Teman-temanku

Google+ Followers

Monday, August 1, 2011

Hikmah Terawih..

Salam Ramadhan...

Akhirnya Ramadhan yang ambo nanti pun menjelma. Rindu sungguh ambo pada Ramadhan kali ini. Entah kenapa, ambo pun tak tahu kenapa. Mungkinkah ini Ramadhan ambo yang terakhir? Wallahua'lam.. Tapi, "andainya ini Ramadhan terakhir, layakkah kita untuk berhari raya?" Itulah tagline majalah Solusi keluaran bulan ini. Cukup menyesak jiwa dan mendesak minda untuk berfikir dan menelah lebih jauh lagi.

Tanggal 30 Julai 2011 yang lalu, genaplah ambo berumur 23 tahun. Ramai yang mengucapkan salam dan selamat buat ambo. Bahkan ada yg meraikan Hari Tua amb tue dengan kek. Bukan satu, tapi dua.. Walaupun, ambo tidaklah obses sangat dengan manisan itu, tapi ambo gembira bila teman-teman cukup menghargai Hari Tua ambo tue. Bukan apa..ambo nih tak biasa dengan sambutan jenis nih. Keluarga ambo bukan jenis yang meraikan besday ke hapa benda.. Seingat ambo, first-time Hari Tua ambo diraikan dengan meriah pada ketika umur ambo 11 tahun (Darjah 5), itupun kebetulan ambo khatam Quran, jadik Ummi ambo buatlah kenduri bihun goreng sikit. Ummi suruh ajak kawan-kawan ambo datang rumah makan bihun goreng. Takde kek pun time tue..
Second-time, diraikan dengan agak meriah, tahun nie la.. 4 tahun ambo di IPT, Hari Tua ambo tak pernah dirai sebab biasanya tarikh 30 Julai tue, time cuti semester. Tapi, memang ambo tak kisah sangat pun. Kadang-kadang ambo tak ingat pun yang hari tu adalah ulangtahun kelahiran ambo ke bumi Allah nih.

Tapi, takdir Allah telah menentukan ambo demam puloks dohh time Hari Tua ambo nih. Campur sakit pinggang pulak, mmg teruk! Memang terasa tua sangat lah! Waktu ni la baru teringat nikmat sihat yg Allah duk bagi selalu, tapi tak ambo syukuri dan hargai.. Biasanya ambo boleh buat stretching badan "tangan sentuh kaki yg berlunjur, dan kepala rapat ke lutut", tapi kali nih susah betul nak buat. Kepala langsung tak dapat cecah lutut. Pinggang sakit giler (ayat budak muda zaman kini)..Nak solat susah. Sebijik macam org tua. Kalau dah berdiri, nak rukuk pulak susah. Kalau dah rukuk, nak sujud pulak susah. Kalau dah sujud, nak bangun berdiri balik pulak susah. Campur pulak selsema dan batuk. Memang susah betul nak khusyuk.

Waktu nih, terharu ambo teringat kisah Saidina Ali yang cedera dalam perang. Betisnya ditusuk anak panah. Nak buang dalam keadaan sedar, amat sakit rasanya. Lalu, Saidina Ali mengerjakan solat dua rakaat lalu meminta pada sahabatnya agar mencabut panah ketika dia sedang solat. Lalu, pabila dicabut panah itu ketika Ali sedang solat, tiada kesan kesakitan di wajah Ali. Itulah gambaran khusyuknya solat Ali sehingga melupakan terus dunia sekeliling termasuk rasa sakit. Hebatnya Ali, lemahnya ambo..

Mengaji Quran pulak jadik lelah. Biasanya, boleh habiskan satu ayat dalam satu nafas je. Tapi kali ni, satu ayat, dua tiga kali nafas, baru lepas. Setiap satu ayat kena berhenti lama, amik nafas. Macam orang main marathon tue.. Target ambo: Sebelum masuk Ramadhan, mesti dah habis baca 10 juzuk (biasalah..penyakit org perempuan kan..kena la prepare awal2, nnti takut tak sempat nak khatam Quran time Ramadhan..). Tapi, esok dah 1 Ramadhan, ambo masih duk juz 7 lagik. Harap2 sempat la cover nanti..amin!

Maghrib tadi, Allah memberikan kesempatan untuk ambo dan kawan-kawan serumah ke kuliah maghrib. Sebelum Isyak nanti akan ada pengumuman puasa oleh pemegang mohor diraja. Esok InsyaAllah puasa. Di kuliah maghrib, kehadiran makmum masih lengang tika itu. Sakit pinggang yang menyucuk ambo tahan saja. Kesan dadah (ubat panadol) yg ambo telan tadi petang makin berkurang, dan sakit makin terasa. Sabarlah hati.. Ustaz bacakan hadis Rasulullah s.a.w.. Mafhumnya lebih kurang begini:-

Jika dibuat 2 perkara dari 4 perkara dalam bulan Ramadhan ini, maka redha Allah bersamanya. Manakala dua selebihnya lagi, memang manusia memerlukannya.
1. Perbanyakkan sebanyak-banyaknya ucapan 'La ila ha illallah..'
2. Perbanyakkan sebanyak-banyaknya ucapan 'Astaghfirullah..'
3. Perbanyakkan sebanyak-banyaknya memohon diberikan syurga dan dihindarkan dari neraka Allah..
4. Yg ke-4 ni kalau tak silap perbanyakkan beribadah rasanya.. (sebab kepala ambo tgh berputar-putar time nih, huhu..)

Tepat jam 8.53mlm, ustaz hentikan kuliah, dan azan Isyak pun berkumandang dari muazzin kecil yang syahdu suaranya menusuk jiwa. Isyak disempurnakan. Dan solat sunat terawih 10 rakaat pun dilakukan. Entah kuasa ajaib mana yang menyerap, sakit pinggang ambo tak terasa sepanjang terawih. Mungkin gerakan dalam solat yg diulang-ulang menjadi seumpama senaman stretching yg biasa ambo buat, melenturkan otot supaya kurang kejang. Alhamdulillah... inilah hikmah beribadah. Mungkin! Siapa tahu..wallahua'lam.

Lantunan ayat-ayat Quran dari surah al-Baqarah oleh Imam terasa lembut sekali meyapu gegendang telinga yang sudah acapkali dengan maksiat. Gema selawat buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w terasa cukup membahagiakan. Tatkala ini juga, ambo jadi rindu pada arwah abah. Kalau di kampung, ambo akan membonceng motor buruk abah untuk solat terawih di masjid tua kampung ambo. Teringat Ummiku yg mgkin sedang batuk-batuk di mesin jahit kerna habuk kain tempahan orang sempena Hari Raya. Mungkin mata Ummi merah seperti selalu kerana terlalu berteleku menyembat kain baju. Terbayang wajah adik-adikku yg meniarap di lantai membuat kerja sekolah mereka masing2 bertemankan lampu kalimantang nan satu dan nyamuk ganas yang tak pernah kenal erti penat menghisap darah mereka.

"Ya Allah, ampunilah segala dosa dan maksiat yg sering aku lakukan terhadap-Mu.. Ampunilah juga dosa kedua ibu bapaku yg telah menjagaku sejak dari kecil lagi. Bimbinglah aku Tuhan... Jangan tinggalkan aku Tuhan.. Aku memerlukan Engkau, Tuhan.. Siapalah aku tanpa-Mu.. Aku hanya hamba-Mu yg kerdil dan tidak mampu berbuat apa2 tanpa kehendak dan pertolongan dari-Mu..Ya Allah, Kau lapangkanlah kubur abahku. Jadikanlah aku anak yg solehah yg mengamankan kubur abahku. Pertemukan Ummiku dengan jodoh yg soleh yg dapat membimbingnya dan membimbing kami ke jalan yg Engkau redhai. Permudahkan urusan keluargaku dan saudara2 seagamaku untuk menegakkan agama-Mu di muka bumi Allah ini. Bantulah aku untuk menjadi insan yang solehah, yang dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.. Janganlah Engkau singkirkan daku dari jalan orang2 yg Engkau kasihi. Pertemukan aku, keluargaku dan sahabat2ku dengan Rasulullah, keluarganya dan sahabatnya di syurga kelak. Pertemukan aku, adik2ku dan saudara2ku dengan jodoh yg soleh, solehah yg dapat membimbing kami ke jalan yg Engaku redhai.. Jauhkah aku dari neraka dan murka-Mu.. Kurniakan daku dengan syurga-Mu, ya Allah.. amin!"

~~itulah doaku setiap kali~~

Jom, kita puasa habis-habisan kali nih. Mana tahu, mungkin ini Ramadhan terakhir buat kita!

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email