Teman-temanku

Google+ Followers

Tuesday, August 18, 2009

cuti pertengahan semester


Cuti mid-sem dah pun start, ramai student dah balik kampung masing-masing..Tapi, ambo masih terperap di bumi karpet hijau ni, Perlis. Memang dari awal lagi, ambo memang tak berniat untuk balik cuti ni. Sebabnya?
1) Cuti kejap sangat, lagipun ada program sepanjang cuti ni.
2) Nak balik sekarang pun, dah nak dekat cuti raya, rasa macam membazir pula kalau balik sekarang.
3) Paling utama, nak jimat duit la..hehe..

Tapi, takpe jugak duk sini, boleh siapkan kerja-kerja yg tertangguh. Assignment dan lab report banyak lagi tak siap. Buka cuti nanti, ada banyak test yang menanti. Boleh juga top-up iman dengan baca tazkirah yang tak sempat baca sebelum nih. Boleh juga, update blog kesayangan ni..hurm..

Baru-baru ini, ambo ada baca sebuah buku yang cukup indah isinya, PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH dan RASUL, karya Fatimah Syarha Mohd. Noordin. Buku ni cerita pasal keindahan alam rumahtangga selepas kita berusaha gigih menjaga batas muamalat sebelum perkahwinan. Daripada buku ni, ambo rasa semakin bersemangat untuk menjaga batas muamalat ambo dengan kaum adam nih. KERANA APA? Kerana ambo nak dikurniakan oleh Allah pasangan hidup yang sebegitu rupa juga kelak. Ambo tak mahu cari yang handsome rupa, paling penting iman dia amat handsome!

Bila dia bertutur kata, terus ambo ingat Allah dan Rasul. Bila dia bertindak, ambo ingat Allah dan Rasul. Bila dia bergurau mahupun lain-lain, ambo ingat Allah dan Rasul.
TAPI!!!
Kalau ambo nak yang sebegitu rupa pasangan ambo kelak, ambo kena la jadi seorang yang solehah dan muslehah juga..
Allah kan Maha Adil..

surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....." (baca hingga ke akhir ayat)



p/s: ambo tak ingin jadi wanita yg di akhirat kelak, kayu api neraka..nauzubillah.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email