allah dan sentiasa karam serta khusyu' dalam kesyahduan cinta pada Rabb.
Hatinya tidak terpaut dengan dunia dan ia tidak dapat dilalaikan oleh nafsu mahupun Iblis laknatullah.Mereka yang beriman 'Ayyan digelar Muqarrobin oleh Allah Taala,yakni orang yang hampir dengan-Nya.

IMAN HAKIKAT
Inilah peringkat iman yang paling sempurna dan tertinggi yang dimiliki oleh Rasul2, Nabi2,khulafa' ar-Rasyideen serta wali-wali besar.Mereka akan ditempatkan oleh Allah Taala di dalam Syurga yang paling tinggi.Hidup mereka setiap masa asyik dangan ibadah.Ibadah mereka cukup hebat, solat sunat paling kurang 300 rakaat sehari semalam.Budi serta akhlak adalah yang terbaik dan paling terpuji.
Allah Taala akan menurunkan barakah di mana sahaja mereka berada.Mereka digelar golongan 'superscale' Akhirat.Hidup dalam Syurga yang maha Indah lagi maha lazat.Allah mengurniakan yang sedemikian itu sebagai membalas cinta dan pengorbanan hakiki yang cukup besar semata-mata kerana Allah !
Di manakah tahap keimanan kita ?Sama-samalah kita sentiasa memuhasabah diri serta mempertingkatkan keimanan kita dengan mengerjakan amalan kebaikan dengan bersungguh-sungguh,iltizam dan istiqomah.Berbahagialah dengan berita gembira dari Allah Taala dalam surah Ali Imran, ayat 139 :

Maksud :Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah(pula) kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.


ambo kata: langsung, di manakah tahap iman kita ini? muhasabah diri sendiri.. dunia makin menghampiri kiamat, tapi bekalan kita entah cukup, entah tidak untuk untuk dibawa ke sana.. ha, lu pikir la sendiri..

Thursday, April 16, 2009

Kecantikan lelaki dan Kegagahan wanita


Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


Ambo kata: Mahu jadi wanita yang bijak, anggun dan solehah. Yang mewaqafkan seluruh jiwa raga demi agama, keluarga dan negara. Amin, ya Allah..

Thursday, April 9, 2009

hukum manusia vs hukum Allah


Azilah, Sirul dihukum gantung sampai mati

09/04/2009 9:52am

KUALA LUMPUR 9 April - Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh wanita Mangolia, Altantuya Shaariibu pada Oktober 2006 lalu.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin memutuskan demikian setelah mendapati pembelaan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Azilah, 33, dan Sirul, 37, didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita berusia 28 tahun itu di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam, 10 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006 lalu. - Utusan


inilah akibatnya apabila hukum Allah (hukum-hakam Islam) tidak dilaksanakan di bumi Islam sendiri..

Perbandingan antara hukum manusia dan hukum Allah:-
-hukum manusia: seseorang itu dianggap 'bersalah' selagi tidak dibuktikan 'tidak bersalah'.

-hukum Allah: seseorang itu dianggap 'tidak bersalah' selagi tidak dibuktikan 'bersalah'.

p/s:betapa adilnya hukum Islam, tapi masih ramai yg menentang, berfikiran sempit dan benci akan hukum Islam itu sendiri walaupun mengaku dirinya KONONN adalah ISLAM..

p/s:ingatlah di akhirat kelak Allah akan tanya pada kita; "Hei manusia, kenapa sombong dan angkuh sangat kamu ini masa di dunia sehingga apa yg Aku perintahkan, kau buat tak endah dan ambil lewa saja? Adakah kau merasakan kau lebih hebat dari-Ku??"
ha...jawablah kita kat akhirat nanti..jangan tak jawab..ha, lu pikirlah sendiri!!

Monday, April 6, 2009

JADIKAN HARI INI HARI TERBAIK KITA


1.Dalam satu hari harus ada buku yang dibaca, harus ada tilawah al-Quran, harus ada sedekah yang ditebarkan, harus ada keikhlasan yang ditanam, harus ada kesabaran yang diteguhkan, harus ada perjuangan yang dikumandangkan, harus ada semangat yang terus ditiupkan, harus ada solat yang ditegakkan, harus ada zikir yang dilafazkan, harus ada dakwat yang ditumpahkan, harus ada dakwah yang dikembangkan, harus ada jihad yang dikobarkan…

2.Setiap hari kita harus melakukan perubahan yang besar. Perubahan itu wujud pada peningkatan kualiti hidup kita. Pada awalnya lemah menjadi kuat, bodoh menjadi pintar,kufur menjadi iman, lalai menjadi ingat,malas menjadi rajin dan penakut berubah menjadi pemberani.

3.Keyakinan kepada Allah adalah modal yang utama. Modal dasar bagi setiap mukmin. Justeru, dari sanalah terpancar sinar keberanian, ketenangan, kegembiraan, semangat yang menyala-nyala dan kesabaran yang berlipat ganda. Mereka yang berhasil memanfaatkannya dengan baik kelak akan berjaya dunia akhirat. Sebaliknya bagi mereka yang tidak memanfaatkannya, jiwa mereka akan resah gelisah, fikiran mereka kacau bilau, tubuh mereka kesakitan, ketakutan melanda mereka dan ketidakjelasan tujuan hidup menghantui mereka.

4.Setiap mukmin diminta untuk bekerja meskipun hasil pekerjaannya belum dapat dimanfaatkan oleh dirinya sendiri, keluarga, masyarakat dan apa jua makhluk termasuk haiwan. Dia tetap wajib bekerja kerana bekerja merupakan hak Allah dan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepadaNya. (Dr. Yusuf al-Qaradhawi)

5.Seseorang mukmin sangat kikir terhadap waktu. Dia tidak rela membuangnya begitu sahaja atau terbang dibawa angin. . (Dr. Yusuf al-Qaradhawi)

6.Hindarilah sifat malas dan mudah bosan kerana keduanya merupakan sumber kejahatan. Apabila kamu malas, maka kamu tidak akan tabah dalam menegakkan kebenaran. (Imam Muhammad al-Baqir)

7.Barangsiapa di waktu petangnya kelelahan kerana bekerja dengan tangannya sendiri maka di waktu petang itulah juga dosanya akan diampunkan. ( HR. Thabrani)

8.Tubuh tidak akan lemah sepanjang niat yang dimilikinya kuat.
(HR. Imam Jafar ash-Shadiq)

9.Jiwa memerlukan latihan yang berterusan dan tidak berhenti. Latihan untuk melakukan pekerjaan pahlawan, untuk bersungguh-sungguh dan berijtihad, berfikir dan menganalisis untuk mendalami masalah. Meskipun kamu berasa lemah, jika dilatih secara berterusan akan menjadi semakin kuat. (Syakhsiyah najihah :32)

p/s: "Jika saya lena, kejutkan lah saya. Jika saya jatuh bangunkanlah saya sbb saya hanya seorang insan yg lemah".

Sunday, April 5, 2009

anak-anak yatim


salam penuh kerendahan hati..

1. Hari ini, ambo dan sahabat2 daripada salah sebuah persatuan yg wujud di universiti ambo mengadakan program picnic bersama anak2 yatim dari Yayasan Saad,Perlis yg bertempat di salah sebuah tempat rekreasi yg terkenal di Perlis nih..

2. Sebenarnya program yg kami jalankan pada kali ini merupakan lanjutan dari program kelas tuisyen yg kami jalankan utk adik2 tersebut pada setiap hujung minggu

3. Aktiviti2 yg kami jalankan khas utk adik2; pertandingan mereka bentuk ciptaan kreatif daripada alam sekitar, mandi-manda dan tazkirah ringkas..

4. Selepas mkn tgh hari bersama adik2 tersebut, kami semua menunggu utk acara penyampaian hadiah..sementara menunggu pondok dipenuhi oleh semua adik2 yg lain, pandangan ambo meliar ke kiri, ke kanan, mencari sesuatu yg menarik utk dilihat..tetiba2, optik ambo tertancap di figura salah seorg adik lelaki yg join picnic nih, yg kelihatan begitu ralit melihat sepasang anak beranak (bapa dan anak lelaki) yg sedang seronok mandi-manda tanpa menghiraukan org lain lagi..
Hm..ambo terfikir agaknya apalah yg difikirkan oleh adik tu..agaknya terkenang nasib diri yg sudah yatim piatu agaknya..huhu, kesian adik..
Sabar dikk, Nabi Muhammad sendiri anak yatim piatu, tidak sempat pun merasa kasih seorg ayah..kasih ibu pun sebentar sahaja..

5. Ambo terus teringat yg ambo patut bersyukur krn kedua ummi dan abah ambo masih belum ditarik lagi dari ambo oleh Allah s.w.t..Alhamdulillah..
Ummi, abah, maafkan ambo sbb selalu menyakiti dan menyinggung hati..ambo pttnya menghargai pengorbanan yg ummi dan abah berikan pd ambo sejak ambo lahir lagi dgn sebaik2nya sblm Allah tarik balik nyawa ummi dan abah..huhu..
Ummi, Abah, maafkan segala dosa2 yg pernah Kak Long lakukan sblm ini..semoga ambo mnjadi anak yg solehah..

Sabda Rasulullah s.a.w: “Barang siapa mencintai dan menyantuni anak-anak yatim, kelak akan hidup berdampingan bersamaku di surga.” (Al-Hadis).

Saturday, April 4, 2009

10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM


Sufyan Atsauri berkata:"Sepuluh macam daripada
kekejaman ialah:
1.Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri,dan
tidak mendoakan untuk
anak-anaknya dan kaum mukmin.

2.Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap
harinya tidak
membaca seratus ayat.

3.Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak
sembahyang dua
rakaat.

4.Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian
tidak memberi salam
dan mendoakan ahli kubur.

5.Seorang yang sampai di suatu kota pada hari
Jumaat kemudian tidak
sembahyang jemaah.

6.Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang
alim, tiba-tiba
tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7.Dua orang yang bertemu di perjalanan dan
masing-masing tidak
menanyakan nama kawannya itu.

8.Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak
datang.

9.Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu
belajar ilmu dan
kesopanan.

10.Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa
tetangganya lapar,
tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.
bersabda, "Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat..."
There was an error in this gadget

Follow by Email