Skip to main content

Ceritera di pilihanraya kecil Manek Urai



Lama sungguh ambo tak update blog nih.. Masa cuti semester yang lalu, ambo duk rumah saja. Di kampung mana la ada internet, nak ke CC di pekan, jauh sangat..Jadi,tak sempat la ambo nak update blog nih.. Ingat nak kerja sambilan masa cuti hari tu, tapi umi ambo tak izinkan sebab dia nak minta tolong ambo menaip kerja-kerja dia di pejabat. Tak sempat katanya nak taip sendiri.

Al-maklumlah, waktu tu tengah kalut dengan pilihanraya kecil dun Manek Urai (kampung ambo la tu). Semua orang yang terlibat dengan pilihanraya tu memang tak menang kaki dan tangan waktu tu. Tak kira mana-mana parti pun, semua orang duk kalut raih undi rakyat. Meriah sungguh. Turun rumah A, naik rumah B. Keluar parti A, masuk parti B. Muka parti A masam, parti B pula yang senyum. Parti A tawar jambatan, parti B tawar zink. A bagi duit, B bagi kertas. Huh, macam-macam lagi la.. Ada yang lagi meriah! Kawasan kampung yang sebelum ini, jarang orang tahu nama, kini dikenali satu Malaysia. Ramai jenis orang pakat turun ramai-ramai ke kawasan 'jin tendang' ni. Peniaga lemang di sepanjang jalan pakat manis muka semanis sira disebalik kelam asap lemang yang dibakar. Gerai-gerai kecil tumbuh melata di bumi Manek Urai.

Polis pun ramai tak terkira pakat turun nak jaga keselematan tanah sekangkang kera tu. Lagi nak cerita, rumah-rumah kampung yang disewa oleh orang luar yang datang berkampung hanya 12 belas hari sahaja di Manek Urai melambung harga sampai RM3000, RM6000, RM10000,RM15000. Memang 'durian gergasi runtuh' di Manek Urai. Jalanraya, jalan kampung, dinding rumah pun pakat bersolek. Bukan bersolek dengan lipstik merah dan eyeshadow, tapi bersolek dengan cat, bendera-bendera dan poster-poster yang warna-warni; sama ada, biru, hijau. Selang-seli warnanya. Memang meriah Manek Urai.


Tahi telinga pun cair sendiri tak usah cuci. Bunyi pembesar suara yang menerjah telinga memang sudah cukup jadi pencuci tahi telinga yang dah lama kering berketul. Ceramah dan ucapan kiri-kanan bersimpang-siur.

Ada pula yang pelik, orang yang tak pernah sentuh pisau toreh, pakat turun ke kebun getah, nak menoreh batang getah katanya. Hai pokok, jangan la bersedih ye, tahan la sekejap sementara habis pilihanraya ni..huhu. Surau-surau lama habis dilawat. Jambatan kecil tak tertanggung menahan beban manusia lalu-lalang. Belukar habis dijarah.
Haish, entah la.. Macam-macam cerita ada. Naik mual menganalisis.

Negara ini, negara merdeka. Tapi, ambo tengok pemikiran rakyat kita masih terjajah dek penangan Barat dulu. Yang dewasa asyik bertelingkah, rasuah dan materialistik; yang muda asyik merempit, berhibur, beromen; yang kecil asyik dengan TV dan kartun. Mentaliti entah ke mana. Negara yang nampak aman, sebenarnya hanya menunggu masa untuk rebah tertungging; kepala dalam tanah, punggung tertonggek ke luar. Waktu itu, barulah ingat nak cari damai hakiki, tenang abadi. Waktu itu juga, baru ingat pesanan Rasul. Waktu itu, baru ingat nak cari di mana Tuhan. Kesal yang menggunung tiada tempat untuk dikeluh lagi. Maka, hari KIAMAT pun tiba, tiada lagi tempat untuk mengadu nasib yang penuh hina dan malang.

"Apabila terjadi hari kiamat,tidak seorangpun dapat berdusta tentang kejadiannya. (Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain). Apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya. Dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya.Maka jadilah ia debu yang beterbangan. Dan kamu menjadi tiga golongan. Yaitu golongan kanan,alangkah mulianya golongan kanan itu. Dan golongan kiri, alangkah sengsaranya golongan kiri itu. Dan orang-orang yang beriman paling dahulu." _al-Waqiaah(1-10)

sirru 'ala barakatillah

p/s: ambo nak jadi orang yang beriman dan bertakwa pada Allah. cinta hakiki ambo hanya untuk Dia.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi

Temuduga Guru KAFA

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah hampir setahun bergelar guru KAFA ganti/kontrak. Tahun 2013 CL mendapat tawaran sebagai guru KAFA ganti yang akan diperbaharui kontrak setiap dua bulan. Tahun 2014 ni pula, kontrak diperbaharui setiap tiga bulan. Ok la tu.. JUN-DISEMBER 2013 CL mengajar di sekolah kawasan kampung. Agak sedih berpisah dengan mereka sebenarnya. Anak-anak yang comel telatah mereka, walaupun kadang-kadang agak nakal. Apakan daya, keputusan bukanlah di tangan sendiri. MAC 2014 CL ditawarkan sekali lagi mengajar KAFA. Kali ni, di sekolah kawasan bandar dan kebetulan berdekatan dengan rumah sewa dan kluster tempat research. Suasana memang berbeza. Keletah anak-anak juga berbeza. Kemahiran yang diperlukan untuk mendidik anak-anak juga berbeda. Semuanya harus lebih moden, kreatif dan up-to-date. Cabaran sungguh! ::TEMUDUGA BERTULIS:: Sebelum start mengajar di sekolah tu, CL kena lalui satu temuduga bertulis. Masa yang diberikan untuk jawab satu paper tu sejam seteng

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belakang