Teman-temanku

Google+ Followers

Sunday, June 1, 2014

Menjadi Muslimah Pembersih (Part I)


Kenapa muslimah? Kenapa tidak perempuan atau wanita sahaja?
Sebab muslimah membawa suatu nilai yang lebih tinggi kerana ia membawa bersama mesej Islam yang akan disampaikan secara langsung atau tidak melalui setiap tindak-tanduknya. Setiap kelakuannya mestilah berpaksikan apa yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah. 

So, nak jadi muslimah pembersih? Antara yang boleh dilakukan adalah....


Bilik tidur (bujang ataupun berkahwin)
1. Jangan sesekali duk buat kenduri (makan-minum) dalam bilik. Nasi ayam ke, nasi goreng ke, mee goreng ke, pisang goreng ke, instant mee, pizza etc.

2. Lepas bangun tidur(dah baca doa semua), terus kemas bantal dan cadar. Lipat selimut jangan lupa. Paling malas pun, lepas mandi pastikan tempat tidur anda kemas!

3. Almari baju tu janganlah disepahkan (silap-silap kucing, ayam ingat sarang untuk mereka). Yang mana perlu dilipat, lipat la.. Yang mana perlu disangkut, sangkut la. Susun kemas-kemas.

4. Meja solek! Ada pelbagai jenama branded pun kalau meja solek tu bersepah takde gunanya. Susun kemas-kemas. Rambut gugur tu kutip buang. Botol-botol kosong buang aje la tak yah duk simpan lagi dah. Cermin tu lap sikit jangan nampak macam dah sepuluh tahun tak lap. Meja yang berdebu dengan tumpahan bedak, losyen dan krim tu bagi sapu skit...

5. Kain telekung dan sejadah bila dah siap guna jangan la digulung macam karipap terburai isi tu. Gantung elok2 di penyidai.

6. Tuala atau baju yang masih nak pakai jangan dilambakkan di kepala atau bucu katil. Penyangkut kan ada.Sangkut la, tak susah manapun..

7. Baju kotor yang nak dibasuh asingkan dari baju bersih. Jangan dibiarkan berlonggok atas katil atau kerusi sekaligus. Baju yang bersih lipat la. Jangan dibiarkan jadi Gunung Everest pulak dalam raga atau atas katil.

8. Baju kotor dalam raga jangan sampai ditaruh 2 minggu tak berbasuh. Paling malas pun, seminggu sekali kena basuh. Bakteria tu.. Busuk kan.. Masyem la pulak tu.. Dengan stokin, sotong-sotong kering dan segalanya.

9. Cadar, selimut, sarung bantal, tuala, kain telekung, sejadah kena la basuh. Paling lama pun 2 minggu. Jangan dibiarkan bau hapak dan masam semerbak dalam bilik. 

10. Sembur sikit pewangi/febreeze kat langsir dan cadar. Kalau malas, gantung je pewangi. Nak lagi mesra alam, letak sikit tanaman dalam bilik tu. Takdela macam dalam hutan. Cukup sekadar penyejuk mata.

11. Bilik kena la sapu. Paling malas pun dua hari sekali. Jangan la sampai masuk bilik tu kaki terasa berpasir dengan debu dan penuh dengan rambut gugur.

12. Kalau ada buku, susun elok-elok di raknya. Jangan disepahkan dalam bilik sesuka hati. Kalau ada laptop atau gajet, pastikan wayar tak berselirat. Silap-silap hari bulan tersangkut kaki boleh jatuh oo.. Susun kemas-kemas yek!

13. Ha, kalau ada kipas tu. Bawak-bawak la cuci sikit debu yang melekat. Paling malas pun, sebulan sekali ok. Kalau guna air-cond, servis la skit. Kalau tak pandai, panggil la pomen. Senang cerita.

14. Bakul sampah adalah wajib ada dalam bilik. Senang nak kumpul sampah. But! Jangan la pulak dibiarkan sampah tu berlonggok sampai sebulan. Dah penuh buang la. 

15. Last but not least, jangan buat maksiat dan lagha dalam bilik. Sejukkan bilik kita tu dengan ayat2 suci al-Quran, zikrullah dan say NO to MENGUMPAT!!



Bilik Air 
1. Segala peralatan mandi (syampu, sabun, scrub, conditioner, facial cleanser, berus gigi, ubat gigi, bleach, berus kain, baldi, etc) pastikan duk dalam raga elok-elok atau susun di kabinet. Jangan ler dibiarkan bersepah atas lantai tu. Tak pasal-pasal terpijak, kalau tergelincir kang susah...

2. Tandas cangkung atau duduk, dah tahu guna untuk melabur, pandai-pandai juga la uruskan pelaburan dengan baik. Jangan pulak dibiarkan berlumut kuning. Tonyoh sikit dengan pencuci bagi bersih,dan wangi. 

3. Lantai dan dinding jangan pulak dibiarkan berlumut sampai hijau/hitam. Nampak macam dah naik lumut kuning tu terus la tonyoh dengan berus dan pencuci. Bahaya lumut ni. Licin! Kalau jatuh dalam bilik air kang susah.. Ada kes orang mati dalam bilik air ni sebab tergelincir. Seriously, its dangerous!

4. Sanitary bin. Muslimah muda terutamanya... Tolonglah jangan dibiarkan sanitary-bin tu dah penuh sampai nak terkeluar balik isi kotor yang ada kat dalam tu. Dah sampai tahap air cokelat bertakung dah dalam tong tu. Eeww.. Jangan sampai bilik air kita jadi tempat jin ber'party' pulak oke.

5. Rambut gugur dalam bilik air, standard la tu. Kutip rambut tu dan buang. Jangan dibiarkan sampai drainage tersumbat sebab rambut tu ye.

6. Cermin dalam bilik air pun jangan dibiarkan berlumut. Kalau nak tahu, tips untuk hilangkan kotoran putih kat cermin tu adalah dengan menggunakan cuka. Sental cermin tu guna kain yang dah dititiskan cuka makan tu.

7. Jangan sesekali tinggalkan atau sangkut kain baju kotor kita kat dalam bilik air. Mengundang bakteria lebih banyak melekat kat baju tu dan mengedarkan bakteria tambahan ke bilik air kita. Jin pun suka party kalau ada kain baju kotor dalam bilik air tu. Apa yang depa suka sangat pun tak tahu la.

Last but not least, baca doa sebelum masuk dan keluar bilik air tu.

To be continued...

Lensa Che Long: Dapur, ruang tamu dan halaman akan datang nanti.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email