Skip to main content

Facebook sebagai laman sosial atau laman peruntuh sahsiah diri?




Senja itu..

Sedang seorang sang gadis muslimah bertudung sopan berjalan di tepi tasik menghirup udara petang yang damai, tiba-tiba seorang pemuda yang tidak dikenali menegur.."hai.. sorang je ke? boleh saya temankan"Sang gadis marah sekali dengan perbuatan tak sopan sang pemuda. Pandangan matanya yang bening terus ditundukkan. Menjaga pandangan itu syariat Islam, pesanan ustaz dan ustazahnya dulu masih diingat sehingga kini. Sang gadis mahu menjaga pandangannya. Tidak dihiraukan teguran sang pemuda yang nakal itu. Sang syaitan yang sedang mengikut di belakang berteriak kemarahan dengan sikap solehah sang gadis. "Arghhhhhh!! Tak guna punya budak. Lelaki tu sikit punya hensem, dia tak pandang sebelah mata pun!"

Malaikat Raqib terseyum panjang sambil mencatit di buku catatan kanannya dengan penuh kepuasan.. Malaikat 'Atid juga senyum sambil memeluk buku catatan kirinya yang terkatup rapat.
Senja pun berlalu..

Malam pun tiba..
Selepas menyiapkan tugasan yang diberi pensyarah, sang gadis pun membuka internet. Mahu check e-mail dan juga laman sosial peribadinya, facebook tercinta. Lalu diketip punat-punat hitam di laptopnya dengan rangkaian username dan password peribadinya.

Ada 6 email yang belum dibaca dari inbox. Lalu dibacanya teliti satu persatu. Kemudian beralih pula ke facebook. "Hurm..ada notification di bahagian 'friends'. Bertambahlah list contacts aku malam ni.." kata sang gadis dalam hati sambil tersenyum. Lalu butang 'accept' pun diklik.
Belum puas meneroka facebook. Dibuka pula laman facebook kawan-kawannya. Mila, Minah, Saerah, Wardah, Wawa dan lain-lain lagi. Ada gambar-gambar menarik yang di'upload' kawan-kawannya. Ada yang dipantai, di tepi tasik, di muzium, di kem-kem motivasi, di rumah dan ada juga di dalam bilik masing-masing. Gambar yang di'upload' masing-masing kelihatan comel sekali. Ada juga yang di'touch-up' dengan Adobe Photoshop dan lain-lain software. Di bawah gambar-gambar itu pula, ada komen-komen memuji dan mengkritik. Semua ada. Komen dari kawan perempuan ada, dari kawan lelaki pun ada. Bekas cikgu dan kawan lama pun ada. Sang gadis turut sama komen.

Tiba-tiba sang gadis merasa cemburu. Facebook-nya biasa-biasa saja. Foto yang ada hanya sekeping dua. Sang gadis masih ingat, tujuan dia aktifkan laman itu dulu kerna mahu mencari teman-teman lama yang terpisah. Mahu berhubung dengan percuma dengan keluarga dan teman-teman. Mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Mahu juga digunakan laman itu untuk tujuan menyebarkan dakwah. Kalau ada foto, video dan artikel yang sesuai, mahu saja dikongsi bersama semua. Tapi, kini, sang gadis terasa juga mahu upload gambar-gambarnya yang comel dari simpanannya yang tak pernah didedah kepada orang lain sebelum ini.

"Hurm..nak letak gambar mana ek?" sang gadis memilih foto-fotonya yang sesuai, lalu di'upload' ke bahagian album. Caption-caption pun turut ditambah. Mahu menambah perisa. Siap semuanya, sang gadis pun tersenyum puas.

Masih belum puas dengan facebook. Walaupun hajat hati pada awalnya hanya mahu menatap setengah jam saja, kini sudah lebih dua jam matanya melekat di facebook.

Sang gadis beralih pula ke laman facebook kawan-kawan lelakinya. Diklik pada bahagian 'photos'. "Wau..makin hensem la Mamat ni. Hampir cair aku tengok..hehe.." Sang gadis terseyum sendiri.

"Wow, makin warak Mus sekarang ni. Aku ingat dulu pakai kopiah je. Sekarang dah pakai jubah serban dah.. Alhamdulillah.." sang gadis mengucap syukur dalam hatinya.

"Eh, Ismat dah pakai kereta baru sekarang ni rupanya.. nice..hehe" sang gadis mengukir seyum sumbing.

"Amboi Iman..tak malu ke letak gambar mandi-manda kat facebook? Nasib baik pakai baju..ish, budak ni, apa la.." gumam sang gadis sendirian.

Satu persatu foto-foto kawan lelaki yang lama dan terkini dijengahnya. Mahu komen, tapi malas pula menaip. "Lain kali la aku komen.." gumam sang gadis sendirian..

Puas meneroka facebook. Dibukanya pula laman-laman berita dan portal pendidikan. Facebook, friendster, twitter semua dilupakannya. Esok pula akan dijengahnya. Setiap hari akan dijengahnya kelak.. Berita pun penting. Portal pun penting. Isu-isu semasa perlu juga dibacanya. Forum-forum agama pun turut dijengah. Menambah ilmu di dada.

Tiba-tiba, tangannya terasa gatal sekali mahu menjengah laman facebook-nya. Di klik sekali lagi. Kali yang terakhir sebelum tidur. Janji sang gadis. Jam sudah 1pagi.

Gembira sang gadis bukan kepalang melihat ada notifications.. di klik bahagian itu. Dilihatnya, foto-fotonya yang baru di'upload', sudah ada yang memberi komen. Ada komen dari teman lama, kawan sekuliah, lelaki dan perempuan..Bahkan ada juga yang 'like'.

"Wow, comelnya awak dalam tudung pink tu.. nampak sopan dan solehah..its nice dear." komen Man.

"Eh, awak jadi MPP ke pakai kot macam tu? Tahniah.." Komen Tasya.

"Cantiknya rumah mak awak..nanti raya saya nak gi bertandang umah awak ea.." Komen Izrul.

"Amboi, comelnya lesung pipit dier..nak beli boleh? hehe.." komen Nisha.
"Betul tu..comel sekali lesung pipit awak..hihi.." tambah komen dari Man.

"Apa la engkau ni..skang baru nak upload gambar..kan comel je gambar-gambar engkau ni.." komen dari Minah, teman lamanya..

Suka sekali hati sang gadis dengan perkembangan ini. Dalam diam, sang gadis memuji perkhidmatan facebook yang pantas dan mesra pengguna. Siapa lagi kalau bukan team Mark Zuckerberg..

Akhirnya sang gadis pun larut dalam pelayarannya di facebook. Membalas komen-komen dari teman-teman. Hingga jam 2pagi, matanya yang kantuk ditahan kerna mahu membalas chat dari teman-teman. Jam 3pagi baru matanya lelap.

Disampingnya, syaitan bersorak kemenangan. "Yiehhhaaa!! Yabeda, bedu!!! Kalah juga anak cucu nabi adam ni dengan taktik aku. Petang tadi bukan main kontrol pandangan la hape la.. Alim la konon. Ptuih..haprak tul la budak ni. Bile tgk facebook, semua muka mamat-mamat hensem ditengok, ditenung fotonya.. yang duk mandi pun nak tengok. Ingatkan solehah, rupanya hipokrit je. Akhirnya kau duduk gak bawah pengaruh aku. Yieha!!!!! Aku menang akhirnya, Raqib.. Buat kerja kau elok-elok 'Atid... Catat elok-elok..Jangan ditinggal satu saatpun saat kemenanganku ini..HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!!"

Malaikat Raqib mengeluh kecewa menutup buku catatan kanannya.. Malaikat 'Atid gigih menulis catatan buku kirinya sambil mengeluh panjang..



Firman Allah:
“Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka”
(Surah An-Nur : ayat 30,31)


Nabi Muhammad SAW juga bersabda:
“Pandangan adalah panahan beracun daripada panahan iblis. Sesiapa yang menundukkan pandangannya daripada kecantikan wanita maka Allah mewariskan di hatinya kemanisan yang dimilikinya hingga hari bertemu denganNya.”


ambo kata: secara realitinya, kita sering menjaga pandangan dari lelaki mahupun perempuan ajnabi. namun, bila kita keseorangan di hadapan laptop, kita jadi HIPOKRIT. seolah-olah Allah itu rabun IT dan syariatnya tidak melibatkan hal ehwal IT.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi

Temuduga Guru KAFA

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah hampir setahun bergelar guru KAFA ganti/kontrak. Tahun 2013 CL mendapat tawaran sebagai guru KAFA ganti yang akan diperbaharui kontrak setiap dua bulan. Tahun 2014 ni pula, kontrak diperbaharui setiap tiga bulan. Ok la tu.. JUN-DISEMBER 2013 CL mengajar di sekolah kawasan kampung. Agak sedih berpisah dengan mereka sebenarnya. Anak-anak yang comel telatah mereka, walaupun kadang-kadang agak nakal. Apakan daya, keputusan bukanlah di tangan sendiri. MAC 2014 CL ditawarkan sekali lagi mengajar KAFA. Kali ni, di sekolah kawasan bandar dan kebetulan berdekatan dengan rumah sewa dan kluster tempat research. Suasana memang berbeza. Keletah anak-anak juga berbeza. Kemahiran yang diperlukan untuk mendidik anak-anak juga berbeda. Semuanya harus lebih moden, kreatif dan up-to-date. Cabaran sungguh! ::TEMUDUGA BERTULIS:: Sebelum start mengajar di sekolah tu, CL kena lalui satu temuduga bertulis. Masa yang diberikan untuk jawab satu paper tu sejam seteng

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belakang