Teman-temanku

Google+ Followers

Friday, January 21, 2011

my FYP


Design of a variable frequency electronic repeller kit for multi pest control.
Begitulah bunyinya tajuk projek tahun akhir ambo. Panjang sungguh. Ceritanya lagi panjang. Tapi, kalau nak dipendekkan ambo kena rekacipta satu alat elektronik yang mampu menghalau haiwan perosak seperti tikus, lipas, nyamuk, lalat, semut dan lain-lain dengan menggunakan frekuensi yang akan mengganggu haiwan-haiwan ini dari mendekati kawasan alat tersebut dipasang. Alat ini sepatutnya berfungsi dalam jarak lebih dari 10 meter, sebabnya bagi kegunaan dalam rumah. Tapi, oleh kerana masih di peringkat awal, penyelia projek ambo (Prof.Yusof) minta dapatkan dulu kesan frekuensi dalam jarak 5 meter.

Haish, walaupun hanya bab haiwan atau serangga, nak merekanya bukan la sesenang ABC. Terutama sekali bila nak kena buat programming. Ambo ni pulak bukanlah pandai sangat programming. Nanti nak kena guna microprocessor 8051. Lagi pulak, nak kena reka sendiri litar bagi alat ni. Kena tempah dan beli sendiri. Quotation harga components pun nak kena consider. Jangan pakai beli jer..

Sekarang ni, apa yang ambo tengah buat adalah 'experimental setup'. Nak kena test secara manual dulu samada 'buzzer' yang dibeli tu mampu keluarkan frekuensi atau tidak. Frekuensi pulak mestilah lebih dari 2okHz, sebab kebanyakan haiwan perosak ni mempunyai frekuensi lebih kurang 20kHz.

Langkah seterusnya, ambo kena siapkan litar tu sebelum cuti Raya Cina ni, dan uji keberkesanan litar dekat spesimen yang ambo dah pilih. Setakat ni, spesimen ambo adalah lipas, tikus dan semut. Tikus dah beli. Lipas dan semut je belum tangkap lagi. Bukan nak yg dah mati, tapi kena yg LIVE punyer... Ei, geli pun ada. Kalau bukan sebab projek, tak hingin ambo bermain-main dengan menatang tiga ekor tu. Huhu~~

Sebenarnya, prof kata projek ni dia nak bangunkan lagi sampai tahap boleh guna kat ladang tanaman komersial yang sering menjadi tumpuan haiwan-haiwan perosak. Tapi, kena la sukses dulu bagi yang projek senang ni.

Kalau boleh buat untuk ladang punyer, prof kata silap hari bulan boleh join konvensyen atau pameran. Kalau mantap projek, ada kemungkinan dapat piala emas. Wow, berderau ambo mendengarnya. Kalaulah dapat, kan bestt...


Ok la, setakat ni dulu pasal projek ni. Kalau dah berjaya, ambo update lagi. InsyaAllah..

ambo kata: ingin mengembalikan kegemilangan Islam melalui bidang kejuruteraan. Amin, ya Rabb!

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email