Teman-temanku

Google+ Followers

Sunday, January 30, 2011

Anak Dara Terbabas Motor Kerana Mengantuk

Fuhh.. Hari ini betul-betul memenatkan. Seriously! Penat tapi bahagia. Hari ni, ambo jadi sukarelawan dekat satu majlis perasmian sekolah tahfiz. Tolong bahagian jamuan. Agak penat sebab tetamu ada dalam 2000 orang. Sukarelawan lain pun penat juga tapi, kami saling bantu-membantu buat kerja. Apapun, kami bahagia sebab walaupun tak dapat menyumbang dari sudut kewangan, at least ada juga syer kami utk sumbangkan tenaga muda ni.

"Jika kamu tolong agama Allah, Allah pasti akan menolong kamu". Kan sekolah tahfiz ni untuk mendidik anak-anak muda untuk jadi huffaz Quran.. Bila dah jadi huffaz, isi Kitabullah pun pasti terjaga, insyaAllah. Orang yang menjaga agama-Nya pula, Allah amat kasih dan sayang. Oleh kerana, ambo ni masih tak berpeluang lagi untuk hafal Quran secara sistematik macam adik-adik kat sekolah tu, sekurang-kurangnya, ada la jugak syer kami di akhirat nanti dari sudut sokongan moral ni. Harapnya Allah terima kerja kami yang seciput dan se'coet' ni. Amin..


-MATIN, Perlis-

Hari ni, kalau tak silap ambo dengar dari penganjur ada 3 ekor lembu ditumbangkan. betul-betul kenduri. Lepas habis serve untuk para tetamu, kami pun bergotong-royong untuk kemas tempat jamuan. Sambil duk kemas tu, ada lagi tetamu yang baru sampai dari jauh. Alhamdulillah, apa yang ajaib berlaku tengah hari tadi, walaupun makanan dah hampir habis, tapi setiap kali ada tetamu yang lambat datang, makanan masih mencukupi.

-Gulai daging lembu yang lembut dagingnya, cukup rempahnya..(gambar hiasan)-

Hairan! Tapi, memang itu yang berlaku. Bayangkan, kuali dan periuk semua dah dibasuh, dan pihak katering pun dah start enjin lori untuk balik, tapi makanan masih tetap ada untuk setiap kali tetamu yang datang lambat. Susah nak gambarkan kat sini. Biasanya, bila makanan dah habis, tuan rumah akan pohon maaf sebab dah habis, tapi apa yang berlaku di sini, walaupun makanan dah habis, tuan rumah tetap tersenyum yakin mempersilakan tetamu. Yang ajaibnya, sekejap lagi, makanan yang dikatakan sudah habis, pasti ada lagi menjelma entah dari mana. Bukannya, sengaja disediakan makanan lebih untuk AJK bawa balik. Buktinya, ambo sendiri pun tak bawa balik sebutir nasi. Semuanya untuk tetamu. AJK Jamuan sendiri pun hairan dari mana
makanan itu menjelma. Dah habis, tapi masih ada. Alhamdulillah. Jangan dipersoal tentang rezeki Tuhan samada cukup atau tidak.

-Heran betul, dah habis makanan, tapi cukup lagi untuk tetamu..(gambar hiasan)-

Arakian, pun bermula...
Jam 2.00petang, selepas siap gotong-royong, kami pun mula bergerak pulang. Ambo naik motor skuter dengan kawan ambo. Waktu tu, tubuh memang letih sangat-sangat. Mata pun memang dah kuyu. Mengantuk teramat. Tapi, gagahkan juga tunggang motor. Kelajuan bawa 50-60km/j saja. Paling laju pun, 70km/j. Selepas hantar kawan ke rumahnya, ambo bertolak pulang ke rumah. Waktu ni, mata makin memberat. Kalau ikutkan hati, mahu saja berhenti di tepi jalan, tidur sekejap. Tapi, malu pulak kat orang sekeliling. Nanti apa pulak dikata. hihi~~ (^_^) Lagi naya, kalau ada orang niat jahat nak ambil kesempatan. Ish, takut.. (>_<) Jadi, ambo teruskan perjalanan dengan mata yang terAMAT mengantuk. ('@'_'@')

-Tidoq sat atas motor..(gambar hiasan)-

Apa yang ambo ingat, ambo bawa motor dengan minda bawah sedar. Huhu, hebat betul, ada ke macam tue? Macam mamai je bawak motor. Macam orang yg dah kena ecstasy tue. (heheh, macam pernah try dadah je ek..tengok dalam movie la..). Nak hilang mengantuk tu, ambo menyanyi kuat-kuat. Lagu 'Bingkai Kehidupan' oleh Shoutul Harakah. Huhu, tapi tak hilang pun kantuk. Motor skuter yang pinjam ngan kawan, dah melelong kiri dan kanan. Tapi, degil jugak. Tak nak berhenti. Terus jugak perjalanan. Memang bahaya. Macam orang tak sedar diri tadi. Otak macam dah tak center. Tak boleh buat keputusan dengan elok dah. Dah la bawak motor orang. Kalau motor sendiri takpe jugak. Astaghfirullah al-aziim.. Lain kali, jangan buat gitu tau. BAHAYA!

Hurm, apa yang ambo ingat, sebanyak 4 kali ambo hampir terbabas.
1. Terbabas ke tepi jalan belah kiri. Nasib baik kawasan tu luas jugak. Depan sekolah rendah. Bila rasa motor bergegar sebab batu kerikil besau-besau, mata pun terbukak sekejap.
2. Terbabas ke tepi jalan belah kiri jugak. Hampir langgar divider tepi jalan. Tepi jalan tu ada anak sungai.. Fuh, nasib baik sempat elak.
3. Terbabas ke tengah jalan, ada pulak kereta Kelisa dari depan. Nasib baik perasan, kalau tak memang dah kena dah.. Rasanya tersedar ada kereta tu, sebab keta tu dah hon kot..Huhu..
4. Terbabas lagi ke tepi jalan belah kiri, masa kat selekoh kawasan Marhom Kayang. Huhu, hampir langgar divider jalan jugak.

Tu, yang ambo ingat la. Yang tak ingat tak tahu la..Huhu~~ Mengucap berapa kali tah tadi. Tapi, tu la, degil..Patutnya, berhenti dulu, hilangkan mengantuk, ni tak, degil jugak. Berapa kali dah Izrael datang jenguk tadi, kalau die betul-betul amik nyawa tadi, baru naya. Bekalan bukan cukup lagi nak menghadap Rabbi. Huhu..

Dalam kul 3 lebih, sampai umah, Sampai je depan umah, kunci motor. Bukak pintu rumah. Buang helmet dan jaket. Basuh kaki yang berdebu. Bukak laptop. Ingat nak layan laptop jap. Tapi, mata ambo dah tak tahan. Apa lagi, Zzzzzz.. Hilang di alam mimpi.

Lama gak tidur. Betul-betul qadha. Petang baru bangun. Tu pun sambung lagi lepas maghrib dan isyak. Haha, teruk betul anak dara nih. Mentang-mentang takde suami dan anak, buat ikut suka je (Amaran! Jangan contohi perlakuan sebegini, tak elok untuk bakal isteri solehah). Bila malam macam ni, mata pun segar-bugar balik. Hehe, apa lagi, blogging la..Tapi kan, bila ingat balik apa yang berlaku tengah hari tadi, agak mengerikan. Seriously! Macam malaikat maut duk menyapa "Hai, awak..mengantuk ke? Bahaya tu.." (^_^).v

Apa nak jadi, kalau esok keluar paper Metro, headline plak tue: "Anak Dara Terbabas Motor Kerana Mengantuk". Haha, kelakar kan? Tapi, kalau putus kaki ke, patah tangan ke, hidung senget ke, muka berparut ke, kan dah kurang RM1000 duit hantaran? Haha.. Ish, kalau hilang nyawa, bekalan bukan cukup lagi ni nak bersoal-jawab dengan malaikat Munkar&Nakir. Nak menghadap Maha Pencipta pun, malu lagi. Nak tengok senyuman manis dan indah Rasulullah s.a.w pun tak layak lagi. Nak minum air telaga Kauthar pun 'not in listed person' lagi.

Ambo kata: Nak buat kebajikan tu dah bagus da.., tapi tak reti pulak nak beza antara baik buruk tu kurang pandai namanya. Menjadi mahasiswa, kena bijak buat keputusan.

"Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga."

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email