Teman-temanku

Google+ Followers

Thursday, September 15, 2011

Cerita Seorang Muslimah

Arakian, nun jauh di utara negeri, tinggallah seorang mahasiswi muslimah menuntut ilmu bagai tiada sudahnya.
Meredam air mata sudah. Menimba keringat pun sudah. Sehari-hari tiadalah yang ditatapnya melainkan gurunya tercinta.
Cehh..puitis la pulak.

Ini sebingkis cerita tentang seorang muslimah yang bergelandangan di bumi Allah dengan secubit iman.

Zaman sekolah;
Suasana pembelajaran di sekolah agama yang cukup menjaga norma-norma murni kehidupan membuatnya lahir sebagai seorang manusia yang cukup menjaga.
-Jika bercakap dengan lelaki ajnabi, semua saranan Rasulullah s.a.w cuba diikutinya sebaik mungkin. Suara ditegaskan, pandangan dijaga, hanya bercakap apa yang perlu sahaja.
-Bila outing pada hari weekend, sanggup buang spek mata biar rabun pandangan sebab nak jaga pandangan dari benda-benda lagha.
-Bila tengok drama, filem atau apa2 rancangan TV; bila tiba babak-babak yang kurang senonoh atau hampir mendedahkan aurat pelakon, cepat-cepat dialihkan pandangan.
-Bila balik kampung musim raya atau cuti sekolah, ramai sepupu lelaki. Sanggup tak buang stoking kaki walau di dapur, kerna nak jaga aurat.
-Bila ada lelaki yang nak mengurat, hati jadi takut kerna telah menjadi asbab kepada lelaki jadi lalai dari mengingati Allah.
-Bila melihat kemungkaran berlaku di depan, hati dengan pantas merasa benci melihatnya.
-Bila diberi amanah, dijalankan dengan penuh jujur dan ikhlas serta tidak menangguh.
-Apabila belajar, semuanya diniatkan kerana Allah.
KERNA; dia tahu bahawa keberkatan ilmu terletak pada keredhaan Allah s.w.t. KERNA; dia tahu hati yang kotor, sukarlah ilmu memasukinya terutama ilmu-ilmu agama.

Zaman universiti;
Suasana pembelajaran sekular merubah paradigmanya untuk turut sama berubah.
-Hilang sudah ciri-ciri muslimahnya.
-Hilang sudah keikhlasannya dalam mencari ilmu.
-Hilang sudah nilai-nilai Islam yang dulu pernah dia junjung tinggi.
KERNA; muslimah itu sudah tercemar dengan nilai-nilai sekular.


Dia rindu akan suasana dulu,
Dia mahu akan suasana silam,
Suasana yang penuh mawaddah dan sakinah,
Namun semakin jauh masa berlari, semakin payah dia kejar kembali,
Salah siapa?
Salah sistem atau salah diri yang tak teguh?

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email