Teman-temanku

Google+ Followers

Wednesday, February 6, 2013

Listen, Listen, Listen!

Fuh, panas..panas..! 

Isu yang cukup panas melanda negara kita. Isu seorang pelajar India yang bernama Bawani di'diam'kan oleh seorang Presiden SW1M dalam sebuah forum di sebuah IPT di utara Malaysia iaitu UUM.

Syukur sebenarnya dengan pendedahan video ni. Sekurang-kurangnya masyarakat sedar betapa selama ini mahasiswa diperkotak-katik oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Jujur, perkara sebegini bukan hanya berlaku di UUM sahaja tetapi di seluruh IPT di Malaysia dan masih berterusan hingga sekarang. Tak percaya? Silakan buat survey dan poll..

Mahasiswa yang selama ini TAKUT, GERUN dan BIMBANG akan tindakan AUKU yang bakal dikenakan jika mereka terlebih melawan pihak atasan/pihak penganjur, kini mereka bagaikan menonton kembali betapa mereka selama ini diperlaku seperti kanak-kanak tadika dan taska. Betapa maruah dan kredibiliti mahasiswa dijatuhkan sebawah-bawahnya. Diperkudakan. Diperlaku umpama lembu dicucuk hidung. Open your eyes and see!

Ye, benar Cik Bawani agak emosional dalam melontarkan pandangan dan persoalan beliau. Itu normal untuk seorang anak muda yang berdarah panas. Tapi normalkah bagi seorang yang mengaku profesional berperilaku sebegini rupa seperti yang ada dalam video di bawah? Jujur, CL memang tak puas hati. Rasa sentap saja hati ini melihat kebobrokan perangai sesetengah manusia yang tidak beradab ini.

Teringat CL akan pengalaman sendiri dijerkah dan diperbodohkan dalam kem-kem kepimpinan dan BTN (Biro Tatanegara) di zaman kampus dulu. Pabila CL melontarkan idea dan pandangan atau soalan yang agak membangkang objektif dan matlamat pihak penganjur, maka habis-habisan idea CL dan kawan-kawan se'idea' ditolak dan dikritik pedas. Bagaimana mahu melahirkan mahasiswa Malaysia yang benar-benar intelektual jika semua idea/pandangan dicantas tanpa ada perbincangan ilmiah yang kritis dan kreatif? Huh, jawab boleh?

Ok la, jom layan video kat bawah nih:-
video

Selepas video di atas jadi viral di alam maya, senyap tiada jawapan dari Pn. Syarifah. Bahkan, tuntutan supaya video penuh sepanjang forum tersebut berlangsung di-upload tidak diperduli oleh pihak penganjur. Sedangkan, jika tersiarnya video penuh tersebut, maka bolehlah masyarakat menilai siapakah yang berada di pihak yang benar. Bolehlah masyarakat menilai kerana apakah Cik Bawani jadi sebegitu emosional. 
CL jadi tertanya-tanya, adakah ada sesuatu fakta besar yang cuba disembunyikan? Hurm...apa yer? Rasa macam nak pergi UUM minta footage forum tu ajer. Hehe, jadi Detektif Conan best gak nih.

Seterusnya, tuntutan masyarakat supaya Pn.Syarifah supaya meminta maaf terhadap Cik Bawani juga tidak diperduli. Sedangkan kita amat maklum bahawa Islam amat menghalang umatnya dari mengaibkan sesama saudara sendiri. Jika berbuat kesalahan maka minta maaflah. 
"Berbuat salah dengan Tuhan, kita boleh bertaubat. Tapi, jika berbuat salah dengan manusia, selagi tidak meminta maaf dari orang tersebut, Tuhan juga takkan memaafkan kita."

Tapi yang hairan lagi ajaibnya, sidang media oleh Pn.Syarifah setelah beberapa minggu dari video pertama betul-betul mengecewakan. Saksikan sendiri..
video


Lensa Che Long: Mahasiswa itu harus berjiwa besar, maka sudut pandangnya juga harus glokal. Khidmatnya untuk masyarakat dan ummah, bukan setakat untuk lepas diri sendiri dan keluarga sahaja. 
Kalau setakat berjiwa kecil dan pandangan mata hanya sekadar buku, dinding  dan meja belajar, baik pergi bertapa di gunung dan usah bergaul dengan umat manusia.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email