Teman-temanku

Google+ Followers

Wednesday, September 28, 2011

kematian itu amat dekat

Vroomm..
bawak motor cabuk ambo tgh gerimis hujan di bawah langit kelam menuju ke rumah sewa. baju hujan  pulak takdak, duk harap baju jaket tu aje la..nasib baik tebal sikit.
sambil pulas minyak tue, duk teringat kat budak-budak yg ambo baru sudah mengajar kat tempat tuisyen tue. best betul diorang, muda2 lagi dah kenal erti tuisyen. ambo dulu mana mampu nak gi tuisyen luar, paling tinggi pun join kelas tambahan malam2 yg cikgu buat kat sekolah. beruntung betul diorang. moga2 masuk la dalam kepala diorang apa yg ambo duk ajar tue. moga2 menjadi ilmu yg berguna buat mereka semua.

uih...sejuk betul bawak motor dalam keadaan hujan camnih. nak rempit laju2, takut pulak. jalan licin, maklumlah..kang tak pasal2 pulak eksiden. cek poket jaket, telefon dah basah. dalam hati terlintas kejap, kalau2 la ambo eksiden, kurang2 henpon kena berfungsi, senang orang nak kontek kenalan ambo nanti. lambat pulak nak sampai umah nih. lampu motor pulak tak terang mana, huhu sabau aje la..

kereta laju2 jer lalu tepi ambo. memercik habis air lopak kena ambo..huish, geram betul. sabau aje la..kita kecik, diorang besar, nak buat gena. sambil2 bawak motor tue, mulut nih bukan boleh duduk diam, kejap lagu tu, kejap pulak lagu lain. semua lagu2 rancak dan energi sebab nak hilangkan kesunyian di malam yg kelam dan sejuk. macam radio buruk tak mau berenti tue..

tiba2, kat depan nampak dari jauh, banyak kereta dan motor duk berenti tepi jalan. pulak dah.. polis buat road-block jugak ker hujan2 gini. isk, kacau daun betul la..kalut raba poket jaket cari lesen motor. nasib baik ada.

bila dah sampai dekat, tiba2 ambo nampak ada orang angkat benda dari atas jalan raya dan diletakkan di tepi jalan (atas rumput)..Ya Allah..org eksiden rupanya. tersirap darah ambo. serpihan kaca dan plastik dari motosikal mangsa berterabur atas jalan raya. bila pandang tepi, nampak benda yg diangkat tadi sebenarnya adalah badan mangsa. lelaki. tak bergerak. dah meninggal ke? terus ketar kepala lutut. what should i do?!?

turun free gear, ambo ke tepi jalan. ada sorang mak cik (dari kereta kancil) nih pun dah terkesima nampaknya macam ambo. pegang telefon tapi macam tak tau nak buat apa. 
"apa hal ni mak cik? macam mana blh jadik gini nie?" laju ambo menanya. 
"entahla nak..mak cik pun tak tau jelas sangat. apa nombor telefon polis nak? ambulans diorang dah call tadi." mak cik tanya ambo balik.
"911 rasanya.." ceh, yakin jer ambo jawab.
"eh, bkn tue nombor ambulans ker?" mak cik sanggah.
"eh? ye ker.. saye pun lupa. 999 kot..macam dalam TV tue.." malu kendiri ambo.

mata ambo pandang ke mangsa yg terbaring atas rumput. tiba2 dia bergerak!!! oh, MY..!!! terKEJUT ambo! dia cuba nak bangun. ingatkan dah pengsan, rupanya dia sedar lagi. nasib baik, org2 di sekeliling suruh dia baring balik. ambo tak leh lama kat situasi macam tu, terus masuk gear dua, motor ambo berlalu pergi begitu saja.

nak tau kenapa ambo sekejam itu?! 
sebab, masa mangsa tu bergerak nak bangun, ambo nampak dengan JELAS kepalanya yg takde helmet, berceceran darah pekat merah (kebetulan mangsa diletakkan bawah lampu jalan). kat kawasan mata dia macam hitam gitu ......(*_*) tak tau nak explain gane. mungkin sebab dia tak pakai helmet kott..

perjalanan pulang rasa amat jauh sangat...tiba2 terasa seperti perjalanan pulang ambo ditemani MALAIKAT  IZRAIL..!! lampu jalna terasa kelam. lampu motor yg nyalaan tak seberapa langsung tak membantu. tubuh ambo terasa panas dalam kesejukan hujan. air mata mengalir kesedihan dan ketakutan. semuanya terlalu REAL..! hanya satu melodi yang berlagu di kepala ambo time tue.. 
KEMATIAN itu sungguh dekat! 
MAUT itu amat dekat! 


MATI!
MAUT!
AJAL!
kalau seterusnya giliran ambo, BAGAIMANA?? sudah sediakah, persoalannya....

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email