Skip to main content

ISU HUDUD: CEKOH DURIAN IKUTLAH PAKSANYA..


Posted by Dr Azman Ibrahim
Tahniah dan syabas kepada Tuan Guru Mursyidul Am atas kenyataanyang tegasberfakta dan berhemahserta penuh berhikmat yang telahmenutup mulut-mulut yang mengomelitu dan ini berkenaan hukum Allah yang bernama Hudud!
Tuan Guru NIk Aziz NIk Mat ~semoga dirahmati Allah sentiasa.

Sesuatu perkaraapabila kitakembali kepada kaedah yangsebenar dan rujukan yang sohehpencerahannya begitu mudah dimengertikansekalipun oleh mereka yang masih mengingkarinya tetapi akan ketandusan hujahuntuk menafikan hakikat  yang terserlah.

Orang tua-tua ada bidalannya, ‘Bila nak belah buah durian, cekohlah ikutpaksanya…’ Bunyinya biasatapi maknanya sangat mendalam. Sesuatu perkara,lakukanlah ia mengikut kaedahnya dan dilakukan oleh mereka yang ahli nescaya iaakan selesai dengan cara yang terbaik. Durian… Walaupun kulitnya kelihatanberdurikita tak perlu tukulgergaji serta kapak besar untuk menikmati isinya yangenak.

Bidalan ini saya dahulukan dengan keampunan saya pohonkan andainya iadianggap sebagai teguran tak beradab seorang pimpinan kecil seperti saya dalammenyuarakan pandangan kepada segelintir pimpinan atasan yang sukamenggunakan gergajitukul dan kapak besar tanpa mahu memanfaatkan paksadurian yang telah sedia adasehingga riuh rendah bunyinya tapi isinya tak dapatdinikmati.

Perhatikan senario yang telah berlaku… Seorang kata Hudud belum sesuaidilaksanakanseorang lagi menyambut dengan menyatakan rakyat perlu terlebihdahulu diberi kefahamanseorang lagi menyatakan polemik hudud adalah sesuatuyang sihat sehingga jadinya hingar-bingar!

Untuk apakah semua ini wahai para pimpinan yang dihormati? Tak semua hukumAllah yang telah diputuskan dengan dalil yang qat’ie (putusboleh dihuraikandengan hujah akal fikiran tanpa kita kembali kepada sumber rujukan yang asal.Kalau kita tidak berkemampuan untuk merujuk kepada masdar (sumber) yangmuktabarbukankah diam lebih baik dan selamat? Biarlah mereka yangberkeahlian bercakap dan berhujah.

Para pimpinan berkenaan yang dihormati. Dalam politikpopulariti memang suatufaktor pentingtetapi bukannya dalam semua perkara kita perlu menjadi populis!Tak ada sesuatu yang dapat mengatasi faktadalil dan hujah yang telah tersediadalam Syariat Islam. Berpadalah dalam kita membina populariti.

Tentunya para pimpinan yang semuanya yang berpendidikan tinggi lebih mengertidari kami yang sekadar aktivis cabuk peringkat kampung bahawa berbincang,berdiskusiberhiwar serta berpolemik ada adab dan kaedahnya. Apatah lagi kitaberada di dalam Jamaah Islam yang kami di kampung-kampung diajar danditarbiyah supaya berdisiplin dan disiplin antara faktor penting ke arah kejayaandan kemenangan.

Bila kita berkata-kata kepada publickita tidak bercakap mewakili batang tubuhkita seorangtetapi kita bercakap atas nama Parti Islam yang kita sayangiLagikankita bercakap perkara yang baik dan betultetapi tetap diterbalikkan maksudnyaoleh media arus perdanainikan pula bila lidah kita yang tidak bertulang mengomenitu dan ini dan tambah-tambah lagi bila menyentuh persoalan hukum Allah secaramendatar tanpa asas dalil dan hujah syar’ie..

Para pimpinan berkenaan yang dihormati. Adalah merugikanbila kita bersikapmeruntuh dulubaru nak membina semula. Dalam dunia tanpa sempadan dewasainisebaris statement kitaseantero negara ianya tersebar dalam detik yang begitupantas. Risikonyarespon positif atau negatif. Janganlah setelah kenyataan kitaditegurdikritik dan dikecambarulah sibuk kita nak cari wartawan semula untukbuat kenyataan balas dan mencari hujah untuk memperbetulkan semula. Bukansemua benda boleh diundur balik. Ianya bukanlah terlajak kata badan binasatapiterlajak kataparti kita tanggung akibatnya. Ingatlahkita hanya memerlukan sesaatuntuk meruntuhkantapi kita memerlukan masa bertahun untuk membinanyasemula.

Demi perjuangan yang sama-sama kita dokongifikirkanlah mudharat dan maslahahsebelum kita bertindak. Saya bukanlah seorang yang berilmu keislaman tinggi untukmenasihatkan para pimpinan yang berkenaan supaya menjaga batas-bataspercakapanbimbang ianya menyentuh persoalan aqidahtetapi saya cukupmeyakini bahawa semua pimpinan kita telah ditarbiyah oleh ulama’-ulama’ yangcukup memahami dan berhati-hati dengan dengan batas-batas aqidah yang telahditentukan oleh Allah.

Para ulama’ inilah yang akan terus menerajui kitakekal istiqamah denganperjuangan untuk menegakkan syariah Allah termasuk hudud di atas muka bumiMalaysia. Kita tetap bercakap dengan bahasa, nada dan ketegasan kita. Tidak adajual beli dalam soal prinsip dan pegangan. Kita juga meyakinikerana prinsip danpegangan inilahkita dihormati oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat. Kita bertahalluftanpa perlu mengorbankan apa yang telah kita pertahankan dan perjuangkanpuluhan tahun dulu dan kita akan terus perjuangkanAllahu Akbar!

Lensa Che Long: Dipetik dari http://www.drazmanibrahim.com

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi...

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belak...

TEMUDUGA ONE OFF SPP JAWATAN DG41

Esok bertarikh 11/10/2021 adalah hari penentuan CL setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia pendidikan. Adakah cita cita sedari kecil untuk menjadi seorang pendidik bakal dicapai atau tidak, kita serahkan pada Allah swt untuk menentukannya. Apa yang Allah takdirkan, sudah tentu itu adalah yang terbaik insha-Allah. CL bukanlah graduan ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dari mana-mana IPT. CL hanyalah seorang graduan ISM Kejuruteraan. Tapi, minat mendalam dalam bidang pendidikan tak pernah padam, tak pernah lekang di jiwa. Ia sentiasa membara dan meluap-luap seperti lava di dalam kerak bumi di gunung berapi Sinabung. Peluang untuk temuduga esok hari perlu CL manfaatkan sebaiknya supaya beroleh peluang untuk berkhidmat dan menumpahkan bakti buat nusa bangsa. Selepas berhempas pulas menyambung pengajian dalam DPLI UniSZA, mungkinkah ini bakal menjadi titik permulaan suatu sejarah baharu? Kita tunggu dan lihat nanti. CL masih ingat mutiara kata seorang pensyarah yang amat CL segani d...