Teman-temanku

Google+ Followers

Sunday, June 1, 2014

Aku Selaku Kerani NEC

Alhamdulillah CL jadi kerani pulak sekarang. Sampai lani cukup 5 bulan CL kerja kat sini. Menggantikan ex-clerk yg terpaksa balik kampung atas hal peribadi. Molek dah Allah atur semua ni..

Jadi kerani di Nisa Educare Centre (NEC) ni takde la susah manapun. Sebab waktu operasinya hanya dari Isnin-Rabu saja. 5.00 petang hingga 8.30 malam saja. Berpatutanlah dengan gaji. Masa untuk study Master pun takde la terganggu sangat dengan kerja ni. Dengan kerja KAFA tu lagi, alhamdulillah takde lagi clash setakat ni.

NEC ni sebenarnya adalah salah satu bussiness yang NGO Nisa Perlis tubuhkan untuk membantu persatuan dari sudut dana dan juga memberikan khidmat untuk masyarakat yang nak belajar mengaji Al-Quran. Alhamdulillah, NEC sekarang makin mendapat tempat dalam masyarakat. NEC ni menjalankan perkhidmatan kelas mengaji Quran untuk kanak-kanak, remaja perempuan dan wanita dewasa. Tuisyen peribadi untuk subjek UPSR, PMR dan SPM pun ada. Kalau ada permintaan untuk buat kelas mengaji di rumah pun, NEC boleh aturkan. Berminat ke? Boleh la kontek CL ok..





Kerja jadi kerani di NEC ni tak susah manapun. 

1) Kena buka dan tutup premis pada hari pengajian. 
2) Uruskan akaun kira-kira NEC.
3) Update filing.
4) Pastikan kebersihan, keselesaan dan keselamatan premis (kelas, ofis dan tandas).
5) Uruskan pendaftaran pelajar.
6) Promosi dan dokumentasi NEC.
7) Jadi admin facebook NEC.
8) Jadi pengarah Program Cuti Sekolah (biasanya cuti sekolah tengah tahun dan akhir tahun).
9) Uruskan perkhidmatan print dan fotokopi (sape nak fotostat atau print boleh la mai buat di NEC ni..)
10) Gantikan kelas kalau ustazah yang mengajar tak dapat hadir.
11) Update carta prestasi pelajar
12) Hias sikit2 premis.
Hurm..tu je la kot..



Keseluruhannya, kerjanya takde la penat manapun. Kalau nak kalut sikit pun, time hujung bulan la. Sebab kalut nak kira elaun guru-guru, bayar bil itu ini, pelajar2 nak bayar yuran, semak akaun dan prepare laporan kewangan (K. Ana, pengurus NEC akan datang semak setiap bln).

Suasana dalam kelas Jawi (antara pakej yg NEC tawarkan)
Paling best, bila tengok muka anak-anak kecik mai mengaji ni. Yang masih putih bersih dari dosa. Macam2 keletah.... Bergaduh, berlari, khusyuk membaca, bermain, sibuk nak gi tandas, nak minum air, nak membeli jajan, nak tengok kita menaip di laptop, nak bercerita pengalaman depa di sekolah dan di rumah. Macam2.... 

Tengok depa baca dari Iqra sampai boleh naik muqaddam dan seterusnya al-Quran. Yang dah nak khatam pun ramai dah.. Tengok depa belajar solat jemaah waktu Maghrib. Tengok curiosity depa bila time fardhu ain dan sirah (macam2 soalan yg ustazah depa nak kena layan). 

Pernah sekali cerita bab Nabi. Bila ustazah tanya siapa Nabi Muhammad kepada Allah. Ada yg jawab 
"Kawan Allah..." Hadui, boley plak depa pikir macam tu. Tapi boleh la kan daripada depa blur lgsung..

Untuk kelas pengajian wanita dewasa (lelaki kami tak amik sebab tenaga pengajar semuanya ustazah, tak berapa sessuai orang kata..) pulak ramai yg amik kelas peribadi. Duk kira2 tu ada la dalam 20 orang jugak. Kalau kira sekali dengan kelas yang kat luar (di rumah depa), mau jugak dalam 30 orang. Rupa-rupanya ramai muslimah yang nak mengaji Quran ni. Cuma depa tak mau belajar di kelas2 umum sebab musabbab segan. Jadi, kelas personal ni memang menjadi pilihan depa untuk improve bacaan al-Quran la. Ada yang ambil perkhidmatan NEC ni dari kalangan pelajar IPT, surirumah, pekerja pejabat, guru, peniaga, polis,  dan juga makcik2 yang dah pencen jaga cucu. Apapun, CL salute 100% atas kesungguhan mereka nak mengaji. Ada sesetengah tu mengaji dah beberapa tahun. Cuba untuk khatamkan bacaan al-Quran mereka. Alhamdulillah..

Bila tengok kesungguhan mereka ni mengaji walaupun kadang2 lidah mereka mcm tergeliat nak sebut ayat2 al-Quran, CL tetap kagum dengan semangat mereka yang tak pernah luntur. Terus bertatih satu demi satu hingga ke peringkat khatam al-Quran. Dengan cabaran nak mengurus keluarga, pengajian dan kerjaya tu semua tak mematahkan semangat mereka untuk terus mengaji. Bila mengingatkan semua ni, CL rasa sayang sangat nak lepaskan peluang dakwah yang Allah bagi free untuk CL tambah saham akhirat ni. Masih ramai lagi orang di luar sana yang memerlukan bantuan dari sudut pengajian al-Quran ni. Masyarakat kita amat memerlukan bantuan kita. So, gunakanlah ilmu dan tenaga yang ada untuk membantu semampunya.

CL jadi kerani ni sampai hujung Ramadhan ni saja. Selepas ni akan lepaskan baton kepada kerani baru pulak. May she do the best to enhance my beloved NEC. Why? Ada la sebab personalnya..


Lensa Che Long: Kerani juga tugas mulia kalau diniatkan untuk beribadah kepada Allah. Jangan hanya pandang pada gaji dan pangkat semata. Peace yo!

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email