Teman-temanku

Google+ Followers

Thursday, January 27, 2011

Fotografi yang dicintai


Beberapa tahun yang lalu, ambo ada miliki sebuah kamera kompak jenama Nikon. 7megapixel je. Sayang sangat kamera tu. Hilang masa tengah solat zuhur kat sebuah masjid di Kedah. Sebelum solat, dah letak beg yang ada kamera dan brg2 lain kat depan sejadah. Waktu sujud terakhir, rasa macam ada orang melintas kat depan. Lepas bagi salam, tengok beg dah beralih arah ke tepi. Bila check, kamera dan juga duit dalam dompet semua hilang. Dikebas orang. Kerugian lebih kurag RM600 dalam masa tak sampai 3 minit. Siapa yang mencurinya, tak tahulah. Apa yang diambil tu, ambo halalkan saja. Cuma satu doa ambo, moga-moga Allah bagi hidayah pada-Nya agar berubah dari jadi pengikut syaitan. Mungkin ini kifarah dosa buat ambo, alhamdulillah..

Ambo ni cukup minat bab fotografi nih. Pantang nampak majalah ke, artikel ke, dokumentasi ke, apa-apa je lah yang berkaitan dengan fotografi ni, memang mata melekat tak leh lari ke mana dah. Kadang-kadang, ada kengkawan yang memerli tentang obses ambo ni. Tapi, nak buat macam mana? Dah memang ambo minat.Huhu~~

Tahun lepas, ada kawan sekuliah beli kamera DSLR idaman hati ambo. Memang mahal la kamera tu. Tapi, kualiti shoot die menarik giler.. I like.. Bila dapat tahu die beli kamera tu, perasaan dalam hati jadi pelik semacam je, seolah-olah jeles la..hehe..

Perasaan ambo waktu tu umpamanya mcm ni la:
"Ada sorang gadis ni, die minat gila-gila kat sorang pemuda ni. Tapi sebab die tahu die tak layak, jadi die hanya mampu minat dari jauh je. Pendam perasaan sorang-sorang.. Lastly, satu hari pemuda yg die minat tu dikebas oleh orang lain . Die pun rasa frust sebab tak sempat buat apa-apa."
Ha..macam tu la perasaan ambo bila kamera DSLR idaman hati ambo dah org lain miliki.. hahaha..boleh ke rasa camtu? Bukan tu je, pantang betul tengok sape2 pegang kamera style tu, mesti jeles punyer. Macam jelesnya seorang kekasih melihat buah hatinya berdampingan dengan org lain. Hahahaha... (>_<)

Tapi, takpe..satu hari nanti, ambo akan miliki jugak kamera tu. hihi. bagi ambo, kamera tu lagi berharga dari barang kemas, kasut atau beg tangan yg selalu gadis-gadis impikan. Bahkan, lagi berharga dari kereta atau superbike idaman hati jejaka-jejaka.

Sampai satu tahap, pernah sekali ambo terfikir, nanti hantaran kawen nanti, dapat kamera sebijik tu pun jadilah. Tambah satu lagi buku idaman. Yang lain tu, takde pun takpe. HAHAHA, giler betul impian ambo ni, kan?

Ok, dah la mengarut..kat bawah ni, karya-karya ambo waktu dulu-dulu.. tak cantik pun. Tak pernah belajar pun bidang fotografi ni. Pandai-pandai je shoot..huhu~~


Waktu puncak di negeri Indera Kayangan. (shoot dari balkoni kolej kediaman)



Spektrum warna senja.



Pemandangan terusan tepi Bukit Kubu, Perlis.



Gambaran mentari sejengkal di atas kepala.
(shoot dari tengah padang, jam 12pm)



Baru balik kerja. "AKU DI BAWAH LANGIT TUHAN"
(shoot dari atas motor masa kawan tgh drive)



AWAN Perlis.
(Selepas di edit)



Puding karamel buatan sendiri. Um..sedap..



Tiang cuba menongkat langit?



Riadah di petang hari.
(Shoot dari tingkap bilik)



Sebahagian bandar Kangar.
(shoot dari tingkat 11 Bangunan KWSP)



First shoot selepas Kursus Fotografi.
(shoot kat Taman Rekreasi Pengkalan Asam)



Air paya yg mengelilingi Bukit Kubu, Perlis.



Kaki Bukit Kubu, Perlis.



Taman rekreasi Bukit Kubu.
(Mentari di celah dahan)



Titisan hujan di cermin bas.
(shoot masa dalam bas on the way balik kolej)


Senjakala di Bukit Kubu.
(shoot masa joging kat track)

~Terima kasih kerna sudi melihat karya yang tak seberapa.~

Ambo kata: Ucapkanlah subhanallah tika melihat keagungan ciptaan-Nya. Antara jalan untuk taqarrub pada Rabb adalah dengan bertafakur melihat kebesaran dan keagungan ciptaan-Nya. Kitab Risalatul Mua'wanah karangan Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email