Teman-temanku

Google+ Followers

Thursday, October 10, 2013

Cinta Pendosa (Part 1)

"Saya tak tahu macam mana nak lupakan dia kak. Saya dah cuba, tapi susah. Rasa sakit sangat hati saya setiapkali perasaan tu datang. Tolong saya kak.." Gadis itu bersuara lirih. Matanya tunduk ke bawah. Entah apa yang dipandangnya.

Aida melipat kaki duduk bersila kemas di atas katil bujangnya. Cuba mengatur ayat yang paling sesuai buat gadis comel bermata bundar di hadapannya kini. Dengung kipas siling yang berputar ligat bertingkah suara dengan alunan perlahan lagu Zikir Terapi "Subhanallah" dari komputer ribanya. Gadis berusia 21 tahun itu seorang junior yang sering dibawanya dalam bulatan gembira. Gadis itu hadir membawa sekeping luka di hatinya untuk dirawat bersama. Luka di hatinya disebabkan seorang lelaki yang dikasihinya. Namun, kasih itu cerita terlarang. Terlarang kerana batasan agama.


"Mimi, jangan cepat putus asa. Akak tahu, awak boleh lupakan dia punya. Yang penting, awak ikhlaskan niat di hati awak kerana Allah. Kalau awak paksa diri semata-mata kerana nak ikut rentak orang lain, memang takkan jadi. Kalau awak paksa diri kerana Allah, pasti boleh. Percayalah cakap akak ni." Aida cuba meyakinkan Mimi. Tangannya menepuk perlahan bahu Mimi. 

Mimi hanya mengeluh perlahan. Tangan kirinya bermain-main dengan hujung bantal yang dipeluknya. sambil tangan kanannya menongkat dagu. Dahinya berkerut, bagaikan ada sesuatu yang amat berat ditanggung perasaannya kini. Aida cuba memberi ruang untuk Mimi berkelana di ruang mindanya. 

"Kak, saya sebenarnya rasa malu dengan akak dan sahabat-sahabat lain. Saya rasa rendah diri dan tak layak. Saya jugak rasa tersepit antara 'dia' dan perasaan baru yang saya tengah rasai sekarang ni." Setelah agak lama menyepi, Mimi sekali lagi meluahkan isi hatinya. Barulah Aida faham apa yang sebenarnya memberati perasaan Mimi.

"Perasaan baru apa yang Mimi maksudkan?" Aida cuba mengorek lebih dalam apa yang ada di hati gadis itu. Sungguh, dia tidak akan membiarkan gadis ini terumbang-ambing di dalam dilemanya. Aida benar-benar ikhlas mahu membantu.

"Mimi suka dengan program-program yang selalu akak dan kawan-kawan akak buat. Usrah, solat jemaah, tadarus dan tadabbur Quran, picnic sama-sama, kem, diskusi bab-bab ilmiah.. Mimi rasa jiwa ni terisi dan lebih dekat dalam mengenal agama. Mimi rasa lebih dekat dengan Allah. Tapi kak.. Pada masa yang sama, bila Mimi makin dekat dengan semua benda baik ni, Mimi rasa macam ada benda yang tak setel dengan diri Mimi sendiri. Mimi rasa macam hipokrit! Seolah-olah ada dua personaliti dalam diri Mimi. Satu nak ke arah kebaikan. Dan, satu lagi nak terus kekal dengan life-style Mimi yang dulu-dulu sebab Mimi tak yakin mampu untuk terus kekal dalam jalan kebaikan ni. Kenapa Mimi jadi macam ni kak?" Panjang lebar huraian Mimi dan diakhiri dengan soalan. Anak matanya kini tertancap di bola mata Aida. Bersungguh mahukan jawapan.

Aida mengangguk-angguk. Silanya diperkemas. Mug berisi air kopi Radix yang masih suam disuakan kepada Mimi. Mimi mengambil dan meminumnya seteguk. 

"Mimi.. Itu semua normal. Dalam hati kita ada hawa nafsu. Di luar ni pulak, ada godaan syaitan  yang memang takkan pernah suka dengan manusia yang nak berubah ke arah kebaikan. Nak cari redha Allah, memang syaitan akan perang habis-habisan dengan kita. Macam-macam perasaan negatif dia akan tanamkan dalam hati kita. Sebab apa syaitan buat macam tu? Sebab dia takut umat Muhammad akan lebih ramai di syurga berbanding teman diorang bergelumang di neraka." Aida menarik nafas sebentar sambil cuba menganalisa apa yang terlukis di hati Mimi kini.

"So, apa yang Mimi perlu buat adalah, once you take a step, never look back and move forward. Pray and tawakkal, then ignore the rest." Aida menghabiskan ayatnya dengan berkongsikan prinsip hidupnya buat Mimi. Mimi hanya diam tidak berkutik.

"Berbalik pada persoalan awal yang Mimi tanyakan pada akak tadi. Tentang perasaan Mimi terhadap si dia. Akak nak Mimi berterus-terang dan jujur dengan akak. Mimi dan 'dia' masih saling kontek ke? Korang berdua masih ada perasaan antara satu sama lain ke?" Aida sekali lagi cuba menggali akar persoalan kemelut perasaan Mimi.

"Saya... Kami.." gugup bicara Mimi kali ini. Tunduk lagi pandangannya kini ke lantai. Menguis-nguis hujung kakinya sendiri. 

"Yes Mimi? I'm waiting.." lembut Aida bersuara.

"Sejujurnya kak, memang kami masih saling kontek. Dan kami memang ada perasaan kasih tu lagi.. Tapi, dia pun dah pesan supaya kami kurangkan berhubung. Saya sedar apa yang dia pesan tu antara langkah terbaik untuk kami berdua saa-sama berubah. Tapi, saya ni yang tak mampu kak. Saya takut kehilangan dia. Perasaan tersepit ni menyebabkan saya rasa amat lemah kak.." Lirih suara Mimi menuturkan kata satu persatu. Sebutir air mata mengalir dari tubir matanya. 

"Mimi.. La tahzan. Jangan bersedih.." Tenang Aida menuturkan bicara.

::To be continued::


Lensa Che Long: Heheh, nak try bercerpen la pulak... Padahal, tak ada orang nak baca pun, haha. Nak sambung bila pulak tak tahu la. Kalut ngan projek lani.

1 comment:

  1. kak, sape kate xde org baca...ada silent reader di sana yang sentiasa baca nukilan akak...dan saya? xdelah silent reader sangat..wakakaka..siapa silent reader tu? mana boleh bagi tahu..nanti xjd rahsia..hahaha..cepat sambung kak! nak baca nih!!!!!!

    ReplyDelete

There was an error in this gadget

Follow by Email