Teman-temanku

Google+ Followers

Tuesday, January 4, 2011

Kelantan; Membangun Bersama Islam

Indeks jenayah 2010 di Kelantan turun tiga peratus

03/01/2011 3:10pm

KOTA BHARU 3 Jan. - Indeks jenayah di negeri ini secara keseluruhannya menurun sebanyak tiga peratus pada 2010 apabila mencatat sebanyak 7,116 kes berbanding 7,306 kes tahun sebelumnya.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, angka itu merangkumi keseluruhan kes jenayah termasuk curi, pecah rumah dan sebagainya.

"Setakat ini kes jenayah di negeri ini boleh dikatakan terkawal. Kadarnya menurun sebanyak tiga peratus pada 2010 dengan catatan 7,116 kes berbanding 7,306 kes pada 2009.

"Bagaimanapun di peringkat jajahan Kota Bharu, Kuala Krai dan Gua Musang kadar itu meningkat," katanya tanpa menyatakan perincian peningkatan tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis serah dan terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini. – Utusan



bangga ambo bila baca berita gini. ambo kan anak jati Kelantan.. hehe..

itulah, bila kita ikhlas tolong agama Allah, Allah pasti takkan mempersiakan kita. Allah pasti tolong kita punyer..

tapi, ambo heran betul la..dah terbukti kalau kita tegakkan syariat Islam efeknya positif pun, masih orang nak juga sistem sekular dan liberal yg diamalkan oleh kerajaan PUSAT sekarang nih. Bakpo eh?

sokong bukan main lagi. pernah ambo dengar kata-kata sorang pak cik yang ambo berbual-bual, katanya:

"Pak Cik dah lama sokong kerajaan sekarang (Pusat) ni, sejak lahir lagi, sejak nenek moyang pak cik lagi.. Sejak zaman kapal layar lagi (Perikatan). Pak Cik tahu kerajaan sekarang banyak tak betul. Halal dan haram pun tunggang terbalik. Judi, arak dan pelacur pun dah boleh jadi halal dah sekarang. Rasuah maharajalela dan orang bangga terlibat dengan rasuah. Jenayah makin teruk. Tapi, pak cik tak yakin pembangkang mampu bagi pembangunan macam apa yang kerajaan Pusat buat sekarang walaupun perjuangan pembangkang untuk tegakkan Islam tu bagus. Jadi, biarlah.. Sampai mati pun pak cik akan sokong kerajaan sekarang. Selagi periuk nasi pak cik tak bocor, pak cik tak kisah.."

Adus...sedih ambo bila ambo dengar pengakuan pak cik tu. Begitu cetek sekali pemikiran pak cik tu. Dia seolah-olah dirasuk. Seolah-olah tidak sedar bahawa dunia yg ditumpangi ni sekejap je masanya. Sampai masa, rumahnya yg gah dan mewah tu akan transform jadi tanah kering berukuran 7 hasta saja dalamnya. huhu~~

Seolah-olah, Allah yang akan dijumpainya nanti boleh dibawa bersembang seperti di kedai kopi Pak Din. Takkan dia nak cakap kat Allah: "Ala..rilek ar Tuhan..rasuah je pun..judi tu okey pe, leh wat duit tu..arak tu untuk release tension.. pelacur utk menghibur diri kala dukalara..bukan pape pun. Yang penting poket gua kembung der, mulut kasi tutup saja la..kita kan kawan, Tuhan.." Takkan pak cik nak cakap macam tu kat Tuhan nanti??!

Seolah-olah, hukum hakam yg Allah tentukan pada umat manusia ini seperti peraturan untuk kanak-kanak tadika saja.. "Cikgu, saya lupa bawak buku A,B,C sebab pagi tadi saya tertinggal beg sekolah kat kedai Pak Mat masa nak beli nasi lemak 50sen..Sori ek, cikgu"

So, camne kita nak buat sekarang? Nak biarkan je ke? Wei, dunia ni kejap je la. Akhirat nu yang abadi. Jangan la duk ralit sangat kejar dunia.. kejar akhirat, dunia pasti kejar kita der..

ambo kata: Marilah sahabat-sahabat sekalian..Kita kembali pada Allah dan Rasul.. jangan lagi kita terpedaya dengan nikmat dunia yg sementara ni.. aku sayang pada kamu semua kerana Allah yang aku agungkan dan Rasulullah yang aku junjung..

Ambo Bangga Jadi Anak Kelate hok Membangun Bersama Islam..

2 comments:

  1. salam..tak nampak pun kelantan membangun bersama Islam..slogan je g2..kalau kita pegi di KB mall, berlambak dah remaja yang rosak akhlak..budak2 free hair ramai dah skang, berkepit lelaki pompuan, xde kesan pun PAS pegang 20tahun dah...ulamak2 dulu, mana ada nak rampas kuasa kerajaan, keje mereka dakwah je...ulamak skang ni, pecahbelahkan ummat, nak rampas kuasa, rasuah (nik aziz)--> balak, lantik menantu, pakej haji dll..ulamak dulu, kerjaan zalim pun, mereka usaha untuk didik pemimpin tu, bukan kutuk herdik...sebab tu Allah redha...Allah nk tgok keje yang ulamak tu buat je, dgn cara yang betul...bkn nk tgok kejayaan, kejayaan tu di tangan Allah...ni x, org zina pun kata Alla ampun dosa dah, demi undi dan PARTI..

    ReplyDelete
  2. Demi Allah politik islam sebenar dengan akrami adalah berbeza...fitnah memfitnah adalah amalan golongan kamoo..hahahhahahaha..semoga Allah membalas setiap taipan dan kata2 kamoo....

    ReplyDelete

There was an error in this gadget

Follow by Email