Teman-temanku

Google+ Followers

Tuesday, December 14, 2010

Maal Hijrah


"Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa sohbihi wa baarik wa sallim"

Saudaraku..
Sedar atau tidak, umat zaman kini makin melupakan Rasulullah..
Lupa terus pengajaran sebenar Maal Hijrah.
Adakah cukup kita anjur atau sertai majlis atau program Maal Hijrah, kemudian balik tidur dan hidup seperti hari-hari biasa umpama sirah penghijrahan Rasulullah dan sahabat2 tak bermakna apa-apa?

Tengok lah, marcapada ini ramai betul yg menentang sunnah Rasulullah?
Dari segi pergaulan sosial, pemakaian, budaya, siasah, akhlak, kegiatan ekonomi dan lain-lain semua berkiblatkan Barat! Islam as the way of life lelah bernafas dalam udara modenisasi kini..

Saudaraku..
Betapa sukarnya Rasulullah s.a.w berjuang menegakkan Islam untuk kebaikan dan bekalan umat baginda. Menderita sejak kecil kerna Allah ingin membina kesabaran yg tinggi dalam peribadi Rasulullah sebagai bekalan membawa cahaya kebenaran yg ditentang oleh segenap musuh Islam ketika itu.
Ayahanda Abdullah meninggal, ketika baginda masih dalam kandungan.
Lahir ke dunia, kecapi kasih bonda Aminah sementara saja, kemudian bonda pergi.
Hidup bersama nenda Abdul Mutalib, nenda juga pergi tak lama kemudian.
Hidup pula bersama bapa saudara Abu Talib, tak lama kemudian juga pergi meninggalkan baginda.
Berkahwin dengan isteri yg mulia Siti Khadijah, isteri yg dikasihi juga pergi.
Siapa lagi di atas muka bumi ini, yg lebih menderita dari ini? Kita sederita inikah?

Misi membawa Islam di Thaif, akhirnya dibaling batu dan dihina, sehingga baju putih yg dipakai ketika pergi, pulangnya berwarna merah darah, sahabat..
Namun, masih berdoa agar umatnya mendapat hidayah Allah walaupun malaikat penjaga bukit menawarkan pembalasan dahsyat buat umat Thaif yg derhaka.. Murninya Rasulullah.. Kita semurni inikah?

Di Mekah, tengah sujud solat di Kaabah, dicurahkan najis dan perut unta yg busuk di belakang baginda, sehingga anakandanya Siti Fatimah datang membersihkan ayahnya dalam keadaan menangis teresak-esak..
Namun, Rasulullah sabar, mendoakan yg terbaik utk umatnya.. Kita semulia inikah? Kalau kita, tentunya paling kurang akan mendoakan kebinasaan penjahanam itu!!

Setiap hari, usaha baginda menyeru umatnya kepada Islam, dihina dan diperlekeh. Bahkan Rasulullah dipanggil gila dan penyihir. Namun, Rasulullah sabar dan masih terus berusaha... Bayangkan, kalau kita dipanggil gila pada hari ini sedangkan yg kita sedang sampaikan adalah benar belaka. Adakah kita diam? Sudah tentu saman malu atau laporan polis dibuat!!

Tak cukup dengan Rasulullah diugut bunuh, Muslim ditangkap dan diseksa sekejam-kejamnya kerana mahu meluluhkan hati Rasulullah.
Disula dengan tombak tajam.
Direjam dengan batu.
Diheret kuda di padang pasir yang panas.
Dihempap batu yg besar dan panas.
Dipukul cemati berbisa.
Dipulau oleh seluruh masyarakat Mekah. Jual beli kepada orang Muslim disekat. Makanan disekat. Minuman tiada. Hinggakan, Rasulullah mengikat perut dengan batu untuk menyembunyikan perutnya yang kurus kerna lapar.
Rasulullah dan sahabat-sahabat dibuang di bumi kelahiran mereka sendiri. Dihina serendah-rendahnya. Kita? Pernah sedahsyat itu penderitaan? Pernah?

Sahabat,
Kisah perjuangan ini bukan semudah menaip di papan laptop.
Tak semudah bercerita di dalam ceramah dan kuliah.
Tak semudah sekadar membacanya di perpustakaan yg berhawa dingin.
Perjuangan menegakkan Islam ini bukan hanya bermain dengan kata-kata manis saja.
Perjuangan ini bermain dgn darah, peluh keringat, air mata dan nyawa!
13 tahun lamanya penderitaan. Kalau dikira sejak kita lahir, kini kita di Tingkatan Satu.
Namun, Rasulullah dan sahabat-sahabat tak pernah berhenti dari berjuang untuk umatnya yang dikasihi.

Setelah mengalami pelbagai jenis penderitaan, kini arahan Allah tiba.
Hijrah ke Madinah.
Kumpulan demi kumpulan Muhajirin berpindah ke Madinah.
Islam akan ditegakkan di Madinah, setelah orang-orang Mekah menolak Islam. Kaum Ansar dengan seluruh kegembiraan akan kedatangan Rasulullah.
Menangis mereka dapat melihat sendiri wajah pembawa cahaya kebenaran!
Menangis tersedu-sedu Abu Ayub al-Ansari tatkala unta yg ditunggang Nabi berhenti di tanah miliknya, lantaran Nabi akan menjadi tamu di rumahnya.

Di dalam rumah baginda selaku pemimpin tertinggi umat Islam, hanya sekadar sebidang tikar usang, hampir tiada perabot, baju besi untuk tujuan perang. Terlalu sederhana. Pemimpin kita zaman ini? Rumah yg dibina beratus-ratus juta nilainya. Melampau-lampau mewah. Usahkan pemimpin, kita sendiri pun mewah bukan main. Tak salah bermewah, namun berpadalah sahabat. Usah membazir kerna membazir itu sahabat syaitan.

Islam!!!
Itulah yg Rasulullah perjuangkan hingga ke akhir hayatnya demi bekalan untuk umatnya yg tercinta.
Kasihnya Rasulullah pada kita, sehingga saat-saat akhir kewafatan baginda, tiada perkataan lain yg diucap baginda melainkan Umatku, umatku, umatku.. Bukan isteri-isterinya. Bukan anak-anaknya. Bukan sahabat-sahabatnya. Bukan hartanya. TAPI, umatnya!!!

Tegarkah kita membalas kasih-sayang Rasulullah dengan mencabut Islam, warisan dari Rasulullah yg tidak ternilai ini? Tegarkah kita menyisihkan pengorbanan Rasulullah demi hanya sebuah kehidupan moden yang sesat lagi alpa? Sanggupkah kita leburkan segala lelah jerih usaha Rasulullah dan sahabat-sahabat meletakkan Islam sebagai pegangan yg tertinggi demi mengejar kesenangan hidup janji kuffar yg sementara?

Tegarkah kita? Sanggupkah kita? Semurah inikah maruah kita sebagai umat Islam yg pernah menguasai 2/3 dunia? Sehina inikah maruah umat Islam sehingga buang Islam dari kehidupan seharian kita? Sebodoh inikah kita umat Islam untuk berkiblatkan Barat?

SAHABAT!!!
Aku seru pada semua! Tolonglah..... Dengarlah rintihan hatiku ini.
Kembalilah kita kepada ISLAM! Hayatilah kita akan perjuangan Rasulullah dan para sahabat! Sambutlah kasih sayang yg Rasulullah hulurkan sejak dulu lagi!
Jadikan maal Hijrah kali ini, turning point utk kita berubah menjadi umat Islam yg kembali kepada fitrah.

Adakah kita ingin kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa raga kita penuh lumpur dan kekotoran? Atau sempatkah kita bertaubat sebelum datangnya Malaikat Izrail, pencabut nyawa?

Sembahlah Allah dengan sebaiknya... Tutuplah aurat sebaiknya... Jagalah pergaulan dan pertuturan... Kembalikanlah Islam ke tempatnya yg tertinggi... Pasakkanlah Islam di dalam setiap aliran darahmu yg mengalir kesuluruh tubuhmu... Sebatikanlah Islam dalam setiap hela nafasmu...

Ambo kata: ALLAHUAKBAR!! Ambo berdoa kepada Allah s.w.t agar dipertemukan dengan pembaca-pembaca blog ini di syurga kelak. Menikmati senyuman kasih sayang Rasulullah tercinta bersama-sama. Menikmati manisnya redha Allah, Tuhan yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Amin ya RABBI..

"Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa sohbihi wa baarik wa sallim"

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email