Teman-temanku

Google+ Followers

Tuesday, October 2, 2012

Modul Usrah Remaja: Gosip Mak Jemah

REMAJA..??
 Darah panas
 Aktif
 Mudah bosan
 Dinamik

Usrah untuk remaja ni perlu kreatif. Naqib/ah tak boleh terlalu slow. Hari ni Che Long nak share satu modul usrah umum yang mungkin menarik. CL pernah try bawak modul ni beberapa kali bila melibatkan remaja. Biasanya modul ni sesuai untuk remaja peringkat umur menengah rendah dalam kuantiti yg ramai (lebih dari 15 orang). Modul ini juga sesuai dijadikan slot pengisian dalam kem-kem motivasi dll.

~Modul ni CL dpt idea lps tengok Korean Reality Show yg tgh femes skrg ni: Running Man.~

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TAJUK:-
Gosip Mak Jemah

OBJEKTIF:-
1. Memberi kefahaman kepada remaja tentang keburukan gosip/mengumpat yang datang dari sumber yang tak jelas boleh membawa kepada kesan yang buruk.
2. Memberi kefahaman tentang kepentingan menjaga aib orang lain.

BAHAN:-
-Jam
-Wisel
-6 keping kertas A4 bertulis klu (Lembu, Lipan, Rumput, Kipas, Telefon, Penyapu) 
(Semua perkataan ini perlu ditulis dlm saiz besar menggunakan marker. Perkataan ini boleh divariasikan mengikut kehendak naqib @ fasi.)
Contoh klu yang ditulis di kertas A4.


LANGKAH-LANGKAH:-
a) Peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mestilah minimum terdiri daripada 5 orang. Setiap peserta akan diberikan kertas A4 yang dilipat kepada 6 kotak.
Kertas A4 yang dibahagikan kepada 6 kotak.

b) Peserta dikehendaki beratur dalam satu barisan yang lurus yang berjarak 1/2 meter antara satu sama lain.

c) Peserta pertama dari setiap kumpulan akan menghadap naqib @ fasi, manakala peserta yang lain akan membelakangi naqib/fasi.

d) Peserta pertama akan didedahkan dengan klu yg pertama. Peserta tersebut dikehendaki melukis perkataan yang ditunjuk dalam masa 10 saat dalam kotak yang pertama. Fasi akan mengira masa. Setelah cukup masa, fasi akan menyembunyikan perkataan tersebut.

e) Setelah 10 saat telah tamat dan wisel ditiup, peserta pertama perlu pusing ke belakang mencuit bahu peserta kedua dan menunjukkan lukisannya kepada peserta kedua tanpa bersuara (Semua peserta dilarang keras dari bersuara). Peserta lain yg belum dicuit bahu perlu diam dalam kedudukan mereka.

f) Peserta kedua dikehendaki melukis kembali apa yg dilihatnya dari lukisan peserta pertama dalam masa 7 saat. Setelah cukup masa 7 saat, wisel akan ditiup. Maka, peserta pertama akan kembali menghadap ke depan bersama dengan lukisannya. Peserta kedua perlu pusing ke belakang untuk mencuit peserta ketiga pula.

g) Peserta ketiga akan melukis pula lukisan yang dilukis oleh peserta kedua tadi dalam masa 7 saat juga. Turutan ini akan berterusan hingga peserta yang terakhir. Bezanya peserta terakhir tidak perlu melukis, sebaliknya peserta terakhir perlu meneka apakah jawapan bagi lukisan yang dilukis oleh peserta yang kedua terakhir. Jawapan peserta terakhir akan dibisikkan ke telinga naqib @ fasi. 

h) Naqib @ fasi akan mencatat setiap jawapan peserta. Modul akan diteruskan dengan klu-klu seterusnya sehingga selesai. Kumpulan yang paling banyak jawapan yang betul diumumkan sebagai pemenang.

i) Untuk lebih menceriakan suasana, naqib @ fasi boleh menyemak kembali lukisan-lukisan yang dilukis oleh peserta sepanjang modul dijalankan.
Ini adalah kemungkinan gambar LEMBU yg cuba dilukis peserta. huhu~~

CHE LONG PATENT (C).

Lensa Che Long: Selamat mencuba! (^_^)v

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email