Teman-temanku

Google+ Followers

Sunday, June 1, 2014

Resepi Kuih Bunga

Ha.. Sape pernah makan kuih ni?? Rasa dia macam dobbukki (makanan orang Korea tu, liat2 skit..) yang disalut telur dan gula. Nak kata makanan orang Kelantan tak jugak sebab tak pernah tengok gerai2 atau bazaar Ramadhan jual kuih ni. CL hanya pernah makan sebab umi CL selalu buatkan masa kecik2 dulu..

Ok la, sebab ni resepi rare skit. So, CL akan share di sini. Mudah dan cepat je nak buat benda ni. But, dijamin sedap, insyaAllah. Bolehla kalau nak jamu hubby and anak2 makan waktu petang. Atau jamu kengkawan rumah sewa tu..
Jemput makan~~~ Sangat sedap kalau makan masa panas2 lagik.

Kena guna pandan sebab dia ada aroma wangi sangat...

Bahan-bahan:-
1. Tepung pulut -setengah kilo (ni boleh la kalau nak makan 5-7 orang)
2. Daun pandan
3. Garam secukup rasa
4. Gula
5. Telur (2-3 biji)
6. Esen vanila
7. Minyak masak (minyak zaitun lagi bagus)

Cara-cara:-
1. Blender daun pandan. Air pandan yang hijau tu nanti akan digunakan untuk dimasukkan dalam doh nanti.
1. Masukkan tepung pulut, air perahan daun pandan dan garam dalam bekas. Uli sampai jadi macam doh untuk buat donut tu. Jangan lupa masukkan esen vanilla. 
2. Buat ketulan-ketulan kecil dan bulat dari doh tu. Buat la muat-muat untuk mulut masing-masing. Bila dah bulat, penyekkan dengan ibu jari dan jari telunjuk sampai jadi macam bentuk sel darah merah tu (ecece, term sains plak..).
3. Pukul telur yang dah campur sedikit garam.
4. Celupkan ketulan yang dah dipenyekkan tadi ke dalam telur dan terus goreng dalam minyak panas. Buka api sederhana. Kita tak mau telur aje yang masak tapi doh mentah lagi.
5. Bila kuih tu dah siap goreng, angkat dan toskan.
6. Akhir sekali, taburkan gula di atas kuih yang masih panas. 
7. Siap untuk di makan

Mudah kan? Selamat mencuba!

Lensa Che Long: I like this kuih bunga... Tak tau la mai mana nama kuih ni boleh wujud. Nak kena tanya my umi nih..

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email