Teman-temanku

Google+ Followers

Wednesday, August 3, 2011

Program Sarjana/Doktor Falsafah (MsC/PhD) di Unimap

okes..
apa makna tajuk kat atas tue? ada paham tak?

gini..meh ambo nak citer skit.. (^_^)

Sebesar-besar Malaysia nih, setakat ni hanya Unimap satu2nya IPT yang ada program MSc/PhD nih tau! IPT lain takde lagik. Apa yang menarik sangat dengan program nih? Ok meh nak bagitau..
(Kepada yang berminat nak sambung belajar je tau. Kepada yang nak kerja dulu selepas grads, boleh gak baca, kot2 la minat nak sambung ke pasni kan..wink!)


KRITERIA PROGRAM MSC/PHD:-
1. Korang hanya perlukan PNGK 3.30 dan ke atas untuk apply program nih. (tapi, kat Unimap jer la tau). Tapi, kalau dah dapat first-class degree tue, apply jer la PhD terus..hehe.

2. Korang akan mendaftar sebagai pelajar pre-PhD.

3. Setelah setahun berlalu dengan pelbagai aktiviti research korang, akan muncullah sesi viva. Sesi nih akan menentukan samada korang masih layak bergelar student PhD atau perlu down-grade jadi student Master (kalau tak perform dalam viva tue la, so buat la elok2 viva tue kalau nak kekal jadi student PhD).

4. Korang boleh apply program nih utk apa2 bidang pun yg korang berkenan di hati.

5. Kata Prof ambo, program nih adalah untuk bagi peluang kedua kepada student 2nd-class upper yg mgkin tak dapat nk perform masa zaman degree-nya dulu disebabkan perkara2 yg tak dapat dielakkan.


KELEBIHAN PROGRAM NIE:-
1. Katakan korang graduate degree pada umur 23 tahun. Pastu korang amik program nih, setelah dicampur dengan segala kesungguhan dan dedikasi yg tidak berbelah bahagi, insyaAllah pada umur 25 atau 26tahun (dalam masa maksimum 3 tahun jer) , korang dah boleh dapat title Dr. !!

2. Well, apa yg best sangat dengan title nih? Untuk pengetahuan korang, KPT sekarang nih dah mula nak perbanyakkan lecturer yang ber'title' Dr. di setiap IPT. Lulusan Master dah makin dikurangkan kuotanya.. Tempat mungkin masih banyak lagi untuk siswazah yg sedang sambung Master sekarang, tapi mungkin makin berkurangan bagi yg nak sambung dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang. (Ini ambo dapat dari sumber yg boleh dipercayai tapi tidak boleh dibocorkan lagi siapakah sumber tepatnya)

3. Dengan ada title Dr. nih jugak, INSYA-ALLAH, permohonan korang untuk jadik lecturer di mana2 IPT pun TIDAK AKAN DITOLAK. Sekali lagi ditekankan perkataan 'InsyaAllah..'.

4. Kalau dah title Dr. tue, gaji die tue paham2 jer la.. Paling kurang pun gaji pokok kepala '4' atau '5'.. Boleh la korang nak guna utk percepat bayar hutang PTPTN, tanggung adik2 yg masih belajar lagik, bantu mak-ayah yg mgkin dah tak larat nak kerja, membantu org susah, membantu masyarakat, dan yg paling PENTING untuk bantu jana ekonomi UMAT ISLAM! kan?

kalau nak maklumat lanjut ttg program nih, korang boleh kontek PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIMAP.
nak link die ke?
tak yah la ek.. taip jer kat Mr.Google, nanti kuar ar list yg sepatutnya tue..hehe.
So, gud luck guys!

Ambo kata: Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Di mana takde kemahuan, di situ ada dalih!





1 comment:

  1. Assalamualaikum,,sy nk tanya,,kalau apply master/phd nie,,ade x bantuan kewangan ape2 drp kerajaan slain drp mybrain,,or maybe kena bergantung 100% kpd elaun research kita??tq..hehe

    ReplyDelete

There was an error in this gadget

Follow by Email