Skip to main content

Melawan hawa nafsu

Bismillah...

Seorang murabbi yang CL hormati dan kasihi pernah sebut begini,
"Syaitan ni dah tarbiyah anak didik dia 11 bulan dah sebelum tibanya Ramadan. Jadi, syaitan iblis tak risau untuk tinggalkan anak-anak didiknya untuk sebulan saja (kena ikat dalam bulan Ramadhan)."

Lucu bunyinya perumpaan murabbiku ini, tapi benar. Amat benar!
Syaitan tinggalkan kita dalam bulan Ramadhan ini dengan hawa nafsu yang gemuk-gemuk... Sebagai bekalan membuat kemungkaran di sepanjang Ramdhan yang mencabar ini, heh!

Buktinya,

1. Pakaian
Bila kita ke bazaar Ramadhan, aurat para gadis, wanita bahkan ibu-ibu tak kalah daripada bulan2 lain. Bahkan lebih menggoda lagi. Tergugat iman para lelaki yang memandang. Kesian diorang, datang ke bazaar sebab nak beli makanan untuk berbuka Maghrib nanti. Tup-tup, dah dapat berbuka free dengan halwa mata sejak jam 5 petang lagi, huhu.. Oh, wanita...

2. Makanan
Waktu bukan Ramadhan, masing-masing makan seperti biasa saja. Tapi bila dah Ramadhan, penuh jari membimbit beg plastik juadah berbuka. Kalau dimakan semuanya tak mengapalah. Masalahnya, baru 3 mulut dah mula rasa kenyang dan makanan yg tadi banyak mcm buffet ditolak ketepi. Konon nak makan moreh atau sahur, tgk2 dah basi dan ke tong sampah la jawabnya. Membazir tak sudah2.. Kalaulah beli makanan yang banyak tu untuk disedekahkah kepada orang2 susah kan bagus tu...

3. Terawih
Solat sunat yang satu ni memang takde dah bulan lain, Ramadhan aje.. Tapi, masyaAllah liatnya nak pergi surau/masjid untuk terawih kan? Kalaulah dalam taman tu ada 50 buah rumah, saff solat ada 4 baris aje (2 saff lelaki, 2 saff perempuan). Yang datang pulak, yang tua2 saja (yang solat pun dah kena guna kerusi). Yang muda2 kemana tak tahu la, berapa kerat saja yg ada...
Ha, ada!!! Kat shopping mall.. Butik-butik pakaian... Kedai-kedai makan... Yang duk dating pun ada oo.. Tak sabar nak raya katakan.. Tak puas lagi melantak makanan katakan...
Hopefully, kalau tak mau buat yang sunat pun, yang wajib jangan pulak ditinggalkan..

4. Tadarus
Aktiviti yang satu ni memang popular dan MELETOP engkau kalau bulan Ramadhan ni! Tapi itulah, tak sepopular ABPBH atau AJL atau Shout Awards atau Beach Party atau Bubble Party atau Pertandingan Joget Lambak atau Pertandingan Karaoke atau Kilauan Emas atau Popstar atau Battle of The Band atau keraian lain yang sewaktu dengannya. Hiburan dalam aktiviti tadarus ini adalah AL-QURAN. Baca ramai-ramai, seronok. Kalau kita salah, partner/ahli grup tadarus akan tegur untuk dibetulkan. Kalau dia pulak baca salah, kita pulak yang tegur.
Tapi tak ramai yang minat. Kalau dibuat program, golongan ibu-ibu atau kariah masjid dan AJK penganjur sajalah yang mengimarahkannya. Kemana habis orang muda, teruna2, gadis2, mek2, awek2 yang comel lote macam anak Korea belaker tu... Kalau yg pompuan, takkan la period belaker, sampai dalam satu kampung tu ada 2, 3 orang je yang muda2.. Haish, nak wat isteri acanner ni.. (gurau2 pedas manja je ni)

5. Mengumpat
6. Produktiviti menurun
7. Layan drama Korea/Melayu jiwang/omputih seksi bangat/Indon/Filipina samada di panggung/tv/pc
8. Layan video atau majalah porno
9. Clubbing atau karaoke
10. Dating dan chatting dengan marka (gf @ bf)

Banyak lagi, tarbiyah syaitan yang berjaya dipasakkan menjadi hawa nafsu yang kental. Kotoran degil yang susah nak luntur dengan clorox biasa.

Pesan murabbiku lagi,
"Nak tengok diri kita terkesan atau tidak dengan madrasah Ramadhan, tengok selepas Ramadhan ni, adakah perangai kita masih di takuk yang lama atau berubah menjadi lebih baik. Di situ juga menjadi kayu ukur samada pengampunan dari Allah terhadap dosa2 kita dapat ataupun tidak."


Bacalah ini selalu..Tiap2 malam Ramdhan ni, especially 10 mlm terakhir..

Lensa Che Long: Yuk, pulun 10 Malam Terakhir ni! Clorox baik punya ni.. Berdoalah semoga ditemukan dengan Lailatul Qadar yang mulia tahun ini, insyaAllah.. Who knows, maybe next year I'm not even in dunya anymore..

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant?
Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar..

1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2.
Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belakang The Store. Kat situ m…

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha..

Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah.

Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin..

Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT.

Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memikirkan …

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu (Pt 2)

Bersambung dari kisah cabut gigi bongsu yg dulu tu... CL balik kluster konon nak sambung buat kerja. Tak sampai 15 minit duk depan beloved lappy, tetiba kepala bahagian kanan terasa berdenyut. Nyut, nyut, nyut, nyut... Sakit bukan main lagi.  Efek ubat kebas dah mula hilang.  Efek belahan pisau tajam si dentist mula menunjukkan belangnya.  Tenaga semakin susut.  Darah makin banyak. Nak telan geli, tapi bila kumur makin banyak darah keluar.  Berjejeran air liur di atas bibir bawah yang masih kebas. 
CL memang dah tak tahan. Hampar toto dalam kubikal dan baring.  Ke kiri sakit, ke kanan sakit, menelentang sakit apatah lagi meniarap.  Duduk sakit, berdiri sakit, bertinggung sakit, berjalan pun sakit.  Betul-betul tak tahu nak buat apa dah.  Telan painkiller pun dah tak ada kesan. Nak menangis tak keluar air mata.  Nak mengerang tak keluar suara. 
Sentuh pipi sendiri pun rasa sakit. Sakit bercampur kebas yang bukan main lagi peliknya rasa. Rasanya kebas tu kalah bibir seksi Angelina Joli…